hai assalammualaikum

Kenapa Saya Berblog? - Kebanyakan kita akan mempunyai satu diari untuk kita menceritakan pengalaman manis dan pahit dalam diri kita. Kalau dulu diari yang ditulis adalah dalam bentuk buku. Nad masih teringatkan lagi, kalau nad ada benda yang tak puas hati, nad akan tulis dekat buku. Luahkan semua dalam buku tu. Sejak munculnya teknologi yang canggih ni, diari boleh ditulis dalam bentuk blog sama ada ingin dikongsikan bersama orang lain atau privasi. 

Ape itu blog? Blog ialah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan dikemaskini setiap hari atau mengikut blogger tersebut. Apa itu blogger? Blogger ialah orang yang menulis blog tersebut. Blog telah mendapat sambutan oleh semua orang dan tanpa kita sedar kebanyakan orang disekeliling kita adalah blogger. 

Cepat masa berlalu, sudah 3 tahun nad menjadi seorang blogger. Permulaan menjadi blogger adalah disebabkan nad suka menulis status di facebook setiap hari sebab nak menceritakan semua benda yang terjadi, namun ade insan yang bernama En Kerex menyuruh nad membuat blog. Permulaa menjadi blogger memang zero pasal blog, then mula berjinak dalam blogging dan join contest. Entry pertama nad dalam blog MAK AYAH SYG MEREKA



Kenapa nad berblog?

Kongsi cerita
Punca nad berblog sebab suka bercerita tentang kehidupan, apa yang nad nampak, nad buat dan nad dengar. Nad tak tetapkan niche dalam blog. Kehidupan nad, nad akan kongsikan kepada semua. Memang bagus kalau letakkan niche dalam blog, tapi bagi nad, blog adalah diari tentang kehidupan nad. Tentang perkara manis dan pahit, tentang keluarga, tentang kawan dan masa depan nanti..hoho..masa depan ape ye..masa depan menjadi isteri dan ibu maybe..hahaha

Meluahkan perasaan
Masalah yang berlaku dalam diri pasti akan membuatkan diri kita tekanan kan. Sesetengah orang malu nak bercerita dan meluahkan perasaan kepada seseorang. Jadi dengan adanya blog, nad rasa lega bila dapat menaip apa yang kita rasa. Kita dapat dengar pendapat orang lain, dan rasa lega bila ada yang bagi nasihat dan pandangan. Walaupun kadang-kadang entry kita meluahkan perasaan itu masih tersirat maksudnya tak cakap yang bukan-bukan la dalam blog sampai mengaibkan orang lain.

Kenangan takkan hilang
Mungkin kita boleh ingat perkara harini dan semalam, namun perkara sebulan atau setahun lalu macama mana? Dengan adanya blog nad boleh menceritakan setiap perkara yang berlaku dalam diri. Kadang-kadang nad sendiri baca kenangan yang menarik apa yang berlaku tahun lepas. Ada juga kenagan tak menarik tapi rasa nak simpan (draft)..hahhaa..bila baca balik rasa macam tak percaya nad dah tulis cerita sebanyak ni..hahaa..

Minat
Menulis blog atau diari memang satu benda yang nad minat. Minat untuk menaip satu cerita untuk dikongsi kepada semua. Cerita yang disampaikan dalam blog nad adalah cerita yang simple dengan ayat yang sempoi. Blog memberi ruang nafas yang baru kepada nad untuk lebih berusaha dalam penulisan.

Kongsi Ilmu
Mungkin blog nad takde best mana pun, hanya kisah kehidupan nad, tapi ilmu yang kita dapat kita akan kongsikan kepada pembaca. Itu bestnyer berblog, ada benda yang kita tak tau tapi kita dapat ilmu daripada orang lain.

Mencari kenalan baru
Bertambahla kenalan nad dalam dunia maya ni..hehe..  Jadi blogger boleh tambah kawan. Followers2 dekat blog kita kebanyakannya strangers kan. Macam nad ni, pemalu + tak ramah sangat orangnya, rasa segan lak nak ramah mesra serata alam. Bukan daku tidak sudi menghulurkan salam perkenalan, tetapi diriku ini pemalu actually. Hehe..selain dekat blog kita juga boleh tambah kenalan dekat facebook..sekarang semua pakai facebook..dari situ boleh jadi rapat..alhamdulilllah..nad dah temui kawan yang boleh memahami nad..thanks blogger tu..hehe..dan terima kasih kepada bloggers yang sudi nak berkenal-kenalan dengan nad..

Pendapatan sampingan
Selain itu nad membuat blog sebab ingin mendapatkan pendapatan sampingan. Sekarang ni nad hanya menggunakan nuffnang. Selain daripada itu nad belum cuba lagi..hehe..yela blog tak femes mana, mana ada lagi nak dapat duit dari iklan-iklan ni semua.hehe..



ok..daaaa..





Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours