hai assalammualaikum

Terkejut nad bila ternampak satu artikel mengenai seorang pelakon yang sememangnya semua orang sudah kenal dengan tabiatnya yang sering mengupload video dan gambar yang sangat tidak disukai. Walaupun sudah banyak kali dikritik namun pelakon tersebut tetap memuatnaik suatu gambar yang sepatutnya diupload. Pelakon Sharifah Sakinah telah berani menayangkan perutnya di laman sosial yang boleh dilihat oleh ramai orang. Di bawah merupakan artikel yang nad baca tapi nad tak amik sepenuhnya.

Sharifah Sakinah Ada Sebab Tayang Perut
" Pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan tindakannya yang kerap memuat naik gambar bahagian perutnya di alamn Instagram bukan dilakukan secara senagja untuk menghairahkan sesiapa atau meraih publisiti. Sebaliknya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, tujuannya itu adalah untuk memberi inspirasi dan semangat kepada orang lain setelah melihat perubahan fizikalnya terutama pada bahagian tersebut. "Sebelum mengadakan program kecergasan Sakinah Fitnes yang dianjurkan saya sendiri bersama rakan, bentuk tubuh saya bukannya langsing seperti sekarang. "Malah, tujuan saya memuat naik gambar itu adalah semata-mata ingin menaikkan semangat para peserta lain yang turut mengikuti program tersebut. "Tiada niat atau tujuan lain dan saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial," katanya kepada Murai. Tambah Sakinah, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya namun berharap pihak yang tidak berpuas hati dengannya hendaklah berfikiran positif. Secara tidak langsung menurut Sakinah, menerusi cara itu dia dapat menarik minat peminatnya dalam memberikan kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. "Populariti itu ada kebaikannya jika ia digunakan dengan cara betul seperti menggalakkan peminat untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan itu yang cuba saya lakukan.

( tak dapat siarkan gambar )

Pemikiran cetek orang sekarang tentan aurat. Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Banyak lagi cara nak tarik orang awam tentang kesihatan dan kecergasan diri melalui cara Islam...


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

11 comments so far,Add yours

  1. allahurabbi.. sedih tengok .

    ReplyDelete
  2. kita yg duk share gambar2 mcm ni pun boleh jadi mcm bersubahat menyebarkannya. takut2 dpt saham dosanya sekali.

    ReplyDelete
  3. liz pn pelik jugak. smpai tahap mcm ni dia brani. mcm pakai bra je kan

    ReplyDelete
  4. betul2 . setuju . kadang2 orang cuba halal kan benda yang haram . Mula guna terms modern ape sume sedangkan memang tak boleh .

    ReplyDelete
  5. dia ni mcm makin mlmpau je tgk..

    moga dia mampu berubah

    ReplyDelete
  6. nur inani..tau takpe..tak tau ape die pikir..

    ReplyDelete
  7. ewan..thanks mengingati..dah padam..

    ReplyDelete
  8. liyliz..tak taula..takknla family die tak tegur..haishh

    ReplyDelete
  9. Anis...tula..sedangkan banyak cara lagi

    ReplyDelete
  10. yui..harap sangat die berubah...dah melarut smpai mana..

    ReplyDelete
  11. sesiapa saja boleh memanipulasi gambar seseorang menjadi tidak menutup aurat. jadi berhati-hati bila memuat naik gambar di internet.

    ReplyDelete