Hai assalammualaikum

Lukisan Dinding ( Art Street Penang ) - Selesai sahaja merehatkan diri di Padang Kota Lama, kami semua bergegas mencari tempat yang menarik lagi di Pulau Pinang yang tidak pernah kami kunjungi. Salah satu tempat yang dicadangkan kawan nad ialah tempat Art Street Penang. Ini kali pertama nad pergi dekat Art macam ni, sebelum ni nad tak pernah tau pun ade Art Sreet ni dekat Pulau Pinang,,see nampak sangatla nad ni jarang jelajah satu negeri ni. Lukisan Dinidng atau Art Street Penang ini merupakan satu kumpulan lukisan dinding dan arca yang di lukis dan di pasang di sekitar bandar Georgetown. Seni dinding unik ini memperlihatkan keadaan hidup seharian masyarakat Penang di samping memaparkan unsur humor dan sejarah Pulau ini untuk tatapan pejalan kaki. 


Sambil kami semua mencari Lukisan Dinding (Art Penang Street ) ini, kami semua jelajah Penang ni. Memandangkan waktu ni raya Cina, kitaorang sempatla tengok Orang Cina meraikan raya Cina di Pulau Pinang.




Tempat Lukisan ini bukan hanya satu tempat sahaja tetapi terdapat banyak tempat dan lorong-lorong yang tertentu. Jadi, korang perlulah  rajin berjalan kaki jika kalau nak melihat kesemuanya sekali. Jika kesuntukan masa, boleh je ke kawasan Lebuh Armenian sahaja kerana sekitar kawasan ini terdapat 5 arca dan lukisan mural yang hampir di antara satu sama lain. Masa ni semua tempat nak bergambar, tak boleh lepas satu pun..hahahha


Pelukis yang bertanggungjawab menukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ini ialah pelukis Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens.




Sedang mendengar apa yang diperkatakan mereka..apakah???


hahahhaa....

kalau nak tau lebih lanjut pasal Art Street Penang ni bolehlah tekan link di bawah..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Tak sangka sempoi juga pulau pinang ni nuh. Hihihi

    ReplyDelete
  2. cantiknya lukisan dinding.. berbakat btl yg melukis.. ^_^ xpernah pergi lagi pineng..tgu khwin nti..hikhik.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nad.. bestnyaaaa. sheila pun tak pernah smpai penang lagi. heee ;p

    ReplyDelete
  4. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  5. selalu dah tengok dorg gi sini... teringin juga nak gi...

    ReplyDelete
  6. jalan kat sana tu macam jonker walk kat melaka je..huhu

    ReplyDelete
  7. dulu masa kecik & remaja.. memang suka jenjalan penang.. sekarang dah berhijrah jauh rasa macam penang tu jauh pulak.. kalau balik kulim kekadang singgah jugak jenjalan penang

    ReplyDelete
  8. boleh tahan jugak kakak liz ni posing hihi..

    ReplyDelete
  9. bestnya tempat ni... kreatif dan cantik betol lukisan dinding tu.. ada gak tengok member post di fb pasal tepat ni...

    ReplyDelete