hai assalammualaikum

Piala Dunia 2014 Bermula Hari Ini - Piala Duna memang ditunggu semua orang bukan sahaja lelaki, perempuan juga taksub dengan Piala Dunia. Mereka sanggup berjaga awal pagi untuk menyokong pasukan pilihan mereka. Awal pagi tu juga akan penuhla kedai-kedai mamak, atau kedai yang pasang screen besar untuk pelanggan menonton Piala Dunia ni. Memang akan terlajak laris la kedai mereka..hehe..Kalau menonton bola ramai-ramai memang syok,..yela ade geng nak menjerit..hhehe.. Tak macam nad, keluarga memang bukan kaki bola, nak berjaga malam memang tak la, jadi nad jenis tak excited bila tengok bola. Berlainan pula kali ini, jejaka mafia memang kaki bola..so siap sedia untuk nad belajar cara dia..haha..takut-takut den juga terjerumus dalam ketaksuban menonton bola nanti..

Piala Dunia merupakan pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sekali. Masa ni la setiap orang akan membeli baju jersi pasukan pilihan. Piala Dunia FIFA 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20 yang akan berlangsung di Brazil. Seiingat nad masa form 2 atau 3 mase tu ade Piala Dunia dan nad suka tengok Brazil sebab cara permainan dia yang mantap. Itula last tengok..haha..itu pun sekejap je..

Jadi nak tau jadual Piala Dunia..tengok gambar ni..Tekan Gambar dan besarkan

Sumber : Blog Jiwarosak

Untuk mereka yang ingin menonton Piala dunia di Screen Besar, juga akan disediakan khas di tempat yang telah ditetapkan seperti dibawah:

PERLIS – Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
KEDAH – Perkarangan Stad. Alor Setar
P.PINANG – Perkarangan Sunshine, Kepala Batas
SELANGOR – Pusat Sukan Lasak Seksyen 13, Shah Alam
KUALA LUMPUR – Dataran Merdeka
Negeri Sembilan – Dataran Rembau
MELAKA – Perkarangan Tempat Letak Kereta UTC
JOHOR – Bazar Karat, Jalan Segget, JB
PAHANG – Perkarangan UTC, Kuantan
TERENGGANU – Dataran Shah Bandar, KT
KELANTAN – Perkarangan Tambatan DiRaja, KB
SARAWAK – Plaza Astana, Jalan Astana, Kuching
SABAH – Perkarangan Jesselton Point, KK
LABUAN – Dataran Labuan

Sumber : Blog Jiwarosak

Bagi para isteri macam nad yang tak biasa tengok bola seawal pagi dan bakal temankan suami..siap sediala ye..hehe..jangan nad yang lelebih sudah..hahhaha..biasalah pertama kali berjaga tengok bola..over lebih..teremosi pulak..maaf la jiran ye kalau terkojut..haha..


siap kan bantal selimut depan tv..hahaa

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Jauh benor kat rembau tu...tgk kat rumah ler gamaknye.

    ReplyDelete
  2. hahaa..lawak betul pesanan tu nad hehee..

    ReplyDelete
  3. Demam bola dah bermula. Isteri kaki bola kenalah banyak2 sabar.
    Geli hati pulak baca pesanan tu..

    ReplyDelete
  4. Tak mampu nak ambil port tahun nie

    ReplyDelete
  5. amboiihh.. update pasal bola nih

    ReplyDelete
  6. Suami kita mmng suka bola. Tp sbb dia army, mmng xla buat kje giler nk tgk awal pagi. Kng x pergi baris pagi naya je. So dia tgk ulangan je la..

    ReplyDelete