hai assalammualaikum

Pertama Kali Beraya Di Kampung - Tahun ni kami beraya bersama sebagai suami isteri. Sejak tahun lepas kemeriahan hari raya bagi dia tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya kerana mummy telah tiada. Jadi nad wujudkan balik kemeriahan raya dengan mengemas rumah bersama, dan shoping raya bersama. Masa ni la dia dapat rasa bukan senangnya nak mengemas untuk hari raya..huhuhu.. 


En jejaka mafia lahir di Kuala Lumpur, dia dah biasa macam mana suasana raya di Kuala Lumpur, dia cakap masa arwah mummy ada, memang meriah sedara mara datang. Sejak arwah mummy takda, rumah ni sunyi je, cuma adik beradik dan kenalan rapat je yang datang. Nad pulak lahir di kampung dan tau macam mana suasana kampung bila beraya. Nad teruja nak bawak dia beraya di kampung.


Dia sendiri cakap dia tak pernah mengalami suasana sebegini..hehhe..kene pergi rumah ke rumah. Bila sampai satu rumah, baru nak makan sesuap kuih, dan secawan air dah kene bangkit sebab dah ke rumah seterusnya..hahahha..yela kat kampung semua sedara rumah-rumahnya dekat. Memang tak dan nak berbual lama-lama sebab masa itu penting dan nak pergi ke rumah lain bukan 5 buah kadang-kadang sampai 10 buah rumah. Kadang siang tak habis rumah kita sambung ke malam pula..hahhh macam tu la suasana kampung dia cakap. Seronok kalau tengok dia gembira. 

Tahun ni tak berapa meriah sebab semua balik rumah mak mertua. Tahun depan InsyAllah pasti meriah. Semua berkumpul.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. biru tu...meriah ! selamat hari rayaa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, hubby Nad happy beraya di kampung... Selamat Hari Raya Nad, Maaf Zahir Batin...Kita bila nak beraya pulak ni??? Hik hik hik...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidilfitri :)

    ReplyDelete
  4. untung laaa dapat balek kmpung.. den raye kat tempat keje je..

    ReplyDelete
  5. suasana kampung lagi meriah dari di bandar.feelnya lain macam hehe...

    ReplyDelete