hai assalammualaikum


Hotel Legoland

Review Hotel Legoland : Memandangkan haritu nad dengan geng kelabbloggerbenashaari bercuti di Legoland 2 hari 1 malam, jadi satu malam jela dapat bermalam di dalam Hotel Legoland ni..itu pun dah kira bersyukur kau tau tak..siapa sangka nad akan sampai jugak ke Legoland ni yang orang selalu dok sebut je..selalu tengok dekat tv je..hahaha..Dapat jugak merasa tidur di katil yang besar dan empuk ni dengan suasana yang mendamaikan...Dapat jugak rasa honeymoon..hhahhaa..Maaf entry ni panjang sikit sebab nak review hotel die ni..hehee


Kalau nak sampai sini korang kene bajet yang cukup..sebab harga die bukan ditahap yang murah atau mahal..tapi sedang-sedang je..okla dengan suasana bilik yang memang awesomee kau..Siapa yanag taknak bermalam di hotel Legoland ni..tengok gambar nad mesti korang akan teruja nak pergi..hahaa..dengar cerita dekat Theme Park dekat Water Park pun dah best..inikan pulak hotel kan..meh-meh baca..

Kalau korang parking dekat parking hotel ni, untuk in-house guests parking free je...kalau orang luar kena bayar RM30 ..ada jugak parking dekat luar..tapi tak tau berapa..tapi nad syorkan baik parking dekat dalam..udahlah panas..jauh pulak nak berjalan kan..kalau larat..ikut korangla..hahaha..Dah masuk pintu masuk


Lepas korang parking..korang kuar akan nampak ni depan pintu masuk hotel....bukan masuk-masuk terus nampak kaunter..tapi kene naik lif..


Lif pun ade corak Lego jugak..masuk dalam siap berbunyi muzik lagi..macam disko pulak..bhahahhaa..Nak check-in semua dekat Ground Floor iaitu Lobi Hotel..Hah bab Lobi nad dah buat entry dekat SINI..pergi terjah baca Lobi dia..bestt lobi die..hehehe

BILIK HOTEL LEGOLAND

Bilik dekat legoland ni ade beberapa tema tau iaitu
- Kingdom Theme Suite,  
- Pirate Themed Deluxe , 
- Premium Kingdom Themed,  
- Premium Adventure Themed ,  
- Premium Pirate Themed , 
- Kingdom Themed ,  
- Adventure Themed 
- Pirate Themed

Dah dapat kad access pintu bilik kami..comel dak..just scan je dekat pintu bilik terus pintu terbuka..yeahh dah boleh masuk bilik...aummm..hahhaha..Mak aihhh cantiknyaaa bilik dieeee...

1) Katil untuk orang dewasa


nad dapat Adventured Theme Room..Bilik yang sangat luas..katil yang empuk..siap boleh loncat-loncat lagi..hehee..Semua kelengkapan adela..kira kalau datang sini kau takyah bawak peralatan mandi..hahaha..semua ada...

2) Kelengkapan tv, meja, sofa, wifi


Kat sini ade disediakan tv,..channel pun siap disediakan..jadi takdela terkial-kial korang nak tengok tv berapa..remote nak buka tv tekan perkataan tv tu..nanti die on..Malam tu nad tengok cerita semua..hahahha..

3) Katil untuk anak-anak



Meh nak cerita yang bestnya..bilik ni ade dua katil..satu untuk mak ayah..dan satu lagi untuk anak-anak..hehe..jadi takdelah diaorang kacau mak ayah nak beradu berdua..hahhaha...selesa weii katil untuk budak-budak..double decker lagi..siap dengan tv..dalam ni pun ade mainan lego khas untuk anak-anak..ala orang dewasa pun boleh main gak..hehee

 4) Kelengkapan dapur


ada pemanas air, kopi, cawan, peti ais, microwave..woowww..semua adelaa..

5) Bilik Mandi



Bahagian bilik air pun cantik..haishh..bestnya la dapat bilik air gini..hahahaha..lutsinar leh nampak orang tengah mandi..hahahhaa.. Sinki siap ade dua..takdelah berebut dengan anak-anak kan..sinki sebelah shower tu untuk budak-budak..yang sebelah tandas untuk orang dewasa..amacam..ok kan..

Peralatan mandi semua disediakan, daripada tuala, berus gigi, ubat gigi, syampu,nah ko nak ape lagi..hahhaa..kalau rasa nak bawak balik..hamik jele..rindu dekat hotel legoland kan..hahaha...Jangan pulak ko hankut tandas dengan bilik mandi tu..hahahha..



Verangan macam orang kayoo...hahhaha..Orang panggil baju ape ni erk..entahla..yang penting lepas mandi pakai baju ni..hahaha...tapi aku pakai masa nak balik..hahhaa..baru snap gambar..mampuih nak amik gambar time tak berbaju..boleh terbeliak biji mata korang kang..hahahha

6) Peti Harta Karun



Korang jangan terlepas pandang..dalam bilik ni ade disediakan kuiz untuk buka peti harta karun ni yang dijaga oleh monyet ni..haha..kuiz tu terletak sama dengan dekat channel tv..korang berusahala jawab kuiz tu sebab korang akan dapat habuan yang sangat best..hahaa..dapat fridge magnet ok..kalau korang beli dekat theme park atau kedai legoland memang mahal der..jadi  kene la buat kuiz tu..hehehe


Inilah harta karun tu..tadaaa..cenderahti dari legoland hasil usaha korang..hahhhaa..

Info Adventure Theme Room Legoland Hotel Malaysia

- Bilik ini boleh menampung sehingga 5 orang (maksimum 3 Dewasa sebilik)

- Katil bersaiz King
- Definisi tinggi televisyen panel rata
- Ruang tidur kanak-kanak sendiri dengan katil dua tingkat, tarik keluar katil beroda dan unit hiburan (boleh memuatkan sehingga 3)
- Bata LEGO untuk membina dengan sepanjang penginapan anda
- Penyaman udara
- Peti sejuk mini
- Pembuat kopi
- Vanity / stesen kerja

- Pengering rambut

- Kelengkapan tandas percuma


Nak tau lebih lanjut boleh pergi ke website  http://www.legoland.com.my/Hotel/Home/..kat sini harga rupa bilik ditunjukkan..sebab bilik berbeza kan..apa lagi...bermalam la di hotel legoland..hehee


SARAPAN PAGI DI RESTAURANT BRICKS FAMILY RESTAURANT



Bila korang dah stay dekat hotel ni..korang akan dapat free voucher untuk sarapan pagi..Moh kite bersarapan pagi di Bricks Family Restaurant..Restaurant ni berada di Lobi Hotel..di Ground Floor.

Sarapan dari pukul 7 pagi sampai 10 pagi..Sampai je depan retaurant korang kene bagi nombor bilik..lepas tu dia akan bagitau tempat korang akan duduk..kalau penuh korang kene tunggu sampai diaorang panggil nombor bilik korang..jadi kesimpulannya, silalah turun awal..hehehh..


See nampak tak orang yang ramai..ingat takde ke orang nak stay dekat hotel Legoland ni..hehhee


dah nampak pun Legoland Hotel..Lego memang akan berada di mana-mana..tengok kiut kan lego-lego ni..



Meh tengok menunya pulak..fuh macam-macam menu hado...sampai tak tau mana nak pilih..hahaha..tapi dah stay sini..pe kata rasa semua..



Nampak tak..nampak tak...kalau nak rasa semua amik la sikit-sikit ye..

 Bahagian air

Kat luar pun ada disediakan makanan..dah nak keluar baru ternampak..hahaa..tak dapat nak merasa..






Hahaha jangan terkejut..ni semua makanan nad..hahahha..bdanku yang kecik boleh sumbat jugak..oooppsss.lupe yang kite bawak suami sekali..hehehe...ok jemput-jemput makan...


KOLAM RENANG DI TINGKAT LIMA
Dah kenyang kan..nak masuk Water Park dengan Theme Park dah tak boleh..tapi dekat hotel ni ada swimming pool tau..dekat tingkat lima..jadi sebelumbalik..pe kata mandi dekat swimming pool ni..hehee..

 

Tadaaa...Tamatlah cerita nad dekat Legoland ni..semua dah cerita..harap bagi korang yang nak pergi dekat legoland ni kene masuk semua..cuba semua..kene pergi 2 hari..baru puas..Travel 2015 yang memang best..lepas ni ke mana pulak kite..hehee..tunggu jela..

Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 

2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1 

3) LEGOLAND MALAYSIA : 5 KAWASAN THEME PARK LEGOLAND YANG LAIN PART 2

4)  LEGOLAND MALAYSIA : LEGO STAR WARS MINILAND SALAH SATU TARIKAN DI LEGOLAND

5)  LEGOLAND WATERPARK DI LEGOLAND MALAYSIA

 

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. Fuyooo...bestnya... tengok gambaq pun dah tau best... duk sana mesti rasa tak mau balik dah...

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Tunggu anak besar sikit baru best. Hihi

    ReplyDelete
  3. Best betul.. memang awesome sgt kalau dpt pergi... bila la nak ada peluang ke Legoland.. :D

    ReplyDelete
  4. serius cantik dan hrga mesti cantik..hahahah

    ReplyDelete
  5. nice review! kena menabung kalau nak pi legoland tu. =)

    ReplyDelete
  6. series memang cantik sangat keadaan dalam bilik dia. tak kira tak kitra nak pegi jugak. hahaha :P

    ReplyDelete
  7. perfghh tengok gambar pun rasa kecemburuannya hahaha bestnya

    ReplyDelete
  8. perfghh tengok gambar pun rasa kecemburuannya hahaha bestnya

    ReplyDelete
  9. Fuh! Hati meronta-ronta nak pergi jugak. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Ya Allah nad..bestnya bilik dia.. mmg masuk dalam wishlist akak dah nie.. emir mesti suka! hehehe =D

    ReplyDelete
  11. weee.. seronokkk... nanti kite nak kesini jugaklah :D

    ReplyDelete
  12. Im no master, however I trust you simply made a phenomenal point. You unquestionably completely comprehend what youre talking about, and I can genuinely get behind that. hotel murah di kuala lumpur

    ReplyDelete