hai assalammualaikum

Teater Sirah Rasullah : Tahajjud Cinta Di Istana Budaya - Hari Jumaat lepas nad bersama geng #kelabbloggerbenashaari telah dijemput untuk menyaksikan Teater Muzikal Sirah Rasulullah di Istana Budaya.  Ini adalah kali pertama nad jejak ke Istana Budaya. Di sinilah orang selalu buat persembahan teater. Teruja sangat nak tengok persembahan yang dilakukan. Nak masuk sini, pemakaian kene sopan dan bertutup. Maksudnya tak boleh memakai seluar jeans yang lusuh/koyak, perlu pakai kasut yang bertutup dan bukan selipar atau kasut sukan. Bagi lelaki baju perlu berkolar kalau tak , orang yang jaga pintu tu akan tahan..Tapi masa tu, siapa yang tak pakai baju berkolar dia bagi blazzer.






Bukan senang berlakon dalam teater ni dengan prop, dengan lakonan bagi menjiwai setiap watak yang dilakukan supaya massage dapat disampaikan kepada penonton. Tapi alhamdulillah, mereka menjayakan dengan baik sehingga nad merasai bagaimana kesusahan Nabi Muhammad menyampaikan dakwahnya. Teater ini dibuat Sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar Rasulullah Muhammad S.A.W. Teater Muzikal Sirah Rasulullah ; Tahajjud Cinta ini mengisahkan dari Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan, bagaimana beliau menyampaikan Islam, bagaimana beliau tabah mengharungi orang-orang Quraisy dan sehinggalah baginda wafat. Teater ini diselingkan dengan lagu-lagu kisah Nabi dan Selawat.



Menggabungkan penyanyi dan pelakon terhebat seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar,  Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali,  Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi, pementasan drama muzikal tahun ini dibawakan pada 3 hingga 6 Januari 2015.

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu- lagu kisah Nabi dan Selawat.

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain membariskan nama-nama besar industry seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan  6 orang penyanyi latar. Set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.

ARTIS DAN TARIKH PERSEMBAHAN:

3 & 4 Jan :   Dato Siti Nurhaliza
5 Jan :  Awie
6 Jan :   Amy Search
7 Jan :   Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa-mangsabanjir

Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wangtunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan ErraFazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.

Untuk  hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.


SINOPSIS SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy lahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah.

Dalam masa yang cukup singkat, Baginda Berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.

Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T


PENJUALAN TIKET UNTUK SIRAH RASULULLAH TAHAJUD CINTA

Tiket tiket untuk menyaksikan drama muzikal SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA pada 3 hingga 6 Januari ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM 53.00 |RM 103.00 |RM 153.00 |RM 203.00 |RM 253.00 |RM 403.00 |

Untuk tempahan secara online :www.airasia.redtix.com
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Bestnya dpt pi tgk teater. Bagus teater mcm ni kan Nad? Artis2 ni mmg rajin beramal. Terbaiklah :)

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya.. nmpk best ja.. sambil menonton dapat beramal...

    ReplyDelete
  3. mudah2an ramai yg menyumbang pada 7 hb nanti ... salam maulidur rasul .

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau dpt pi tgk.. tp apakah daya jauh kot...huhuhu

    ReplyDelete
  5. bestnya masuk ib.. tak pernah lagi.. yg pernah masuh kl pac je..

    ReplyDelete