hai assalammualaikum

Suasana Raya Di Kampung - Lepas je habiskan raya di Kuala Lumpur, raya Ketiga nad dengan keluarga pergi beraya belah nad pulak la. Belah nad kawasan kampung, jadi raya sehari, dua hari pun semestinya tak cukup..saudara ramai sangat oii..hehee..Raya dari pagi sampai ke petang lepastu sambung malam..penat tak payah cakap la kan, tapi disebabkan raya, rasa best jela. Belah nad ramai keluarga, adik beradik, anak buah semua ada. Memang bertambah meriahla..


Makanan selalu mak buat ayam kicap, kuah lodeh, kuah kacang dan lontong.



Masa raya, kakak ipar rajin buat kuih raya..hehee..nad tolong makan je..ahhaa. Kali ni akak ipar buah kuih raya cornflakes salut coklat. Mestilah sedap..kalau dah makan, nak makan,pastu makan lagi..





Lagi meriah kampung, bila pasang lampu pelita, budak-budak amin bunga api..hehehe..tu best tu. Fariza memang suka la dekat kampung, ramai kawan. Budak kalau dengar bunyi mercun dia terkejut-terkejut, tapi Fariza ni steday je..hahaa..haish la anak..Tengok tu muka dia, macam hebat sangat nak mainnya..hahaa..walhal pegang je pun..hahaha..poyo lebih..




Masa beraya dekat kampung, tak dan nak amik gambar sangat. Mana yang boleh jela. Sebab raya berdua, yela adik beradik masing-masing dah raya rumah mertua, nad pulak baru balik kampung, jadinya amik gambar mana yang boleh jela. Tahun ni raya pertama nad dengan abang nad raya umah mertua. Yang lain sebab umah mertua dekat, jadi raya kampung dulu. Bila diaorang semua dah balik umah mak dengan ayah semula, baru dapat raya bersama.


suka Fariza dikelilingi sepupu dia. Sepupunya pulak selalu rindukan Fariza..hehehe..Rumah nenek dengan atuk pulak banyak binatang la, kucing la..Tapi dekat sini dia selalu kena buli dengan si Raihan ni..kesian anak mommy..


Salah satu atuk legend dekat kampung nad. Atuk ni kitaorang panggil Wak Selamat. Dia jual aiskrim dari abang nad kecik kot. Agaknyala..hahaa..yang tau time nad kecik ye dia jual. Selalu dia jual depan sekolah dengan moto legend dia. Femes Wak Selamat bila nad post dekat facebook..hehee..sebab Wak Selamat ni baik, kalau budak-budak nak asam lebih, ke apa, dia bagi..ehhe.. Tapi lepas tu dia tak jual aiskrim dengan moto dia. Dia jual dekat rumah pulak. Turn anak buah nad pulak beli aiskrim dekat rumah dia..hehe..Insyallah umur panjang, Fariza pulak pergi beli aiskrim dekat Atuk Selamat ye..ehehe




Ni la part paling best, wajib ada mercun besar ni setiap raya..barulah meriah nor..Tahun depan, raya pertama, raya dekat kampung pulak..mesti meriah jugak raya korang kan..hehee




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

12 comments so far,Add yours

  1. suasana raya di kampung pastinya lebih meriah kan Nad, wah wah cik fariza kita jadi tumpuan nampaknya ye.. geramnya budak pipi labuh nii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah kak kalau kat kampung..tu pasal taknak balik cepat..hahaa..die femes kak..hehe

      Delete
  2. hahahahah fariza memang tak expressi kan perasaan la.jangan dah besar pakwe say i love u dia buat donno je hahahhaa

    ReplyDelete
  3. wuuu meriah..tgk makanan yg paling tak tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tau takpe..kat kampung macam-macam orang buat

      Delete
  4. meriahnya kalau kat kampung..

    suka la dengan pelita buluh tu..
    legend...
    kampung saya takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik hani, kene buat..hehee..ni pun nasib ada adik ipar rajin buat..

      Delete
  5. wahh..best nya...part pelita tu mmg best..main bunga api..lodeh..perghhhhh........

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..kat kampung sebab ramai budak-budak tu semua ada

      Delete
  6. wah nad, aida ingat kan hape la coklat tu, rupanyer cornflakes coklat :) terbaik!!!
    rajin.
    aida plan konon nyer nak buat cornflakes madu, tak berhasil.
    weekend ni kot nak membuat nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..buat aida..kita memang tak rajinla..

      Delete