hai assalammualaikum

Johan Juara Super Spontan Superstar 2016 - Masa tengok Super Spontan superstar 2016 di astro warna 132, memang dah agakla Johan mesti menang..haha..Walaupun dia agak kepoh sikit, tapi malam tu semuanya lawak. Kalau ikut minggu lepas, Achey yang terkeluar, tapi si Fad telah bagi imuniti kepada Achey, jadinya Kamal Adli yang keluar. Kan bagus kalau Kamal Adli ada, takdela orang yang sama je kan. Atau adakah Fad memilih sebab tu geng dia??..ermm no komen. Apa yang penting, malam terakhir ni semua persembahan yang diberikan terbaik dan buat orang ramai ketawa.


Antara Finalis Super Spontan Superstar ialah Johan, Ozlynn, Tauke, Abam, Fad dan Achey. Malam tu semua dikira individu. Malam tu artis jemputan, Black, Tomok, Zizan, Ayda Jebat dan Apek, sebagai pembantu dan main sekali. Hans isaac sebagai tetamu bersama Afdlin shauki. Malam tu game yang dimainkan ialah beku, maju dan mundur,dahiku di dahimu, pantun dua kerat dan menari. Tapi nad suka tengok yang part menari. Bagi macam mana pun gaya menari, tapi bila menari gaya dengan lagu yang diberi. Lagu janam janam dengan lagu ayda jebat, pencuri hati kot..huhu..

Walaupun agak kelam kabut malam ni, sebab Johan asyik mencelah je, tapi okla..ahhaa. Lagi dengan soalan Amir yang panas tu, time bagi dekat Fad, sekali Amir yang kena balik..hahaa. Lawak time Amir dengan Dato Ac Mizal lawan dahiku di dahimu..hahaha..Kalah juga Dato Ac..Dan malam tu, Johan telah dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2016.


Keputusan Super Spontan Superstar 2016

Juara ialah Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Sebagai makluman, Johan sebelum ini pernah muncul sebagai juara Super Spontan 2014.‎

Tempat kedua pula dimenangi oleh Abam Bocey dan beliau berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat Ketiga Achey dan habuannya adalah hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi

Keempat Fad membawa pulang RM5000 beserta trofi.

Kelima Ozlynn yang merupakan finalis wanita pertama di Super Spontan Superstar menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

Keenam Tauke masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.


Suami Isteri Dapat Duit
Memang sweet bila nampak suami isteri ni dekat pentas. Siapa lagi kalau bukan Johan dan Ozlynn. Rezeki diaorang, pulang dengan wang tunai. Rezeki anak-anak juga. Lagipun Ozlynn pun dah lama tak keluar tv. Alhamdulillah..

Super Spontan Superstar 2016 yang diadakan secara langsung di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia

 


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. kesian tauke..asyik kalah je..hehehe.

    ReplyDelete
  2. Sama la ekin pun dah agak johan juara.. Achey tu mungkin dia masuk sebab geng dia.. Tu la nak gak kamal adli g final masa tu.. Tapi syg kan.. Tahniah buat semua..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS