hai assalammualaikum

Muzium Warisan Melayu UPM Serdang

Lokasi Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni sangat menarik, sesuai dengan tema Raya. Suasana ala kampung gitu. Bertempat di Muzium Warisan Kampung UPM yang terletak di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Terima kasih Muzium Warisan Melayu UPM Serdang kerana menaja lokasi phostoshoot KBBA9 kali ini.

Nak datang ke sini mudah je, cuma waze ke Muzium Warisan Melayu UPM, akan sampai tempat yang dituju. Tak sangka, UPM ada tempat menarik seperti ini. Memang sesuai untuk berphotoshoot.

Masa nad masuk, tengok macam biasa je. Tapi bila turun dan lihat sendiri, wah!!memang betul-betul kampung. Kawasan yang luas dengan persekitaran menarik, memang sesuai untuk kami semua blogger KBBA berphotoshoot.





Muzium Warisan Melayu mempunyai lokasi-lokasi menarik yang sesuai untuk penggambaran, sama ada sesi fotografi mahupun videografi. Ada beberapa jenis rumah dengan rekabentuk yang berlainan dan menarik. Antaranya:
1. Rumah Negeri Sembilan / Rumah Datuk Raja Diwangsa Muhammad Yunus bin Jabar 2. Rumah Perak / Rumah Uda Noh bin Kanda Jaafar
3. Rumah Terengganu / Rumah Hj Wan Muda bin Wan Hassan
4. Rumah Pahang / Rumah Penghulu Ismail bin Khatib Bakar

Masa tu setiap rumah kitaorang buat photoshoot..hehehe..


Hari photoshoot juga kami disajikan dengan makanan kampung. Ya Allah, masa tu memang tak terfikir apa bila nampak lauk yang dihidangkan. Habis photoshoot, perut rasa kapar, terus makan. Sedap!!, memang sedap. Lemak rebung dengan lemak daging salai yang memikat selera. Makan sambil bersila, makan dalam talam dan makan beramai-ramai..seronok kau..macam kenduri kampung. Makan dekat salah satu rumah tradisional yang ada dekat sini.



Rumah papan, semestinya sejuk. Mula la berborak dengan kawan blogger siap cakap " ni kalau ada bantal , letak dekat sini konfirm terus tidur"..hhaha..serius, korang akan seperti berada di sebuah kampung yang betul-betul kampung.

Banyak juga aktiviti yang boleh dijalankan di Muzium Warisan Melayu UPM ni. Antara aktiviti yang pernah dijalankan

Antara aktiviti dan majlis yang pernah diadakan di kawasan ini termasuklah;
- Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri
- Hari Keluarga
- Temasya Sukan Rakyat
- Majlis Berkhatan Beramai-ramai

Dekat sini pun ada buat pakej perkahwinan. Hah tertarik tak!!, kalau korang rasa nak juga suasana kampung ni, nak photoshoot ke atau majlis apa-apa boleh ke website mereka http://muziumwarisanmelayu.upm.edu.my atau boleh tengok instagram Muzium UPM untuk tau lebih lanjut lagi.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. menarik sangat! IQ suka sangat rumah macam tu, kalau ambik gambar memang nampak klasik habis!

    ReplyDelete
  2. kemain cantik rumah ni ek, memang patut buat tempat photoshooot

    ReplyDelete
  3. Nampak lauk tu sedapnya alaaahai.. Bestnye suasana kg gini kan..

    ReplyDelete
  4. Menarik sangat UPM buat macam ni. Tak tahu pulak boleh berphotoshoot bagai. Memang sesuai lah korang bergambo kat sini kan? Tak sabar nak tengok hasil akhir gambar korang tuh. Heheh..

    ReplyDelete
  5. Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor

    -Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

    Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM

    Muzium Anatomi Haiwan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388

    Ladang Putra Dairy Farm
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385

    Galeri Serdang
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389

    Muzium Anatomi Manusia
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387

    Taman Konservatori UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381

    Pusat Ekuin UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386

    ReplyDelete