Buffet Ramadhan Bangi, Buffet Ramadhan 2017, Buffet Ramadhan Murah, Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort.

hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2017 - Bulan puasa dah nak dekat, dalam sebulan berpuasa mestilah nak sekali sekala berbuka puasa di luar kan. Nah apa kata, korang pergi berbuka puasa di Bangi Golf Resort nanti. Setiap tahun, nad tak terlepas untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Macam biasa, Bangi Golf Resort bukan menyediakan hanya satu atau dua atau jenis sahaja menu malah ada 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Lagi best, tahun ni sebab ada duriannn...yuhuuu..durian beb...duriannnnn...hahahaha..

Ramadhan ni, Restoran Bangi Golf Resort akan menghidangkan para tetamu dengan signature Buffet Ramadhan bermula 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017. Harga sangatla berpatutan dengan hidangan yang disediakan iaitu hanya dari RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Kalau bawak group lagi murah iaitu RM 49 dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Korang silalah masukkan Bangi Golf Resort sebagai salah satu senarai berbuka puasa nanti ye..hehee. Gerenti puas hati.


200 Hidangan Buffet Ramadhan Yang Disediakan di Bangi Golf Resort

Semua hidangan segar-segar belaka. Sajian wajib ada di setiap buffet, kalau takda macam tak lengkap pulak kan. Apa lagi mestilah kambing Bakar. Ni la benda pertama nad ambik..hehee.



Apa nak buat anak beranak makan kambing..hahaa. Selain itu , ada juga Sup Kambing Mamak.


Ada juga Kuew Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas daripada kuali, termasuk Sate Ayam dan Daging Bakar.




Tak dapat lupa dengan menu Ala Barat di sana. Teringat lagi betapa enaknya Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara. Paling best ada menu baru, iaitu Peri-peri Chicken Drumlets.


Telur setengah masak yang wajib ada di Bangi Golf Resort iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Yummy!!


Untuk juadah bercirikan Melayu, Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ni. Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Kari dan Telur Rebus Goreng Masak sambal Tomato.






Menu berlauk





Dah habis makanan berat, mestilah nak makan pencuci mulut kan..hah!, ada je ni. Beraneka jenis kuih muih , puding, dan buah-buahan. Macam-macam lagi la yang ada.



Nikmati Durian di Bangi Golf Resort

Kelainan pada tahun ini, korang boleh menikmati durian yang dibawa khas dari ladang di Raub Pahang.



Tengokla mereka-mereka ni, tak sabar nak makan durian. Hah!!, masa tu ada juga




Gelato iaitu aiskrim berperisa Musang King dan P.G.A ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi ) yang diproses segar oleh Sweet Scoopz. Durian dan aiskrim ni kena beli tau, harga tak masuk dalam pakej buffet ramadhan. Silalah bawak duit sikit..hehehe..Durian musang king gitu..korang boleh bawak balik.


Sambil makan sambil dihiburkan dengan persembahan muzik secara live.

Kemudahan
Ada 800 ruang parking dan ruang solat yang selesa untuk pengunjung.

Untuk tempahan atau keterangan lanjut boleh hubungi
Nurul Adira Kamil
HP: 0111 057 5088
Email; pr@bgrrest.com
Telephone: 03 8925 3728 / 8210 2288

Bangi Golf Resort
Alamat: No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia
Tempahan: 1 700 81 8557
Email; sales@bgrrest.com
Website: http://www.bgrrest.com
Facebook: http://www.facebook.com/bangigolfresort
Instgaram: http;//www.instagram.com/bangigolfresort

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. tak sabar nya nak try berbuka puasa kat sini,,tak menahan bila ada durian tu.

    ReplyDelete
  2. waw.. banyaknya makanan.. naik juling mata tengok gambar makanan ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Yang penting ada durian hari tu.hahaha

    ReplyDelete