hai assalammualaikum

Sebelum puasa lagi memang dah fikir, tema untuk baju raya tahun ni. Sifat mak-mak memang tak nak fikir last minit, nanti pening kepala..hahaa. Setiap tahun memang macam tu, akan fikir awal, nak baju apa, warna apa, yang penting sedondon. Lagi penting mak dengan anak dara mesti sama..hahaha. Kalau lain tu macam tak best je..Nak cari sedondon memnag susah. Kalau ada pun mesti tak ngam dengan badan atau tak kena dengan apa yang kita nak. nak lagi mudah, beli kain ela, buat dekat kedai jahitan..tapi nad jenis, ermm..paham-paham jela..

Hah bila tema dah tau nak pakai apa raya kali ni, jadi kita usha la instagram atau facebook untuk membeli. Kalau tak tau mana nak cari, up je status, nanti ramai tolong..heehe. Bila dah jumpa kita tengok satu-satu demi kepuasan hati. Kalau bab ni, belek lama-lama pun takpe..Yela nak pakai lama weii..bukan sekejap. Jadi cari yang berkenan di hati, cantik..


Untuk baju mak dengan anak memnag beli asing..haha..Sebenarnya tema raya kali ni ialah kebaya. Baju anak dah jumpa dulu, tu pun beli dengan member blogger. Nak lain dari lain la kununnya. Jadinya berkebaya la kita tahun ni. Warna oren untuk raya kali ni..takdela oren menyerlah, tapi oren macam ikan salmon tu..hehee. Jadi nad pun kenala cari warna oren. Usha punya isha punya usha, sampai berpinar mata, akhirnya nad jumpa sama warna macam baju kebaya Fariza tapi lain corak. Okla tu kan, asalkan kami berkebaya dan warna sama.


Hah ni la baju kitaorang..oopss, tak boleh tunjuk penuh..nanti sabar-sabar..tunggu raya ok..tengok siapa paling cantik..hahahaha. Beli dekat mana pun nanti nad bagitau ye..hahaa..rahsia banyak nor..bukan apa, nanti nak up entry untuk raya..hehehe..


Satu lagi baju warna peach belacan.


Yang lain baju anak kawan sekolah hadiahkan..Terima kasih..jimat dah..tapi besar yang amat. Mungkin mr mafia baik hati nak belikan baju untuk anak raya ni..hehee..kita ok je..

Untuk mr mafia, memnag tunggu dah nak raya baru beli..hahaa..Baju mr mafia memang special sikit, kang kita beli dia tak suka. Jadinya tunggu nanti kita beli dan cari sama-sama ye. Yang penting oren ok..hahaha.

Selesai masalah persiapan.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. wahh, da siap dah persiapannya, IQ pun plan nak pakai kebaya/kebarung tahun ni....tengah ushar lagi ni, risau beli online...ok ke x agaknya

    ReplyDelete
  2. Cantiknya color salmon tu xsbar nak tengok full

    ReplyDelete
  3. tak membeli lagi .. sobs ! takde kot tahun nie..

    ReplyDelete
  4. wah kemain sakan anak beranak ni shopping baju raya ek

    ReplyDelete
  5. Fuyooo pantas .. akak belum siap sepenuhnya lagi Nad .. kena cari lagi utk anak anak .. yang kakak pon baru dua pasang .. adik2 dia baru dua pasang jugak .. tudung pon belum beli lagini.

    ReplyDelete
  6. cepatnya da settle kak nad. kecik sua jean takde lagi, baju xde, kasut pn xde lagi. baju kurung je da settle. tudung pn xde lg

    ReplyDelete
  7. PROMO MERDEKA 2017 FREEBET POKERVITA
    SEGERA JOIN BBM : D.8.E.B.7.E.6.B
    www,P`0`K`E`R`V`1`T`A,com
    DAFTAR POKER
    POKER TERPERCAYA
    POKER TERBAIK

    ReplyDelete