ShopeeMy, Shopee, Cahaya Raya Bersama Shopee, Aplikasi Shopee, Shoping Shopee Murah.

hai assalammualaikum

Beli baju, online je!!, beli makeup, online je!! beli beg,online je!!..hahaaha..ye nad ni memang seorang shoping online yang tegar..Kebanyakan barang yang nad ada, semua nad beli online. Mana taknya, bila cakap dengan suami " abanggg, jom keluar, nak cari barang la "..dan jawapan dia bagi "nantila, esokla, jem ni, banyak kereta, parking pun susah"..Kau rasa??..hahhaa..Jadi malas nak dengar semua tu, cara mudah, nad shoping online je.

Kadang-kadang, nak cari barang yang kita nak dekat luar takda, takkanla nak survey semua shoping complex, kedai kan..habis tenaga, minyak, dan masa je. Kadang tu, bila dapat keluar shoping, tengok barang yang nak takda pulak, tapi ternampak barang lain " eh lawanya, eh cantiknya", dah terbeli barang...hahaha. Biasa perempuan, kalau dah window shoping pasti nampak benda lain yang menarik di hati. Jadi taknak macam tu kita shoping online je la.

Shoping Online Raya Di Shopee, Murah Je!!!

Selamat Hari Raya, Aidilfitri untuk semua, eh, belum raya lagi tapi dah semangat nyanyi..semangat nak hias rumah, nak kemas rumah..hehee. Raya tahun ni mesti nak cantik weii. Nad dah siap awal-awal buat senarai apa barang nak dibeli untuk cantikkan rumah. Nad dah usha satu laman web shoping online untuk nad beli barang nad ni, murah je!!. Lagi pun, laman web ni tengah buat sale untuk Cahaya Raya weii..Belum lagi raya dah buat sale raya..tak kisahlah yang penting SALE!!!!..kihkihkih..

www.shopee.com.my

Ni dia satu lagi platform shopping online yang wajib ada dalam list, ShopeeMy. Laman web www.shopee.com.my agak senang nak akses, disusun kemas untuk setiap kategori. Semua ada, dari pakaian, makeup, barang dapur, hiasan, eh semua lengkap la. Kesemua harga pula dalam bentuk Ringgit Malaysia. Barang pula ada free shipping dan ada cost shipping..kena pandai tengokla..Tinggal duduk depan laptop atau pegang handphone, cari barang yang nak, tengok harga lepas tu belila kalau berkenan. Lepas tu tunggula barang sampai ke rumah.

Rambang mata tengok carpet

Nad shoping untuk dekorasi rumah. Memang banyak pilihan. Jadi nak senang nad masuk je ke Home Decor. Dekat situ ade kategori kecik lagi, korang boleh tengok bahagian tepi..ikut la mana korang nak. Atau nak lagi senang taip je korang nak apa dekat search, macam nad nak cari karpet, nad taip je " carpet "..keluar semua jenis karpet ada dekat situ..fuh..melilau mata ni tengok. Yang penting kena pandai pilih, macam nad semestinya nak murah dan free shipping..hehee..Karpet bulu-bulu wakk..hehee..

Tanya shipping

chat bersama seller

Kalau rasa was-was, jangan risau, boleh tanya berkenaan produk tu dekat komen, atau chat, nanti cepat je dia respond dan  jawab pertanyaan kita. Ada benda nak tanya ke apa terus boleh mesej gunakan fungsi chat ini. Ala, kira macam Whatsapp lah. Bolehlah tanya stok ada lagi ke, berapa hari nak post atau kalau pandai, boleh buat ayat manis minta murah..kihkih. Fungsi chat ini akan membantu korang untuk membuat pilihan sama ada nak beli atau tidak dengan penjual di Shopee. Bagus kann..

feedback orang ramai

Lagi kelebihan beli barang dekat shopee, boleh tengok feedback orang lain macam mana. Bagus atau tidak.

carpet berbulu pilihan hati

lagi-lagi carpet

makeup pulak..

Bukan carpet je nad beli, tempat simpan makeup pun nad beli..hehe. Nampak la kemas sikit dan teratur kan..Bila nampak barang yang suka masukkan dalam add to cart. Kalau rasa taknak, boleh edit dan delete. Lepas tu kalau rasa nak tukar warna boleh tekan dekat variation tu. Kalau nak tanya pasal produk tu dekat seller, tekan chat dekat situ..mudah je. Tak perlu ulang balik tempat korang cari barang tu.

Dah masuk shopping cart

Boleh tengok shipping cost mana yang ada shipping cost

Dah selesai semua, dah puas hati check out la. Lengkapkan delivery address semua. Dah siap semua nanti dia akan keluar mana yang ada shipping. macam nad, karpet Plush Shaggy Soft tu walaupun murah RM9 je tapi ade shipping cost sebanyak RM11.80, jadinya RM21.27..okla tu..baru RM20 beli karpet..hahaha. Yang lain Free shipping...

Cara pembayaran

Dah setel tekan place order..keluarla bank ape korang guna. Macam nad Maybank2u..dah setel...ala shoping macam biasa je..Tak sabar nak tunggu barang sampai..penghantaran ambil masa seminggu macam tu..Mungkin setiap barang lain-lain waktu penghantaran.

Cahaya Raya Bersama Shopee, Diskaun sehinga 90%

Ini merupakan kempen Hari Raya terbesar Shopee iaitu Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90%. wow!!. Cahaya Raya Bersama Shopee bukan sahaja ada diskaun malah ada pertandingan setiap hari sehingga RM50,000 termasuk wang tunai.

Cahaya Raya Bersama Shopee

Dari  15  Mei  hingga  30  Jun, Cahaya  Raya  bersama  Shopee akan  menampilkan  24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk . Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.

45 Giveaway

Hadiah untuk pertandingan  45  Days  of  Surprise  Giveaways  (45  Hari  Hadiah  Kejutan) memang betul-betul beri kejutan, mana taknya hadiah harian  bernilai  sehingga  RM25,000  termasuk televisyen,  telefon pintar dan kamera. Jenama pun dari brand yang dikenali seperti Unilever,  Senheng,  Huawei,  OPPO  dan  ASOTV. Nak sertai pun mudah, cuma menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Shopee  juga  akan  meneruskan usahasamanya dengan rakan niaga terkemuka seperti AirAsiaGo, Digi, iflix, Pizza Hut, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen ini sebagai tanda penghargaan dengan hadiah  menarik  seperti  baucar  penginapan  hotel  &  penerbangan,  potongan  harga menarik dan hadiah berbentuk wang tunai

Pelbagai pertandingan dijalankan di Shopee

Banyak  lagi  pertandingan  dianjurkan  termasuk Make  a  Wish  for Mom (Buat  Permintaan  untuk Ibu), Selamat Berbuka  Snaps(Ambil  Gambar  Semasa Berbuka  Puasa)  dan  teka-teki Berapa  Duit Raya,  menjadikan  hadiah  keseluruhan mencecah sehingga nilai RM50,000!

Shopee   akan   bekerjasama   dengan   Pos   Malaysia   untuk melancarkan  program  Bayar  Waktu Terima (Cash-on-Delivery)  untuk  menggalakkan lebih  ramai  rakyat  Malaysia  membuat  persiapan  Hari  Raya  menerusi  pembelian  atas talian.

Nampak tak, gara-gara Cahaya Raya Bersama Shopee, nad pun dah terbeli dekat sini..hehee..berhantu sungguhh..Nak raya ni, nad ajak korang shoping dekat Shopee ni..hehehe..mudah jeee...scrol, pilih, dan beli..Sambil beli, sambil join contest ni..Jom membeli-belah di laman web ini http://cahayaraya.shopee.com.my/ untuk lebih banyak pilihan dan ganjaran.

Aplikasi Shopee

Download Aplikasi Shopee Sekarang!!

Kalau korang nak tau, nad shoping dekat apps Shopee je. Macam biasa download apps Shopee dekat Google Playstore. Cari je Shopee. Dah download, sambil tengok tv, sambil layan anak,, Tengok phone, pilih barang apa nak..hehe. Sangat cepat dan tak lambat pun. 

Akaun bagi yang dah mendaftar

Sebenarnya, Shopee,  pasaran  sosial  mudah  alih  No  1  di  Asia Tenggara  dan  Taiwan. bukan sahaja tempat membeli barang malah boleh menjual produk dengan hanya menggunakan smartphone. Maksudnya kalau korang nak jual barang korang yang dah tak guna, boleh je jual dekat Shopee. Bila download je apps ni, terus daftar, buat akaun dan boleh jual barang.

Boleh menjual item

Masukkan gambar atau muatturun dari instagram

Kalau korang nak jual barang, pergi ke akaun, tekan tanda ( + ), terus keluar kamera, gallery.  dan lepas itu boleh terus isikan informasi produk tersebut. Nama produk, harga, kategori, stok, barang second hand ke first hand, jenama dan sebagainya semua ada. Hanya perlu isi je. Dah puas hati terus boleh submite dan produk dah ready untuk dibeli oleh orang lain. Senang gila kan?

Lagi senang mereka yang berbisnes dekat instagram, korang pun boleh terus gunakan Shopee untuk menjual produk. Tak perlu nak ambik gambar satu persatu. Semua gambar yang dah diupload di Instagram tue boleh diimport ke akaun Shopee anda..mudah kan..Ramai kot cari barang dekat Shopee ni..jangan terkejut.

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun applikasi Shopee di smartphone sekarang juga dan ambil peluang diskaun sehingga 90% bersempena dengan kempen Cahaya Raya Bersama Shopee. Selamat membeli belah. Jangan lupa layari www.shopee.com.my, LIKE Facebook ShopeeMY dan ikuti mereka di Instagram @shopee_my untuk informasi lanjut. Raya..raya..rayaa!!!




















Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. Mudah Shopee ni. Ada apps, banyak pilihan barang² dan harga pun murah².

    ReplyDelete
  2. Baca banyak review, ni dah berjangkit nak shopping kat Shopee.

    ReplyDelete
  3. Carpet bulus2 tu 9 hinggit je...haaaaaa laju2 akak cari kt shopee hahahha tq nadia

    ReplyDelete
  4. Fuyooo byk jugak Nad shopping..Nanti shopping baju raya la pulak Nad..

    ReplyDelete
  5. Uik. Bnyknya sopeng.. heheh

    ReplyDelete
  6. Tergoda pulak kapija tengok karpet bulus-bulus ituuu.hihihi

    ReplyDelete
  7. cantiknya karpet tu. nak beli la satu untuk pakai raya nanti..hehe

    ReplyDelete
  8. alaaaa kenapa tunjuk karpet tu......teringin jugak nak beli

    ReplyDelete
  9. banyak jugak promosi shopee kali ni. memang bagus dan karpet tu tersangat la muraaaahhh...geram IQ tengok!

    ReplyDelete
  10. dah tgk shopee...murah2 brangnya

    ReplyDelete
  11. Wooo... Banyaknya nard shopping.. Hihihi

    ReplyDelete
  12. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    ReplyDelete
  13. Memang rambang mata sket bila shopping online nih.. rasa macam semua nak add to cart ajew.. heee

    Sekarang nih pun dari blogspot blog boleh install shopping cart dengan produk sendiri dari blog post... lagi meriah lew, dari blog ber-shopping...

    ReplyDelete
  14. salam..
    hi sis nadia ^_^

    mmg best kan nk rye g shopping..
    skrng xya kua uma..aslkan ada telefon pintar kt tgn dan online banking,semua jadi mudah.cewah.mcm iklan..hehe =p

    ReplyDelete