Minyak Yu Yee Cap Limau, Minyak Yu Yee Cap Limau Turun Temurun, Minyak Yu Yee Pelbagai Guna,

hai assalammualaikum

Minyak Yu Yee Cap Limau Digemari Seisi Keluarga

Minyak Yu Yee Cap Limau Minyak Turun Temurun - Siapa tak kenal Minyak Yu Yee ni, minyak popular ni tau ni, dari zaman nenek moyang kita. Minyak Yu Yee Cap Limau diemari seisi keluarga. Minyak yang mudah didapati di kedai-kedai pasaraya dan harganya pun murah. Minyak Yu Yee Cap Limau diperkenalkan pada tahun 1860 dan sudah berada di pasaran selama 153 tahun dari generasi ke generasi. Lama giler kan. Sampai sekarang, masih digunakan lagi.

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Stok Minyak Yu Yee Cap Limau

Nad sendiri menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau ni. Dari mak nad guna sampai la bila nad dah jadi ibu, masih menggunakan Minyak Yu Yee ni. Mesti akan simpan stok dalam dua, tiga botol sebab takut cepat habis. Best sangat guna Minyak Yu Yee ni bila sakit sendi, sakit urat, sebab rasanya yang panas tu, melegakan kesakitan.

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Bau minyak yu yee yang menyegarkan

Minyak Yu Yee Cap Limau Pelbagai Fungsi

Korang suka hidu Minyak Yu Yee Cap Limau ni tak??..Macam nad suka sangat dengan minyak ni sebab bau dia sedap. Kalau korang nak tau kandugan minyak yu yee ada Peppermint Oil (36.0% w/v), Clove Oil (2.6% w/v), Nutmeg Oil (0.6% w/v), dengan bau-bauan peppermint, sangat selesa dihidung kita. Nad kalau pening-pening sapu je minyak yu yee ni, segar rasa kepala. Lagi-lagi sekarang tengah pregnant, masuk kereta memang mabuk, jadi bau je Minyak Yu Yee ni, pejam mata, lena sekejap. Hilang mabuk.

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Bawa minyak yu yee ke mana sahaja

Jadi nad memang standby satu botol dalam handbag, dan bawa ke mana-mana sahaja. Kadang bawak dua botol.

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Sukanya dia

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Selesa bila diurut dengan minyak yu yee

Minyak Yu Yee ni pun selamat untuk bayi. Boleh dijadikan minyak telon. Boleh sapu dekat perut, belakang, tapak kaki dan kepala selepas mandikan bayi. Tapi nak gunakan dekat bayi, korang letak Minyak Yu Yee Cap Limau ni dekat tapak tangan korang, lepas tu usap tapak tangan korang baru letak dekat perut bayi dan tempat-tempat lain. Takut bayi tak selesa dekat minyak yu yee ni. Yela kadang ada bayi yang sensitif. Tapi, masa nad pakaikan Fariza, dia serasi je dengan Minyak Yu Yee ni. Haritu Fariza selsema, dan batuk, nad pun sapula dengan Minyak Yu Yee ni, alhamdulillah, lega dia, tidur pun lena. Kehangatan Minyak Yu Yee tu buat dia rasa selesa.

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Minyak yu yee digemari seisi keluarga

Mak pulak haritu ngadu, kaki dan dia sakit. Jadi nad pun ambil Minyak Yu Yee yang nad bawak masa balik kampung, urut mak dengan minyak ni. Mak cakap sedap, lega dia segala sakit hilang sekejap. Sebenarnya banyak kegunaan Minyak Yu Yee Cap Limau ni. Sebab tu minyak ni digemari seisi keluarga. Dalam satu botol, boleh guna macam-macam. Jimat, murah pulak tu.

Minyak Yu Yee Cap Limau Halal

Minyak Yu Yee Cap Limau, Halal

Pernah dengar, dikatakan minyak yu yee ni tak halal sebab ada kandungan babi. Kita ni sebagai orang Islam, mestilah akan was-was kan bila orang dah kata macam tu. Tapi, korang jangan risau, dah cek dah, Minyam Yu Yee ni Halal dan telah disahkan oleh Jakim. Lega bila dapat tau minyak ni selamat digunakan. Minyak kesayangan ni takkan hilang dek zaman. Mungkin sampai ke generasi cucu cicit kita pula nanti.

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Bawak stok Minyak Yu Yee ke kampung

Minyak Yu Yee Cap Limau boleh didapati di farmasi dan kedai-kedai yang sedia ada di pasaran. Maklumat lanjut, korang boleh layari facebook https://www.facebook.com/Minyak-Yu-Yee-Cap-Limau-1611335482473951/ .
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Tiap Malam sebelum nak tidur wajib sapu sikit kat hidung .

    ReplyDelete
  2. minyak ni senang bawa g mana2.. bentuk comel je

    ReplyDelete
  3. Bau dia mmg best kan Nad.. berangij gituu.. akk sekeluarga pon guna kinyak yuu yee jugak..

    ReplyDelete
  4. Ni dulu memang wajib ada masa berpantanga anak pertama dan kedua

    ReplyDelete