hai assalammualaikum


Lovera Glow Mist

Lovera Glow Mist, Rahsia Muka Segar Dan cantik - Makin lama, makin suka dengan produk Lovera ni. Lagi satu produk Lovera yang nad guna, Lovera Glow Mist. Dah lama nad pakai, sebab muka nad jenis kering dan berjerawat. Jadi nak nampak muka segar selalu, nad sembur je dengan Lovera Glow Mist ni.

Lagi sekarang tengah berpantang, taknak muka macam mak nenek, nad sembur Glow Mist ni supaya muka sentiasa nampak berseri. Lovera Glow Mist ni kira macam vitamin air untuk muka. Ingat badan je perlukan vitamin..huhu..


Lovera Glow Mist ni jenis sembur, jadi mudah sangat nak gunakannya. Sembur, sembur je dengan muka. Nad akan sembur dekat bahagian muka siang dan malam. Baunya wangi sangat-sangat, sebab bahan yang digunakan ialah Rosa Damasecena Water, sebab tu bau rose. Selain itu ada Aloe extract dan Hyaluronic yang bagus untuk kulit wajah.



Nad sembur Glow Mist ni, muka nad lembap selalu je, yela kulit kering, jadi pakai Glow mist ni kulit dah tak kering. Muka pun segar dan sejuk je. Suka pegang muka sekarang ni ha..hehehe. 


Kebaikan Lovera Glow Mist

Selain itu, kebaikan Lovera Glow Mist ni membekalkan vitamin untuk kulit muka supaya sentiasa sihat dan cantik, menghilangkan jerawat, anti-penuaan, membunuh kuman di kulit muka dan glowkan muka serta merta.


Kesan serta merta: 
- Kulit akan menjadi lembab & segar
- Kulit akan jadi glowing
- Makeup tahan lebih lama
- Jerawat kurang
- Kulit gatal-gatal,renyam makin lega
- Kulit terus tak kering/mengelupas

Kesan jangka masa panjang
- Kulit makin anjal
- Tekstur kulit makin elok
- Pori - pori makin kecil
- Anti-penuaan. Kulit sentiasa muda dan lambat kedut atau ada garisan halus


Digunakan sebagai Makeup Spray

Kalau korang nak tau, Lovera Glow Mist boleh digunakan sebelum makeup. Glow Mist dapat buat makeup tahan lama. Sembur Glow Mist seblum pakai makeup, lepas selesai makeup pun boleh sembur lagi. Muka nampak lebih glowing gitu. Makeup pun jadi cantik.

Lovera Glow Mist ni boleh digunakan pelbagai cara, sebagai facial mist, toner dan makeup setting spray.

Jadi nad syorkan la, korang nak pilih facial mist, piliha Lovera Glow Mist ni. Memang best..Selamat digunakan dan tiada chemical merbahaya yang boleh menghakis & membahayakan kulit. Dengan bau yang wangi dan segar, dapat menenangkan fikiran. Sangat multipurpose tau dan tahan lama.

Lovera Glow Mist dalam bentuk botol kecik yang boleh di bawa kemana sahaja di dalam bag. Boleh di gunakan setiap masa tanpa risau tentang merosakkan kulit. Dengan cuaca dekat luar yang panas, sembur je Glow Mist ni.

Rasa berminat nak beli atau nak tengok testimoni, bolehla layari

SHARE 33 comments

Add your comment

  1. kecik je kan nad? memang boleh bawak dalam handbag la kan

    ReplyDelete
  2. Boleh mengurangkan jerawat tu yang best! Botol macam ni senang nak bawa ke mana-mana kan.. macam Ros, kerja dalam aircond kulit kadang-kadang kering. Nak kena try lovera glow mist ni..

    ReplyDelete
  3. wow bestnye...kene try jugak nih

    ReplyDelete
  4. Wah..lovera dah ada mist pulak ye... Dulu ada yg jelly tu.. Mcm best tgk mist ni... Bantu moist kan kulit muka

    ReplyDelete
  5. memang tengah cari mist ni, skrg jugak nak whtsapp haha

    ReplyDelete
  6. Boleh glowing2 muka pakai ni ye,..Tengok botol dia biasa2 je..tapi kebaikan nya banyak tu.

    ReplyDelete
  7. Leoas ni muka bertambah csnik dan gliwing la bila amalkan mist ni. Mekap pun akan kekal lama

    ReplyDelete
  8. Ada resdung boleh pkai tak lovera ni hihihihi

    ReplyDelete
  9. spray2 terus cantik.... dulu pernah gak guna spray macam ni... tapi tak igt lah jenama apa...tapi wangi je bau... memang lepas pakai rasa fresh...inshaAllah kita try nnti jenama ni juga

    ReplyDelete
  10. Tak pernah try lagi jenama lovera tapi selalu nampak review pengguna lovera. Semua kata best.. Nanti boleh la try jugak

    ReplyDelete
  11. 1st time dengar.. mybe akan cuba lepas ni

    ReplyDelete
  12. Cantik sepanjang masa la mommy sorang ni. Hee

    ReplyDelete
  13. makup spray pun dah jadi benda penting buat TB sekarang..haha.. dulu tak reti guna.. sekarang baru tahu dan sibuk la mengumpul spray mist ni.. hahaha.. nak cari lovera glow mist plak lah lepas ni

    ReplyDelete
  14. Botol kecik je. So senang nak bawak pergi mana - mana. Lepas tu senang pulak tu nak pakai. Spray2 terus cantik. Kihkihkih. :)

    ReplyDelete
  15. Excited bila dengar boleh kurangkan jerawat. Sebab jerawat suka bawak geng kat muka eyqa

    ReplyDelete
  16. Lovera Glow Mist ni product baru ke nad? Sebab 1st time dengar. Ke adik beradik dengan Lovera Magic Jelly.. hehe... Tapi macam best jer. Sembur-sembur.. Senang pakai ☺

    ReplyDelete
  17. Wahhhhh ! Nampak warna mist tu pon dah dpt agak bau dia wangi. Teringin lah cuba. Mcm2 guna dia yer. Jimat !

    ReplyDelete
  18. Mudah nya cara penggunaan produk ni. Sembur sahaja dah cantik. Kulit wajah pun nampak fresh kan.

    ReplyDelete
  19. Mvm beat je produk lovera ni. Skrg ni main sembur je dh cantik kan... liez pun suka lovera sbb tekstur dia pun x melekit dan ringan

    ReplyDelete
  20. Macam menarik je mist ni, nanti dah habis yg kat rumH ni boleh lah cuba produk ni pulak

    ReplyDelete
  21. wahhh, muka nadia je penuh kita punya desktop tau menarik pula lah produk ni, memang nampak segar je wajah dah la baru beranak 2 orang hahaha

    ReplyDelete
  22. Ramai Bonde baca update tentang Lovera ni. produk ni katanya bagus. Harus cuba lovera mist ni... Lepas ni nak cantik macam Nad juga he he he

    ReplyDelete
  23. Macam menarik pula mist ni. Selalunya mmg sy pakai mist (brand lain) utk
    Memberi kesegaran pada wajah. So nanti nak cuba la trh yg ni pula

    ReplyDelete
  24. Produk Lovera Glow Mist best sangat ya sebab mengandung vitamin untuk kulit muka sehingga kulit sentiasa sihat dan cantik, menghilangkan jerawat, anti-penuaan, membunuh kuman di kulit muka. Suka produknya.

    ReplyDelete
  25. Face mist sesuai guna nak pula waktu panas kemarau cuaca tak menentu macam sekarang ni. Kalau wangi lagi la teruja nak pakai. Bagus la membantu hilangkan jerawat.

    ReplyDelete
  26. Wah menarik ni. Saya pun kadang rasa kulit muka cepat kering. Spray2 gini mesti buat rasa fresh balik n bauan yang wangi mesti menceriakan semula hari anda. Hihik

    ReplyDelete
  27. Jenama Lovera ni bagus. Nanti nak cuba mist ni. Kulit orang Malaysia ni sesuai produk berasaskan Aloe Vera. Kita terdedah pada Sinaran matahari banyak sangat. Mist tu bleh bagi cool skit. Hehe

    ReplyDelete
  28. Mist ni boleh pakai bila-bila ke atas recommended time dia? Kalau ikut hati nak je pakai setiap masa, siapa taknk cantik kan. Haha

    ReplyDelete
  29. wah glow gtu ...yela kdg muka kita ni kusam bila ada produk yg bole menyegarkan muka sure best kn..tq share produk ni

    ReplyDelete
  30. No wonder you look so flawless and glowing. So this is your secrets of beauty. Wanna buy this as well...

    ReplyDelete
  31. Lamanya tak jumpa Nad kan. Inilah rahsia kejelitaan dan muda remaja Nad ye. Rawlins tertarik tengan pelbagai fungsi tu - mudah dan murah gitu.

    ReplyDelete
  32. This is my first time get to know about this brand, thanks for sharing. I think its going to be useful for those who need to refresh the skin.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2