hai assalammualaikum

Percutian Hari Raya Di Port Dickson - Pada kebiasaannya apabila menyebut sahaja ‘Hari Raya’, pastinya semua akan teringat kampung halaman masing-masing. Tidak sah kalau Hari Raya tidak disambut di kampung bersama keluarga dan sanak saudara dalam tradisi musim perayaan yang dipanggil 'balik kampung'. Sebab tu raya in Malaysia ni kita dapat menikmati keseronokan walau di mana sahaja kita berada. Namun kini, ramai di kalangan kita yang  suka menyambut Hari Raya dengan sedikit kelainan – iaitu ber’hari raya’ sambil bercuti. Ia sememangnya bukan sesuatu yang baru, tetapi semakin menjadi trend masa kini. Banyak tempat Malaysia yang kita boleh bercuti, dan salah satu tempat menarik ialah Port Dickson. Port Dickson ada banyak tempat menarik sekarang, dan nad sendiri dah rasainya, memang seronok. Kalau korang nak bercuti di Port dickson, korang boleh menggunakan website atau apps Traveloka, dan start buat booking secara online dengan mudah.

Port Dickson, Negeri Sembilan ialah destinasi pelancongan yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang panjang dan telah dibangunkan dengan berbagai kemudahan pelancongan seperti resort dan aktiviti menarik untuk disertai. Port Dickson bukan seperti dahulu, ada pantai sahaja, malah sekarang ada beberapa tempat yang boleh korang kunjungi.

Tempat Menarik di Port Dickson


1) Pantai Blue Lagoon

Jadi apa yang ada di Port Dickson, hah semestinya Pantai Blue Lagoon. Blue Lagoon adalah satu kawasan pantai Port dickson yang menarik.Pantai ini terletak di dalam teluk kecil berhampiran Cape Rachado, hanya 18 Kilometer dari bandar Port dickson. Air laut di sini cetek dan tenang sebab pantai ini dilindungi oleh teluk membuat tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermandi laut.Terdapat aktiviti pelancongan dan mempunyai banyak hotel dan resort untuk penginapan percutian korang.Terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan pelancong dapat melihat hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung. Pada waktu malam, korang boleh nampak lampu suluhan Rumah Api Cape Rachado merentas air laut.



2) Alive 3D Art Gallery

Salah satu tempat yang nad akan masuk dalam list. Sebab belum pergi lagi..hehhe..Tapi memang akan pergi sebab menarik untuk anak-anak. Alive 3D Art Gallery merupakan sebuah galeri 3 tingkat yang terletak di Lukut dan menempatkan lukisan-lukisan mural 3D. Lukisan 3D di sini kelihatan ‘hidup’ sekiranya diambil dari posisi yang betul. Disini terdapat lebih daripada 50 buah lukisan untuk pengunjung bergambar.Ada 5 tema dalam ni, iaitu aquarium, adventure, animation, seni dan exotic.
Hah!!, siapa yang suka bergambar, bolehla ke sini.


3) Rumah Api Tanjung Tuan

Rumah Api Tanjung Tuan, rumah Api yang dikelilingi hutan simpan ini telah di bina oleh Belanda pada tahun 1817 dan dikenali dengan nama inggerisnya Cape Rachado. Tempat ini merupakan mercu tanda popular yang sering menjadi tumpuan pelancong yang datang bercuti ke Port Dickson.Rumah api ni dianggap rumah api yan tertua di Negara kita dan dibina pada abad yang ke 16. Sampai disini korang kene mendaki sejauh 700 meter untuk sampai ke puncak tanjung ini. Walaupun agak memenatkan untuk mendaki bukit ini tapi memang berbaloi dengan pemandangan yang akan dilihat dan nikmati. Walaubagaimanapun, untuk berada sesetengah tempat disini seperti di rumah api dan melakukan aktiviti jungle trekking disini perlulah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.



4) Muzium Tentera Port Dickson

Muzium Tentera Darat Port Dickson nad pernah pergi waktu bekerja dulu. Tapi gambar dah hilang..sedih..Muzium tentera darat Port Dickson adalah muzium tentera terbesar di Malaysia. Dah namanya muzium, mestilah ditunjukkan pelbagai jenis kenderaan, barang dan kisah tentera yang berjuang demi negara. Orang ramai dapat mempelajari sedikit mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera negara kita. Pengunjung akan dapat melihat ruang pameran yang dikategorikan mengikut pelbagai era bermula dari Era Kesultanan Melayu Melaka hingga ke hari ini. Antara yang menarik ialah Terowong PKM, Era Portugis dan Belanda, Era penjajahan British dan Pameran Luar dimana berbagai peralatan ketenteraan dipamerkan kepada pengunjung.



5) PD Ostrich Farm

PD Ostrich Showfarm.Korang pernah tengok burung unta kan, tapi tak pernah tengok depan-depan atau pegang burung unta tu kan. kalau korang nak tengok, korang boleh singgah di Pusat Penternakan burung Unta atau dikenali PD Ostrich farm. Tempat ini terletak 9 Kilometer dari Jalan pantai Port Dickson. Di sini, pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta. Antara haiwan lain yang ada ialah keldai, kambing, arnab dan angsa.Best kan, budak-budak mesti suka.


6) Rumah Upside Down

Terletak di deretan rumah kedai, galeri mempamerkan ciri khas rumah seperti bilik tidur, dapur, ruang tamu dan lain-lain dalam kedudukan terbalik, yang menghasilkan kesan foto lucu. Selain itu, terdapat pameran lain yang menggunakan perspektif dan sudut untuk mencipta kesan helah 3D.
Rumah Terbalik ni nad dah pergi, semua barang dalam tu terbalik. Datang sini, sebab tengok orang lain bergambar dengan terbalik. Nak tau macam mana terbaliknya tu..ehhehhee.. Dekat sini bukan sahaja benda terbalik, malah ada juga prop lain yang kelakar..

Korang boleh masukkan dalam list tempat ni ok..

Ni baru sebahgaian tempat di Port Dickson, ada banyak lagi lokasi yang korang boleh pergi dan enjoy di Port dickson ni selain mandi laut. Kang nad share banyak-banyak, takut korang bercuti sebulan raya dekat Port dickson ni kang..hehehe..Jadi, ni dah beberapa minggu lagi nak raya, nad cadangkan korang book je terus ok..cuti-cuti raya..
SHARE 29 comments

Add your comment

  1. Byk tempat menarik kt PD ni...suka jugak kalau g PD utk weekend gateway..Sally pulak maybe ikut mama g Melaka raya ni...

    ReplyDelete
  2. I tak tau port dickson so many nice activities. Hanya tau pergi pantai jer. Should go there and venture

    ReplyDelete
  3. Alive 3D Art Gallery tu kalau tengok dari gambar saling tak tumpah macam rumah hantu. Nampak menakutkan la. Maybe effect warna suram dan bangunan lama. Rumah Upside Down tu nampak best.

    ReplyDelete
  4. Best juga port Dickson ni sbb ingat cuma laut je ada kat sana, rupanya macam-macam ada

    ReplyDelete
  5. nak cuti cuti malaysia juga lah. Port dickson, dekat je kan?

    ReplyDelete
  6. Dekat pd memang best kan.. Yg nad senarai kan ada yg zaza dah pi.. Seronok hari tu berjalan2 dgn family.. Pantai blue lagoon je belum berkesempatan nak lawat

    ReplyDelete
  7. Akak terus rasa nak cuti- cuti malaysia kat PD..hahaha...tgh impikan nak bercuti kat Hibiscus PD...

    ReplyDelete
  8. I love to go to PD too since it is quite near from KL. Planning my trip there again on this weekend holiday.

    ReplyDelete
  9. PD memang banyak tempat menarik Nad. Mimi sendiri pun orang PD tapi tak tersampai semua tempat.

    ReplyDelete
  10. I personally suka bercuti Di PD. Bukan saja murah malah travel time pun dekat je. Banyak aktiviti juga.

    ReplyDelete
  11. Oh wow! I am also thinking to go Port Dickson, somewhere nearby for a short trip during this raya break.

    ReplyDelete
  12. Wow best sambail balik raya boleh pergi tempat percutian yang menarik kita kat kg hanya ada pokok sawit jer hehehehe... tapi PD memang menarik lah..

    ReplyDelete
  13. Best jugak kan sesekali raya pergi bercuti..tak jauh dekat pun jadilah kan. Last gi PD sebelum puasa..nanti nak ke sana lah raya ni

    ReplyDelete
  14. Lamanya Rawlins tak melawat dan jenjalan ke PD. Teringin nak melawat 3D Art Gallery tu dan bergambar pelbagai gaya kat situ. Hehe.

    ReplyDelete
  15. Ah, Port Dickson is really a good place to jalan2 with family. I have been there a long time ago and there are so many new attractions now. Need to revisit.

    ReplyDelete
  16. This is an awesome place to visit with family. Am curious for that ostrich farm, and see how ostrich eggs hatch!

    ReplyDelete
  17. terbaek.. lama x pegi PD.

    ReplyDelete
  18. Taman burung unta sy pernah pergi, kambing pon ada.. Dekat sebelah ada rusa.

    ReplyDelete
  19. Looks like a really fun and awesome family trip to Port Dickson! I always love visit PD, to enjoy sea breeze!

    ReplyDelete
  20. Lama rasanya tak singgah PD.. adalah beberapa kali cuma lalu je.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Nad sekeluarga. Maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  21. Tak sempat nak ke mana-mana hari raya ni walaupun tak balik kampung. Tapi PD memang best untuk pergi bercuti

    ReplyDelete
  22. Im going too later. but the once in penang. hope its good

    ReplyDelete
  23. Raya ni pergi balik Melaka je. Tak sempat nak menyinggah..

    ReplyDelete
  24. Masa mengundi hari tu pi PD, best! Plan nak bawa family pergi holiday kat sana lagi nnt

    ReplyDelete
  25. best. mek tk pernah lg beraya d tempat percutian. hehe. tp best jgk kalau lepas raya ramai-ramai pegi PD

    ReplyDelete
  26. Muzium tentera akak belum sampai. Tak sempat ke sana, nanti balik semenanjung nak pergi la..

    ReplyDelete
  27. im going to PD next month, thank you for sharing this.. heheh sbb tak pernah pegi sana lagi.. so tgh cari tempat2 menarik, then jumpa post ni :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2