hai assalammualaikum


Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collaboration - Sebenarnya nad ada beli dua produk detoxer skin Althea ni,  tapi tak sampai lagi. Tak sabar nak tunggu produk ni sampai dan rasai sendiri kelebihan skin detoxers ni pada kulit.  Nad baca feedback daripada kawan-kawan, semua kata best. Skin Detoxers yang nad maksudkan ialah Real Fresh Skin Detoxers. Nad dapat tau, Althea Korea bekerjasama dengan program beauty TV Korea, iaitu Get It Beauty, untuk produk Real Fresh Skin Detoxer ni.

Bintang K-pop Jeonghwa dari kumpulan EXID mencuba produk Real Fresh Skin Detoxer.  Lihat video di bawah! 🤩


Wah terbaikla,  artis korea pun teruja bila pakai produk ni. Tengokla muka diaorang dah la cantik. Jeles sangat. Jadi,  harusla cuba juga kan.



Real Fresh Skin Detoxers ada dua jenis iaitu Rose dan Green Tea. Skin detoxers ni merupakan produk penjagaan muka 2 dalam 1, iaitu mask dan pembersih muka yang mampu membersih sebum, kotoran, dan pori-pori terhadap secara mendalam. Ia mengambil masa 10 saat sahaja untuk memberikan kulit yang segar dan sihat. Bila ada pembersih muka macam ni,  memang takda alasan tak dapat jaga kulit muka.

Selalunya kita ambil masa 20 minit nak bermasker muka kan,  tapi ini hanya ambil masa 10 saat kemudian bilas.

Produk ini mengandungi bahan-bahan yang segar yang dapat memberikan nutrien dan kebaikan pada kulit.


Untuk Real Fresh Skin Detoxer Rose ia dibuat dengan kelopak mawar Perancis dan ekstrak rose untuk memperbaiki kulit. Disarankan yang Rose dipakai pada waktu pagi.

Bahan utama yang terdapat dalam produk ni adalah :

Kelopak bunga ros segar - Lembut pada kulit dan memberikan aroma segar, ringan dan menyenangkan.

Ekstrak Rose - Menenangkam kulit rengsa dengan lebih mendalam, menghaluskan kulit dan memperbaiki tekstur kulit.

Glycerin - Memberikan kelembapan pada kulit,  serta mencegah dehidrasi.


Teh Hijau ia mengandungi daun teh hijau Jeju dan ekstrak teh untuk membersihkan kulit. Dipakai pada waktu malam.

Bahan utama yang terdapat dalam produk ni adalah :

Daun teh hijau asli - Merawat kulit dan memberikan wangian yang menyegarkan.

Ekstrak teh hijau - Mengandungi vitamin C dan asid amino untuk membersihkan dan menganjalkan kulit.

Glycerin - Memberi kelembapan pada kulit, serta mencegah dehidrasi.

Sesuai untuk semua jenis kulit.


Cara gunakan pun senang sahaja. Hanya sapu di muka yang kering. Tambah pada sedikit air dan urut dengan perlahan-lahan perlahan dalam gerakan bulat sebelum dibilas dengan air. Biarkan 10 saat,  kemudian bilas.

Tak sabar nak tunggu nad punya sampai. Korang boleh juga dapatkan Real Freah Skin Detoxer ni di website Althea Korea. Klik link https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Gigih tgk video sampai habisss...hahaha...tp mmg ingat nak beli jugak satu

    ReplyDelete
  2. Ramai gak zaza tgk pakai detoxer ni.. Rasa mcm nak beli yg green tea tu nanti

    ReplyDelete
  3. I tried both and I love the Real Fresh Skin Detoxer Rose. My skin is so smooth after using it.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2