hai assalammualaikum


Simple Dimple Diaper Bags, Beg Pelbagai Guna - Bila dah jadi parents ni, nak pergi mana-mana, kelengkapan anak la paling penting. Yela, mana taknya, dengan pampers, kot anak terberak, dengan baju, dengan air panas, dengan botol susu, haish segala la barang dia tu. Lagi kalau nak pergi travel, semestinya beg anak kena ada satu khas ok..hahaha.. Tak boleh bercampur dengan beg mak ayah. Nad memnag dah ada beg galas baby ni, tapi tu jenis beg yang jenis kain. Jadi macam tak boleh isi banyak barang. Lama dah teringin nak beg cengkerang, beg ninja ni, sebab banyak kelebihan. Jadi haruslah dapatkan satu.


Kalau tengok dia banyak saiz, warna dan bentuk. Ada bercorak, ada juga kosong. Macam kita ni memang pantang anmpak bentuk yang comel-comel kan..hahaa. Lagi kalau anak yang pakai, anak perempuan, huishh..tengok comel je beg rabbit tu..ada je warna pink..hehe. Ada juga corak superman..Tapi disebabkan fikir untuk pergi travel, jadinya kita pilih yang besar, warna merah.

Beg ni memang unik, stylish dan nampak modern designnya. beg macam ni la bapak tak segan nak bawak kan..hahaa. Bahagian depan beg keras. Jadi semestinya beg ni tahan lasak dan tahan lama. Paham-paham jela, kalau pergi mana-mana, isi barang anak banyak, takut terkoyakla beg, tapi tengok beg Simple Dimple ni memnag tahan sangat ni.



Haritu, pergi bercuti, nad bawak beg Simple Dimple ni buat isi barang Fariza dan Farhanah. Memang muat habis, sebab beg ni macam beg bagasi pergi travel. Nad masukkan juga baju nad sikit dengan suami, masih boleh muat..ehhee. Maknya pun, macam tak boleh isi dekat beg lain..hahaa. Ada je sebenarnya..Saje nak tengok muat sampai mana dia boleh isi..hahaa.


Isi banyak pun masih terbentuk elok je. Masa bawak pun ringan je, takde berat, walaupun beg sebesar itu.

Kelebihan Simple Dimple Diaper Bag, Beg Cengkerang Keras
- Bahagian compartment dalam dia extra luas.
- Dalam dia juga fully padded & insulated.
- Ada divider & organizer dalam tu yang boleh ditarik ke atas.
- Ada tempat khas untuk letak botol susu/botol air supaya kekal sejuk/panas.
- Bag ni boleh bukak sehingga 45 darjah untuk senang nak selongkar.
- Special stroller strap untuk gantung pada stroller baby.
- Boleh jadi back pack atau sling bag. Sebab tu kot panggil 2 in 1.
- Multipurpose changing mat ada terlipat elok kat dalam bag.
- Water resistance.
- Moden, tahan lasak & ringan.
- Boleh jadi bag laptop, bag untuk trekking,biking,travelling & suka hati nak jadi bag apa.
- Size: 35L x 16.5W x 37.5H cm




Kalau tengok memnag banyak ruang untuk simpan barang. Lepas tu ada dapat waterproof changging mat dengan tali holder tu. Haritu pergi Cameron, nad siap bawak ubat-ubatan sebab diaorang masa tu tengah selsema dan batuk. Nasib ada ruang untuk simapn ubat tu.


Beg ni bagusnya boleh disangkut dekat stroller atau katil bayi, sebab ada pelekat di bahagian atas. Memang senang kan. Taknak galas beg, boleh letak dekat stroller.

Memang senang bila ada beg Simple Dimple ni. Bawak satu beg untuk budak berdua ni..hehe. Yang bakal jadi ibu ayah tu, yang parents tengah cari beg untuk anak, sesuai sangat pakai beg Simple Dimple ni..Bukan sahaja boleh guna untuk anak kecik, malah anak yang dah besar pun boleh. Buat beg sekolah pun boleh..hehee..

Nak tau lebh lanjut berkenaan beg ni boleh layari'
Website: http://www.simple-dimple.com
Facebook: https://www.facebook.com/mysimpledimple/






Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. dimple bag akak buat angkut breast pump..tp tu 9 tahun lepas la..si adik guna beg yg ringan dan kecik sikit..

    ReplyDelete
  2. wah berguna ni.sekali harung semua boleh angkut . DLu time little boy kecik pn dalam beg lisa ada pampers spare , baju ganti , susu , putih ahahaha

    ReplyDelete
  3. yesss need to have yg keras one so that can protect the thing inside, if is all clothes then memang still okay, but if is those yg mudah pecah, then cengkerang keras really play important role to protect.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  4. Lihat foto foto bag itu sama dengan nama bagx Simple Dimple Diaper Bag. Hehee.... benar2 bag yg simple di bawa kemana mana. Banyak laci2 dalam tasnya

    ReplyDelete
  5. husband airah minat sangat dengan beg ada permukaan keras macam ni.haritu survey beg nak letak barang baby pun dia minat jenis ni haha.boleh la survey dekat simpe dimple ni nanti

    ReplyDelete
  6. Produk simple dimple mmg feveret saya sejak anak no 3 lagi. Kualitinya tahan lasak dan paling best rekaan dia cantik

    ReplyDelete
  7. Comel plak bag ni,warna dan pilihan pun banyak kan..akak berkenan jugak dengan yang Nad amik tu...comel jer..senang nak letak barang2 anak kan..nasib baik takde anak kecik

    ReplyDelete
  8. Wow bestnya ada beg yang keras kita pun tengah mencari beg travel yang flexible macma ni hehehehe ok lah bentuk cantik dan warna menarik nanti nak cuba cari lah hehehehe...

    ReplyDelete
  9. pernah ada dulu bila baca entri ni cuba mengingatkan ke mana perginya! haha, last sekali sejak anak no 2 hingga ke 4, dah takde beg mcm ni. bestnya beg keras ni, kukuh dan tahan lasak. bagi mommies2 semua, boleh la simpan satu beg mcm ni even bukan tuk babies stuff, macam 2 boleh letak dalam tu

    ReplyDelete
  10. Ruby pun prefer bag simple dimple ni. Memang bagus. Lasak gila bag ni. Baling or terjatuh pun, barang dalam tu stay. Hahaha. Ruby tukar bag simple dimple lepas zip rosak. Walaupun cengkerang pecah, ia masih elok tau. Hebat bag ni.

    ReplyDelete
  11. Whoa! So easy for mummy...at least baby items organize well. It look tahan lasak and design Cantik juga. Look modern and practical.

    ReplyDelete
  12. wah indeed ciktom pun kena ada bag mcm ni..senang nak balik kmpg dan travel jauh..nak organize brg pun senang..menariknya..

    ReplyDelete
  13. Kalau tak ada anak kecik dan dibuat untuk kegunaan sendiri best gak ni kan..:D Cantik pulak sis tengok. DUlu masa anak sis baby ada jugak beg diorg sendiri tapi tak ada le yang keras macam ni. Beruntung betul anak2 zaman sekarang ni

    ReplyDelete
  14. Kalau ada anak ni, memang kena pikir bag yang luas dalamannya. Sebab nak isi banyak barang kan.
    Tak sangka bag tu luas ye walaupun nampak macam kecik je.

    ReplyDelete
  15. Simple dimple bag mmg sesuai utk Ibu bapa. Good idea utk dijadikan beg sekolah utk anak2 jugak. Byk compartment kat dalam bag tu utk letak botol susu, pacifier, diaper, baju dan lain2.

    ReplyDelete
  16. Menarik ni sebab senang parents nak bawak anak travel sama hahah..syok la farhana n adik ye!

    ReplyDelete
  17. Rawlins suka design gini - tak kisah nak bawa untuk barangan baby atau pun dewasa sebab semua boleh pakai kan. Adakah Rawlins kena beli satu? Haha

    ReplyDelete
  18. Ohh, ini ke bag cengkerang yang dimaksudkan. Lepas tengok gambar baru Nad tahu bag apa. Mommies mudah la kalua pakai bag camni untuk keperluan anak-anak. Nad pulak tengah mencari-cari luggage ni, kalua boleh nak besar sikit dari size yang kak Nadia tunjuk. Kita nak pergi travel heheh.

    ReplyDelete
  19. Cute ja sebut cangkerang keras.. Hahhaha.. .tapi tgk compartment dalam dia luas jugak eh... Boleh sumbat baju anak2 tu

    ReplyDelete