hai assalammualaikum

Nak Bibir Merah Dan Cantik, Scrub Bibir Dengan Bubble Bubble Lip Mask Rire - Siapa yang alami masalah bibir kering dan mengelupas. Nad ni kadang-kadang je bibir jadi kering dan merekah. Bila tangan tak boleh duduk diam, nad tarik kulit bibir tu sampai darah..hahha. Banyak faktor yang menyebabkan bibir kering dan mengelupas, antaranya, kurang minum air, kesan gincu dan sebagainya. Ada banyak cara nak bagi elakkan bibir kering dan mengelupas malah jadikan bibir kita merah dan cantik. Selalunya orang pakai lipbalm je, apa kata, sekali sekala, korang buat scrub bibir. Bukan muka, badan je scrub, bibir pun ada scrub dia tau. Sekarang banyak produk kecantikan yang boleh kita manfaatkan untuk cantik. Apa yang nad buat, untuk bibir merah dan cantik, dua kali seminggu nad scrub bibir nad dengan Bubble Bubble Lip Mask.


Nad dapatkan Bubble Bubble Lip Mask Rire ni dekat Althea. Harga dia RM29 sahaja. Produk ini datang dalam botol pam 12mL, yang sangat mudah digunakan. Rasanya agak murah, jujur, dan reka bentuk pembungkusan sangat simple. Botol berwarna kuning dan hanya tulisan. Tapi nad tertarik untuk beli yang ni walaupun ada banyak lagi yang ada.

Menariknya, produk ni akan mengeluarkan buih dalam beberapa saat setelah disapu. Selepas tu,ia akan kering. Hah!, lepas kering gosok bibir, macam scrub tu. Masa tu kulit yang mengelupas akan tertanggal sekali, dan ia akan membuang sel-sel kulit mati.


Korang boleh tengok video ni. Ni nad tunjuk cara memakai Bubble Bubble Lip Mask Rire ni, senang sahaja.
- Pam sedikit di tangan, kemudian, sapu di bibir kita. Biarkan je sehingga buih-buih akan keluar. Sambil tu boleh tengok tv. Memang geli bila buih keluar, rasa macam ulat merayap..hahaa.
- Kemudian buih akan hilang sedikit demi sedikit dan akan kering.
- Lepas kering boleh gosok dengan perlahan bagi tanggalkan kulit yang merekah dan sel kulit mati.
- lap dengan kain atau tisu basah.
- Bibir akan nampak merah dan cantik.
- lepas tu pakai la lipbalm atau gincu. Cantik bibir tau.


Bubble Bubble Lip Mask Rire mempunyai ekstrak lemon untuk menjaga bibir dan mengelakkan kekeringan bibir berlaku. Sangat cepat bertindak dan mudah digunakan.


Botolnya yang kecil, mudah di bawa ke mana sahaja. Nad puas hati dengan bibir nad sekarang lepas menggunakan Bubble Bubble Lip Mask Rire ni. Bibir jadi merah dan cantik. Pakai gincu pun cantik je, dah tak merekah dan kering. Kalau korang nak cuba, boleh klik link DI SINI.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

29 comments so far,Add yours

  1. cantiknya botol. Sekali tengok terus terpikat.

    ReplyDelete
  2. boleh try ni nanti. nampak menarik untuk dpt kan bibir yang lg cantik.

    ReplyDelete
  3. sesuai untuk kita niii...jenis bibir cepat mengelupas kalo pakai lipstik apa pun..haduiii

    ReplyDelete
  4. Bibir saya memang kuat mengelupas. Good product

    ReplyDelete
  5. Uik... kite pakai mask bibir yg sama.. Best gile mask ni... Puashati beli..

    ReplyDelete
  6. Emi dah lama dah tak pakai lip scrub. dulu ada la guna beberapa jenama lip scrub

    ReplyDelete
  7. Looks good but i have not try this brand before, will check it out.

    ReplyDelete
  8. Nak juga bibir merah. Nanti nak beli lah Jeles tengok

    ReplyDelete
  9. Sally guna scrub drpd gula tu je...hahaha...sbb mmg malas nak jagan bibir...hehehe

    ReplyDelete
  10. TB pun tengah problem bibir kering ni. kena cari pelembap nak elak dari terus kering.. kalau tak mulalah tb asyik gatal tangan buang kulit kering kat bibir sampai luka2.. adoi

    ReplyDelete
  11. Pakai ni boleh buat bibir lembap juga kan nad.. scrub bibir bagi bibir nampak segar merah je.. hehe..

    ReplyDelete
  12. Wahhhh, macam best je.. sangat sesuai untuk saya yang beraircond sepanjang masa. bibir memang kering sangat-sangat.

    ReplyDelete
  13. wow! i dunno got special lips mask.. looks great to take good care of our lips.. nice one..

    ReplyDelete
  14. Wahh menarik lah nak cuba lah. Tq awk share

    ReplyDelete
  15. Alaa..nampak menarik sangat bubble lip mask ni. Kena try jugak lah hahah

    ReplyDelete
  16. senang sangat sapu-sapu terus dah boleh cantik bibir tu. sesuai la kalu orang ada masalah kulit bibir merekah, cepat kering atau nak nampak merah cherry selalu

    ReplyDelete
  17. Wahh nampak macam best je, sis pun prob sama.kalau bibir kering suka tarik sampai pedih dibuatnya. Nanti boleh try gunakan bubble lip mask ni

    ReplyDelete
  18. Kita suka laaa... Teruja tengok video! Kita belum pernah buat scrub bibir. Lagipun bibir kita ni mudah sensitif, memang kena extea care. Nanti nak usha beli laaa

    ReplyDelete
  19. Macam nak try jugak je yang ni. Bibir saya memang jenis yang lebam lebam. Lagipun tak pernah lagi main scrub scrub bibir ni.

    ReplyDelete
  20. Bukan muka je kena skrub .Bibie pun sama kan kena skrub untuk tanggalkan kulut mati dan kering .Nanti nak try jugaklah .Harga murah dah tuh

    ReplyDelete
  21. ohhh bibir pun ada mask jugak ya...nampak senang er cara nak gunakan. selalu kita abaikan penjagaan bibir tak sangka sebenarnya ianya sangat penting juga...mesti excited bila dapat tengok bibir jadi merah dan munggil kembali

    ReplyDelete
  22. Ouh I didn't know there's such a product to care for our lips. You are right. Most of the time we really don't give much attention to our lips. with this product our lips will be well taken care of.

    ReplyDelete
  23. Macam menarik je, harga pun tak mahal. Roommate emi ada beli ni haritu. Emi sendiri tak pernah cuba pun, hehe. Tp bibir emi memang jenis yg kering.

    ReplyDelete
  24. This is so convenient for those who on the go and have dry lips

    ReplyDelete
  25. Ingat muka jer ada scrub, bibir pun ada scrub jgk first time dgr nti blh cuba plk.

    ReplyDelete
  26. Wah macam best je scrub bibir ni. Bagus la guna sekarang kan musim panas.packaging comel

    ReplyDelete
  27. wahhh cam menarik je produk ni i ingat dari Althea tadi sebab nampak bubbi lip dari korea hahahah comel pula nampak cam berkesan bibir dari gelap nampak lebih merah gituu love it

    ReplyDelete
  28. Rawlins pun macam kena pakai nie gak sebab bibr kering nie - kerja non-stop seminggu dan tak cukup minum air. Nie kira ala-ala scrub bibir kan

    ReplyDelete
  29. Bestnyaaa.. Akak suka gak pakai lip mask.. Tpi biasanya buat sndiri ja.. Best.. Lembut ja lpas tu

    ReplyDelete