hai assalammualaikum


Jolie Shimmer Shine Cushion, Solekan Jadi Pantas, Cantik Dan Shining

Jolie Shimmer Shine Cushion, Solekan Jadi Pantas, Cantik Dan Shining - Bila pergi mana-mana, nad memang akan pakai makeup, sebab nak selalu nampak cantik dan konfident, takkan nak kelaur dengan muka tak siap, kusam macam tak mandi je..hahahaa. Selalunya, orang lelaki mesti bising kalau kita siap lambat kan, paham-paham jela, kami nak nampak cantik, kang tak cantik awok juga yang malu..kihkih. Lagi kerja berhadapan dengan orang mestilah, kena la nampak vavavom gitu. Tapi, nad ni jenis memang siap nak cepat, sebab tu kalau nak makeup, nad pilih makeup yang mudah digunakan dan tak rumit. Orang cakap, dap,dap je dah siap. Nad lebih suka pakai cushion berbanding foundation. Kalau pilih cushion yang betul, ia pun dah nampak seperti pakai foundation. Baru-baru ni, nad cuba pakai Jolie Shimmer Shine Cushion, perghh, ingat tak best, rupanya best, boleh cover kesan dekat muka ni tau!!


Memandangkan haritu, cushion nad dah habis, nad pun tercari-cari cushion lain. Sekali nampak la Jolie Beaute punya cushion. Apa lagi terus dapatkan sebab tengok orang pakai macam best je. Yeszaa, memang best sebab cushion dia pekat dan sama je seperti foundation.

Tengok packaging dia pun dah macam cushion international punya, sedangkan ia adalah keluaran Malaysia. mempunyai kelulusan KKM dan Halal digunakan.


Teksturnya sangat ringan dan bila pakai tu tak rasa seperti pakai makeup. Cara nak pakai pun mudah, hanya dap-dap sahaja dah siap!!. Muka pun nampak vavavom dan bermaya je lepas pakai Shimmer Shine Cushion Jolie ni tau. Dah tak perlu tepek foundation, powder dan seangkatan dengannya.

Selalunya, cushion ni, nad cuma takut bila dia tak boleh cover dan buat muka berminyak. Tapi lepas nad apply dekat muka Jolie Shimmer Shine Cushion ni, memang sangat elok dekat muka dan takda buat muka berminyak pun. Love it..Malah dia buat muka jadi flawless dan shining malah buat muka nampak natural. CC Cushion ni cover kesan dekat muka kita.


Ni sebelum dan selepas penggunaan Jolie Shimmer Shine Cushion. Tak bercapuk dan tak berminyak , malah tak melekit pun. Makeup nampak smooth, natural dan tahan lebih lama.



Jolie Shimmer Shine Cushion ni ada dua tona warna, satu warna cream dan satu lagi warna caramel. Wrana cream ni terang sikit dan warna caramel dia gelap sikit. Macam nad, ambil dua-dua terus, hahahaa..Dan kedua-dua tona warna ni sesuai dengan kulit nad. Kadang nad pakai dua-dua sekali dekat muka..


Korang boleh tengok video cara nad pakai.

Bestnya Jolie Cushion ni, ia ada SPF35++, dan vitamin C untuk merawat kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UV. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan  wajah lebih muda bermaya dengan glowing secara semulajadi.

Woo Ade kesan Shining ye!!..


Kalau dekat muka memang nad pun takkan perasan. Tapi masa nad apply dekat tangan, nad biarkan, kemudian nad tengok semula, eh ada benda bersinar dekat tangan. nad tengok dengan teliti, wah, ada shining-shining la. Perghh memang menarik.

Lain Keistimewaan dia
- Tidak meninggalkan kesan bedak pada tudung atau baju sekiranya berpelukkan atau bersalam
- Mudah dipakai, hanya 2 minit dah siap
- Mudah dibersihkan dengan air dan mesra wuduk
-  Mampu mengatasi jeragat dan mengecilkan liang pori diwajah dengan penggunaan berterusan
-  Tidak membuatkan kulit kusam dan berkerak dengan bahan-bahan premium berkualiti tinggi dalam penghasilan Jolie
-  Kesan wajah segar dengan efek shimmer shine dari Jolie


Jolie Shimmer Shine Cushion ni sesuai dipakai pergi ke mana-mana sahaja. Bawak pergi travel pun ok, mudah dan senang sebab bawak ni sahaja.

Kepada korang yang nak cari bedak yang jenis mudah nak pakai, boleh la cuba Jolie Shimmer Shine Cushion ni..Boleh terus membuat pembelian melalui :
Instagram : www.instagram.com/jolie_beaute
Facebook : https://www.facebook.com/joliebeauteproducts
Headquaters : joliebeauty.hq@gmail.com

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

32 comments so far,Add yours

  1. best kan? Slaly pun guna yg caramel tapi dah bg kat ibu sbb dia nak...lepas ni nak repeat beli yg lain...hehehe...Sally tak sesuai pakai cream sbb nmpk putih sgt :P

    ReplyDelete
  2. Uishh cantik SEGERA tu ... ni mesti dapat tarik perhatian orang yang suka bersolek tetapi nak cepat lihat kesannya.

    ReplyDelete
  3. La ni org cari yg mudah2 ja.. Nk cepat siap. ..

    ReplyDelete
  4. tulah betul tu kdg2 nak cepat mls nak pakai fd..pkai cushion jer..skrg ni pun cushion lama x pakai..bolehlah try yg ni

    ReplyDelete
  5. Wowww terus nampak berseri muka Nad. Teringin plak nak try gak

    ReplyDelete
  6. haaa.. akk suka mekap segera mcm ni. kdg2 penat gak nk pondesen bagai. hahahaha..

    ReplyDelete
  7. Kalau travel memang kena bawa foundation macam ni senang dapdap je

    ReplyDelete
  8. k.sal tak pernah try lagi jenis cushion ni..nampak menarik gak sebab mudah nak pakai

    ReplyDelete
  9. Kak nina memang suka pakai style cushion ni. Nampak cantik laaa Nad pakai. Glowing gitu. Nak usha laaaa

    ReplyDelete
  10. kak azni suka jugak kalau pakai cushion mcm ni. esp travel.... ish...senang bangat kan

    ReplyDelete
  11. wah.. nampak berbeza nad pakai .. nampak glowing je kulit wajah

    ReplyDelete
  12. Kira jenis matte ke nad ?yela sebab nad kata sapu pada muka nampak shining tapi muka x berminyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada macam bling-bling tu kak.. Tgk contoh gambar tangan tu..

      Delete
  13. wahh ada bb cushion baru la.. kene cuba jugak ni .

    ReplyDelete
  14. wah bestlah cushion ni. Ros memang suka pakai. sebab senang, dap dap kan je. Tengok Nad pakai, nampak cantik dan tak buat wajah kita jadi putiu sangat. sesuai pilihan kod warna tu.

    ReplyDelete
  15. Cushion macam ni memang memudahkan dan mempercepatkan proses kita bersiap. Lagi2 kalau yg jenis busy

    ReplyDelete
  16. Nampak smooth je bila pakai, cantik!

    ReplyDelete
  17. Memang nampak kulit lebih berseri and ceria after using this cushion, best kan.

    ReplyDelete
  18. Cute je nama produk dia hihi, Awak pun comel je lepas try cushion foundation tuz aida suka gak pakai n mmg letak 1 dalam kete (brand lain) utk emergency hihi

    ReplyDelete
  19. Berapa harga tu nad.. Mahal tak.
    Berbeza tgk muka nad bila dah pakai tu. Berbeza la kalau tak pakai.
    Alahai.. Ni yang muka tertarik ni.
    Ppuan kan. Mesti la nak nampak cantik. Hehe

    ReplyDelete
  20. Jolie hehehe kita ingat suka pergi berjoli jer wakakak ada juga jenama makeup macam ni orang perempuan suka lah hehehehe nampak mudah nak guna tu...

    ReplyDelete
  21. baru tahu cushion pun kena pilih yang sesuai dan bagus untuk pakai foundation ya. ic ic..haha mak pun duk suruh saya pakai foundation supaya dapat cover tona kulit yg tak rata ni. eh betul ke? maaf la noob sket bab2 kosmetik..hehe

    ReplyDelete
  22. Patut Nad nampak lain, semakin cantik rupanya guna make up Jolie, ok nnt nak tryla.. Cam menarik jer

    ReplyDelete
  23. Akak tak reti pkai cushion mcm ni. Rasa mcm jd tepung gomak. .pastu kebanyakkan warna tak kena ngn skin tone akak.. Kejap jadi putih Sgt la. Kejap jd gelap Sgt lah.. Stress ja rasaaa

    ReplyDelete
  24. Looks really moisturizing but I'm scared to use product that gives a glow because my oily skin already produce so much glow but this is good for those with dry skin.

    ReplyDelete
  25. Patutlah makin berseri skrg tgok Nad, ini rahsianya ya! Sis pun nak cuba gak lah..nak cantik cam Nad

    ReplyDelete
  26. wahhhh nampak baguslah produk jolie nie. boleh tutup cela dan siap ada shimmer2 gituee. tak yah pakai highlighter kan. nipis dan tak tebal, nampak natural je bila pakai. xdelah over kalau gi pasar kan. nanti nak recommend kat ibu lah produk jolie nie

    ReplyDelete
  27. Nampak perbezaan yg sangat ketara lepas makeup tu, muka nampak berseri dan jugak glow! Lawa!

    ReplyDelete
  28. Cantik laa..nampak berseri2 laa..murni suka pakai bedak jenis cushion macam ni..sebab senang dan tak perlu dah nak pakai foundation. nanti nak beli juga laa Jolie Shimmer Shine Cushion ni

    ReplyDelete
  29. Wow ada effect shiningla.. Tp sesuai tak utk yg kulit berminyak...sbb setahu wawa kalau pakai yg ada shining xssuai... Kot2 la jolie nii ssuai bagus gak kan

    ReplyDelete
  30. alahai,kiutnya dd cushion ni nad. Menarik pula tu siap ada bling-bling

    ReplyDelete