KISAH DUIT RAYA.. SANA SINI VIRAL

in , by Nadia Johari, 10:59:00
hai assalammualaikum

Kisah Duit Raya,  Sana Sini Viral - Raya haritu,  nad rajinla on twitter.. Hahaha.. Almaklumla,  twitter banyak benda yang orang retweet, kisah yanng diaorang suka,  yang diaorang rasa nak luahkan, sampai jadi viral. Dekat twitter memamg pantas ye..Jadi,  raya 2019 ni,  selain cerita ragam budak-budak ni,  kisah duit raya pun ada. Macam-macam haish, pasal duit seringgit budak taknak,  pasal buang duit, buang sampul, lagi dasyat,  pasal makcik dapat duit raya sikit dari anak saudara, terus ditweet ya dengan kata-kata sindiran (dasyat makcik main twitter)..

Mungkin benda ni semua dari zaman kita lagi dah berlaku,  cumanya, dulu takde media sosial sangat. Nad pun pernah mengeluh,  cakap " 50 sen je"..sebab waktu tu RM1 la paling besar.. Hahaha. Masa tu takdok telefon,  jadi cakap dengan sepupu jela.. Hahaha.. Sekrang,  semua benda kalau boleh nak post... Tak heran dah orang cakap apa,  asalkan post dia tu viral ya.. Kadang post tu untuk peeingatan juga.


Bila jadi macam tu,  sekarang dah anak,  anak pun dah boleh berfikir,  kita pun ajar anak adab bila dapat duit raya. Kebanyakannya,  orang tak suka, sampul raya dibuka depan tuan rumah, orang tak suka budak cakap " seringgit je"..dan macam-macan lagi la. Jadi nad ajar anak-anak jangan buat benda orang tak suka.

Nad ajar dekat Fariza dan Farhanah,  lepas dapat duit raya, terus bagi dekat nad. Diaorang belum reti lagi nak simpan duit. Nad pun tak belikan diaorang beg tangan ke apa, paham jela budak-budak,  bila dah leka,  letak ke mana. Jadi,  diaorang paham dan setiap kali dapat duit,  zapp terus bagi dekat mommynya ye.. Hehehe. Si adik pun dah faham, cepat-cepat bagi dekat mommy.. Good..

Setakat ni,  takda lagi si kakak, Fariza nak buka sampul, tengok duit raya. Walaupun ada cousin dia buat macam tu,  dia tak tiru,  sebab daddy dan mommy perhati je erk.. Hahaha.

Nad dengan mr mafia akan pastikan, sampai ke besar diaorang akan macam ni. Jaga adab bila jumpa orang,  depan orang tua. Banyak adab kene ajar diaorang dari kecik ni. Baru diaorang biasa buat.

Berkenaan kes makcik dapat duit sikit dari anak saudara,  haishh tu tak tau la nak cakap. Rasanya,  kalau nak bagi kat orang tua ni selalunya memnag bagi banyak sikit,  paling rendah pun dalam RM50..Yela orang tua kan...tapi bila dapat sikit,  kalau rasa tak puas hati,  tak perlu kot post dekat mana-mana.. Huhu.. Boleh pecahbelahkan hubungan silaturrahim sesama kita. Kena sentiasa beringat. Mungkin dia bagi sikit sebab ade komitmen lain kot. Kita tak tau.

Jadi,  beringatlaaaa......


SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Betul lah cara Nad tu... Suruh anak-anak bagi Sampul Raya dekat parents. Selain menjaga aib tuan rumah, duit raya tu pun terselamat dengan Ibu Bapa... Takdelah tercicir ke apa nanti. Sikit ke banyak pemberian duit raya tu syukurlah dari ada yang tak dapat.

    ReplyDelete
  2. Dah jadi tradisi raya nampaknya.
    Zaman dulu2 takde pemberian duit raya ni.

    ReplyDelete
  3. Akak memang ajar anak anak jangan buka smapul duit raya depan orang. Dapat terus simpan dalam beg. Dh puas beraya diorang bagi semua duit raya kat akak. Akak tukang kira n tulis berapa jumlah. Memang nak didik anak kena dari kecil lagi

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2