hai assalammualaikum

Banyak Jenis Pokok Cactus Ada Di Cactus Point Cameron Highlands - Datang Cameron Highlands, salah satu tempat yang wajib pergi mestila Cactus Point. Bagi penggemar pokok kaktus, mestilah akan datang ke sini, untuk mencari kaktus yang unik dan cantik. Walaupun kaktus ni boleh didapati di banyak tempat di Cameron Highlands ni, tak kiralah di pasar malam, di kedai-kedai terpencil, tapi, tetap juga nak pergi ke Cactus Point, sebab dekat sini ada pelbagai jenis lagi yang kita jarang nampak.


Masa ni nad dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, masa dalam perjalanan, sambil tengok kiri kanan, memang cadang nak singgah mana-mana kedai yang menarik. Nampak la kedai Cactus Point, dan berhenti. Pulak tu masa tu hujan, jadi elokla berhenti sekejap. Tempat ni pun parking luas dan bertutup. Elok sangat la masuk sini sambil tunggu hujan reda.


Masuk je dalam, terus terpegun..Wah!!, banyak jenis pokok kaktus ada. Yang biasa, yang luar biasa, yang ada hanya warna hijau. Yang ada kaktus berwarna..Terus rambang mata. Kaktus ni cantik sangat kalau dibuat hiasan dalam rumah. Memang rambang mata tengok, tapi nad dah beli pun dekat pasar malam..kihkih..Jadi tutupkan mata untuk beli dekat sini.









Tengokla, ada kaktus kecil, ada kaktus besar..Harga pun ada yang murah ada yang mahal..

Dekat sini pun ada jual pokok bunga, pokok buah-buahan..

Tak dapat beli, ambil gambar pun jadila..hehee..Tempat pun luas..

Lain kali, boleh datang lagi, beli kaktus lain mana yang berkenan kan..


Lokasi: Cactus Point Brinchang Cameron Highlands.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

19 comments so far,Add yours

  1. Best nyeee, banyak gile kaktus 😍😍😍 nasib takleh peluk kaktus byk2...

    ReplyDelete
  2. Nice! i Need to bring my children to Cameron's

    ReplyDelete
  3. Tak tahu pula ada cactus point selalu klu gi cameron highland selalu nmpk kaktus kt Kea Farm dgn Cameron Lavender tu je hee

    ReplyDelete
  4. Mmg pelbagai jenis kan nad.. Lama dah tak datang sini. Kaktus merah2 ungu tu cantik

    ReplyDelete
  5. Kalau datang sini rasa macam nak beli semua jenis spesis cactus.

    ReplyDelete
  6. seronoknye nad.. byk gile pokok kaktus.. mcm2 jenis lak tu .

    ReplyDelete
  7. Wow! I love cameron highlands the place is so cool and beautiful

    ReplyDelete
  8. Xtau lak kaktus ada mcm2 nama.. Hehe.. Ni kalau nk ingat nama2 mmg xdan la.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi CH mmg akan singgah dekat caktus ni.. Suka tgk bermacam2 jenis caktus ada...

    ReplyDelete
  10. Cantiknya Nad.. geram ja tengok pokok kaktus nie semua..

    ReplyDelete
  11. Banyaknya jenis kaktus...rasa macam nak memiliki semua...hihi

    ReplyDelete
  12. memang boleh sakit jiwa if gi CH, nad.
    semua pokok nak beli.
    terutama cactus ni. aida sgt minat!!!
    kat rumah, hanya 2 cactus bertahan dari dulu kala.
    beli byk, nad. tapi bertahan bertahun2 2 je.
    yg lain semua dah patah la, da dikencingkan kucing lah :)

    ReplyDelete
  13. rindunya ! lama tak datang sini. tetiba teringin nak buat trip ke sana. aduhaiiii. cactus point ni pun dah lama tak terjah. last pergi pun tak visit jugak.

    ReplyDelete
  14. Pernah beli pokok kaktus kat sini tapi kan bila balik rumah, semut suka makan kaktus ni. Sayangnya sampai mati dikerjakan. Tak nak tanam kat tanah sebab nanti naik tinggi pulak.

    ReplyDelete
  15. aduii syurga kaktus, bunga ros, dan strawberi segar. kalau singgah cameron memang wajib cuci mata tengok bunga dan sayur segar. rambang mata dah pulak tengok semua kaktus tu nad haha

    ReplyDelete
  16. Cantik dan unik kaktus yang ada kat situ kan? Rambang mata nak pilih yang mana satu. Pernah beli tapi tak pandai nak jaga kaktus. Ulat makan hihi

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  17. Masya Allah.. Banyak2 kaktus yg cantik2.. Berkenan AM.. Nnti nak ke cameran beli 3 la.. Nak letak kat balkoni rumah.. Mesti nmpk menarik..

    ReplyDelete
  18. Dah lama giler tak pi Cameron.. teringat dulu kalau pi mesti beli Katus yang kaler merah tu.. lepas tu teruja bila dia beranak2 .. hahaha.. sekali emak ubah ke pasu terus mati pokok kaktus tu.. hahah

    ReplyDelete