Articles by "Cameron Highlands"
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
hai assalammualaikum

Cantiknya Lavender Garden Cameron Highland, Memang Port Bergambar - Bila datang Cameron Highlands, tempat yang ank sangat pergi ialah Lavender Garden. Nad dah cerita percutian Cameron Highlands, dan Lavender Garden adalah lokasi terakhir tempat menarik yang nad pergi di Cameron Highlands. Lavender Garden ni terletak di Tringkap. Waktu operasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. Nasib masa nad sampai sempat lagi nak singgha..hehee.



Harga Tiket Masuk Lavender Garden
Dewasa: RM10
Kanak-kanak; RM7 ( 5-12 Tahun )

Operasi Hours
Isnin-Khamis : 9 pagi hingga 6 petang
Jumaat - Ahad / Public Holiday : 9 Pagi hingga 7 petang



Masuk je dalam dah nampak pokok lavender warna ungu tu. Jalan pulak berbukit, memang letih la, sebab nad dukung si kecik..hahaa. Tapi gigih juga nak naik sampai atas. Yela bila lagi dapat peluang macam ni kan. Jadi disarankan pakai kasut atau selipar biasa je..hahaa.. Jangan pakai heel..

Dekat sini bukan pokok Lavender je, tapi ada juga pokok bunga yang lain.



Biasanya ornag post makan aiskrim purple kan dekat sini. Jadi, kita pun pergi beli la..hehe..Satu kon ni harga RM6. Pejam mata bayar sebab nak rasa..hahaha. Pelik jugala aiskrim lavender ni, tapi anak kita makan relaks je. Duduk dulu bagi aiskrim habis baru boleh jalan.


Ni la sepanjang perjalan naik ke bukit. Ada hiasan kunci ni, Hiasan pokok.


Sampai atas, ada tempat duduk, duduk sekejap..penat..

Cun ambil gambar sini. Belatarbelakangkan pokok bunga yang berwarna warni.




Naik atas lagi. Mula la aksi Fariaza muncul..hahaa. Tengok la aksi gaya dia..amboi sangat.













Ya, kami naik atas, sampai habis tempat tu kami selongkar..Semua port kalau boleh nak ambil gamabr, sebab cantik sangat. Tak sempat nak posing cantik-cantik sebab duk dukung adik ni ha pakai baby carrier..Makan bergambar la dengan anak..

Tempat dia takde besar mana, tapi penat sebab berbukit,


Nak balik pulak turun bukit. Hah sepanjang perjalanan nak turun, jumpa la pelbagai jenis kedai. Nak beli cenderahati, buah ke, atau apa-apa hah boleh beli.




Ni dekat dah nak keluar. Tunggu daddy, entah tak turun-turun. Lama sangat ambil gambar..


Okla. Best juga. Sekurangnya dah jejak..hehee..Pasni datang Cameron pergi tempat yang tak pergi lagi.


hai assalammualaikum

Banyak Jenis Pokok Cactus Ada Di Cactus Point Cameron Highlands - Datang Cameron Highlands, salah satu tempat yang wajib pergi mestila Cactus Point. Bagi penggemar pokok kaktus, mestilah akan datang ke sini, untuk mencari kaktus yang unik dan cantik. Walaupun kaktus ni boleh didapati di banyak tempat di Cameron Highlands ni, tak kiralah di pasar malam, di kedai-kedai terpencil, tapi, tetap juga nak pergi ke Cactus Point, sebab dekat sini ada pelbagai jenis lagi yang kita jarang nampak.


Masa ni nad dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, masa dalam perjalanan, sambil tengok kiri kanan, memang cadang nak singgah mana-mana kedai yang menarik. Nampak la kedai Cactus Point, dan berhenti. Pulak tu masa tu hujan, jadi elokla berhenti sekejap. Tempat ni pun parking luas dan bertutup. Elok sangat la masuk sini sambil tunggu hujan reda.


Masuk je dalam, terus terpegun..Wah!!, banyak jenis pokok kaktus ada. Yang biasa, yang luar biasa, yang ada hanya warna hijau. Yang ada kaktus berwarna..Terus rambang mata. Kaktus ni cantik sangat kalau dibuat hiasan dalam rumah. Memang rambang mata tengok, tapi nad dah beli pun dekat pasar malam..kihkih..Jadi tutupkan mata untuk beli dekat sini.









Tengokla, ada kaktus kecil, ada kaktus besar..Harga pun ada yang murah ada yang mahal..

Dekat sini pun ada jual pokok bunga, pokok buah-buahan..

Tak dapat beli, ambil gambar pun jadila..hehee..Tempat pun luas..

Lain kali, boleh datang lagi, beli kaktus lain mana yang berkenan kan..


Lokasi: Cactus Point Brinchang Cameron Highlands.


hai assalammualaikum


Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands - Bersambung cerita percutian ke Cameron Highlands yang dah berkurun ni..hahaa..Mood nak bercuti tu ada tapi takda bajet lagi, sudahnya kita cerita jela percutain bajet yang lama ni. Biar lama, asalkan tertulis dalam blog dan dijadikan kenangan..huhu. Sebenarnya masa bercuti kdi Cameron ni, tak tau pulak berkenaan Taman Agroteknologi Mardi ni. Macam ramai orang kurnag cerita pasal tempat ni. Nad tau pun, sebeb kawan yang suruh pergi. Jadi apa lgi, kita terjah la.

Tempat takde jauh dari penginapan kitaorang. Cuma tempat ni bahagian dalam sekali berdekatan dengan sekolah. Masa datang tu hujan dah renyai-renyai dah. Ingat nak patah balik, tak jadi masuk, tapi, kitaorang terjah juga, tunggu kejap, tak lama tu hujan berhenti. Alhamdulillah..dapatla tengok apa yang ada dekat sini.

Harga Tiket Masuk Terkini Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands





Tengok pada harga tiket, murah dan berpatutan. Berbaloi la bawak keluarga datang ke sini.

Boleh tahan juga tempat dia, besar, kena tengok peta, tau la setiap lokasi tu ada apa. Setiap tempat lain-lain seksyen. Tengok memang sesuai ambil gambar ni..hahaah...





Lalu dulu bahagian bunga-bunga yang cantik ni.. Warna warni tengoknyaa..Masa kitaornag pergi hujan masih renyai-renyai, jadi masuk dulu bahagian berbumbung. Habiskan sampai hujan berhenti.





Ada juga tanaman-tanaman hijau yang kita pernah tengok dan jarang tengok.




Dekat sini pun ada Ladang Strawberi. Tapi masa datang dia macam tutup je. So bergambar jela dekat strawberry besar ni.



Dekat sini, memang kena jalan jela. Memang penat tapi sebab nak tengok semua, gigih juga..Tengok ada teko besar pulak..Sebenarnya ni taman permainan kanak-kanak, siap gelongsor semua. Tapi waktu tu hujan, memang tak dpaat main la. Tempat basah.












Bahagian ni Fariza la paling suka. Taman Arnab dan Taman Rama-Rama. Taman Arnab kalau nak masuk kena bayar RM2, jaga kebersihan ya, kena basuh tangan. Boleh bagi makan dekat arnab tu sendiri dan pegang.

Budak ni memang nampak haiwan comel, dia pegang punya. Bagi makan pun selamba..Mommy yang geli sebab gigi arnab tu masa bagi makan..hahaa..Habis semua arnab berkerumun sebab lapar.





Taman Rama-Rama percuma. Tapi masuk sini macam takda je rama-rama sangat..hahaa..


Ada rumah cantik, rumah berkonsepkan English..


Ada juga Kilang Teh. Tapi tak sempat la nak tengok apa dalamnya..macam tak cukup masa kang nanti.


Dekat sini ada kemudahan surau.



Hah!!, kalau lapar, jangan risau, ada pelbagai gerai yang ada dekat sini menjual makanan. Pilih je..hehee..Ada juga food truck dekat sini. Jadi korang takkan rasa lapar pun.


Masa nad pergi, ada juga jualan barang-barang makanan dekat sini. Nad ada beli serunding strawberry daging dan ayam. Sedap..rasa pedas dengan beli air strawberry.

Kalau nak pergi sini, memang disarankan pergi waku pagi. Waktu redup , petang memang ramai orang. Pulak tu, masuk sini, ambil masa 1 - 2 jam kalau nak jejalah seluruh tempat ni. Nad tak smepat nak naik atas bukit. Sebab dukung anak..Tak larat..huhu..

Lagipun tempat ni tutup awal, dalam pukul 5 petang. Sebab tu pergi pagi, buka pukul 8 pagi.

Sesuai la tempat ni pergi bersama keluarga, terutama untuk anak-anak. Boleh tengok pelbagai jenis bunga, kenali tumbuhan dan macam-macam lagi. Best..lokasi wajib bila bercuti ke Cameron Highlands.