Articles by "Pahang"
Showing posts with label Pahang. Show all posts
hai assalammualaikum

Selamat Pagi Dari Cameron Valley Tea - Hari terakhir di Cameron Highland. Malam tu memang kitaorang plan last day ni pulun mana nak pergi. Lagi-lagi tempat wajib pergi la, macam ladang teh, kaktus, lavender, dan agrotek. Jadi seawal 8 pagi dah bangun, bersiap semua. Memang dah siap kemas tinggal masukkan barang dalam kereta je. Pagi tu semua barang dah masuk dalam kereta, tapi tak check out lagi, tunggu pukul 12. Jadi sebelum pukul 12 tengahari, kitaorang sarapan dulu kemudian pergi ke Cameron Valley Tea House.


Pagi tu, memang dah ramai orang datang sini. Nampaknya orang lain lagi awal datang..hehee. Tapi takdela crowded sangat. Nad pergi ke Cameron Valley Tea House sebab perjalanan lagi dekat. Ada satu lagi best ladang teh, nad tak dapat pergi sebba ni pertama kali jejak Cameron, perjalanan satu tempat ke tempat yang best mungkin lagi jauh, jadi nad pilih mana yang dekat je. Asalkan dapat tengok ladang teh dan bergamber kan..hehee..



Semestinya dekat sini ada sediakan minuman dan dessert. Air teh mestila, dah ladang teh kan..hahaa. Menu lain tak perasan pulak, sebab pagi tu tak makan situ pun, sebab dah sarapan, jadi tengok jela pemandangan ladang teh.



Masa tu tengok orang turun ke Ladang Teh, kita pun nak juga turun. Anak-anak angkut sekali bawak turun. Lantak la, sekurangnya dapat pengalaman tengok sendiri dauh teh kan (padahal nak bergambar..haha). Kalau nak turun kena bayar, bukan free tau. Kena pakai wristband. Harga wristband RM 2.00 je. Kanak-kanak bawak 12 tahun masuk free. Jadi kitaorang bayr RM 4 je.

Tangganya seram juga, curam oo. Jadi hati-hati masa nak turun. Nad dahla bawak si kecik tu guna baby carrier..haaha. Takut juga. Pulak tu, masa tu baru lepas hujan. Jalan basah. Jadi dapat turun separuh jela. Tak dapat sampai bawah. Ok la..sekurangnya dapat turun..hehee..




Hijau je sungguh. Pagi-pagi dapat hirup udara dauh teh ni..Segar je.dahla sejuk oo..best..pengalaman yang sangat best.

Sambil tunggu mr mafia ambil gambar, kitaorang pun menikmati la keindahan ladang teh ni..lepas tu naik, sebab nad tak larat dah..Walaupun kakak duduk diam, adik pun diam tapi kita tetap takut. Puas dahla tengok..


Selesai di Cameron Valley, kitaorang pergi pula ke hotel untuk check out, kemudian ke Agrotek. Hah, tu next entry ok..hehhehe..
hai assalammualaikum


Jalan-jalan Pasar Malam di Golden Hills Cameron

Pasar Malam Golden Hills Cameron - Kawan cakap,  kalau nak beli strawberry, atau sayur murah,   baik pergi ke pasar malam. Tapi,  dah petik buah strawberry,  saja juga nak tengok pasar malam yang dikatakan meriah dan wajib pergi tu. Dikatakan dulu,  pasar malam ni di Brinchang,  tapi dah ditukar ke Golden Hills. Kalau sebelum ni dikatakan pasar malam ni dibuka pada waktu tertentu sahaja, tappi sekarang setiap hari dibuka. Agaknyala,  nad pun tak pasti.

Malam kedua,  lepas makan malam,  terus ajak mr mafia pergi pasar malam. Yela, boring kot duduk dalam bilik je. Nak tengokla apa yang dijual dekat Pasar Malam Golden Hills tu,  besar ke tempat dia. Malam tu guna waze nak ke sana. Almaklumla,  malam kan,  laluan pun tak biasa lagi,  jadi bawakla dengan berhati-hati.

Kitaorang datang dari Tanah Rata,  jadi Pasar Malam tu belah kiri. Tapi dia dalam lagi sikit. Masa sampai tu,  tengokla,  ramai juga orang balik dengan beli macam-macam sayur dan buah. Nad tengok pasar dia, takdela besar mana. Tak tau swbab nad sampai lambat kot,  orang pun macam dah nak balik. Rasa pasar malam ni tutup dalam pukul 11 malam.

Kalau dah namanya pasar,  mestila macam-macam ada kan. Dari buahan, sayuran,  pakaian, makanan dan cenderahati.

Ni yang nad sempat ambil gambar apa yang ada dekat Pasar Malam Golden Hills.


Orang cakap jagung kat pasar ni jagung mutiara. Jagung berwarna putih,  isinya manis.


Disebabkan cuaca semakin sejuk malam tu,  mr mafia cadang nak beli sarung tangan, stokin dan topi untuk budak-budak ni. Hah,  biorkan jela dia nak beli. Tapi memang sejuk waktu malam haritu dengan musim hujan lagi.


Adik dapat hadiah sarung kaki dari aunty atie. .Hehehe. Cantik sarung kaki tu. .Tebal. .Dah macam duk luar negara je.


Dekat sini pun ada jual pokok.


Pelbagai sayuran yang ada dijual disini. Kalau bercuti ke Cameron,  tak sah kalau tak beli syuran segar di sini kan. Yela,  sayur Cameron atas bukit,  semestinya segar.


Wajibla ada strawberry,  teh dan macam-macam lagi. Lagi-lagi strawberry, memang banyakla orang jual. Memang murah-murah berbanding petik sendiri.




Ada juga pokok kaktus dijual di sini. Mula nad tengok dulu,  tapi mr mafia cakap nak beli tak. Fikir punya fikir,  okla belila. Lagipun murah. Takut dekat cactus farm lagi mahal ataubtak sempat pergi. Jadi beli jela dekta pasar. Enam kaktus RM10..ala beli comel-comel je. Nad ni bukan orang yang pandai jaga pokok.. Hahaha.

Last sekali,  beli cenderahati. .Biasalah,  bila dah bercuti suatu tempat tu,  mestila nak beli sebagai kenangan.

Orang cakap,  lagi best pergi Kea Farm,  sebab dekat situ lagi banyak pilihan. Tapi kitaorang tak sempat pergi. Sebab esoknya,  hari ketiga,  hari check out hotel,  balik tu pergi tempat yang rasa perlu pergi.

Nanti nad sambung lagi ye percutian terindah di Cameron ni.. Heehe. Ada empat tempat lagi nad pergi. .Hehee.
hai assalammualaikum

Pengalaman Memetik Strawberry Di Abang Strawberry Taman Sedia - Tahun lepas, nad ada pergi ke Cameron Highlands sempena Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands di Tanah Rata. Dapat juga stay di hotel tersebut. Kalau nak tau berkenaan hotel tersebut korang boleh klik ( Hotel Avillion Cameron Highlands Selesa dan Mesra Kanak-Kanak). Dah sampai Cameron, mestilah nak terjah tempat menarik dekat Cameron ni kan. Takkan nak terus balik..hey rugi..dahla lama tak berjalan, lama giler tak jejak Cameron Highlands. Bila sampai sini, kena manfaat apa yang ada.


Seronok Memetik Buah Strawberry di Abang Strawberry Taman Sedia Cameron Highlands

Pertama sekali, lepas habis pelancaran, terus cari tempat strawberry. Disebabkan dah lama tak datang Cameron, jadi tak tau nak pergi ladang strawberry yang mana. Nak pergi yang popular tu, jauh dari hotel kita. Pulak tu, tak buka waze..ahhaa..Masa kitaorang jalan, nampak papan tanda besar Taman Sedia di bahagian kanan. Nasib mr mafia nak masuk. Dekat situ ada banyak kedai strawberry, dan bila kitaorang pergi hujung lagi nampak salah satu kedai yang memang kawan nad cadangkan suruh pergi iaitu Abang Strawberry. Fuh nasib masuk dalam Taman Sedia ni..hehee. Abang Strawberry ni yang popular sebab Nasi lemak dia yang berwarna pink dengan sambal dia. Tapi nad datang sini tak makan pun, nad nak merasai pengalaman memetik buah strawberry di ladang strawberry..hehee. Lain kali bercuti rasalah Nasi Lemak dekat sini ye.


Masa tengok restoran ni, memang cantikla sebab dihiasi dekorasi menarik, moden, bersih dan susun atur kerusi cukup padan dengan warna asas buah strawberi. Hiasan bunga tiruan dan lampu diatas siling restoran mengamit dan menarik perhatian pengunjung.

Masa datang sini, hujan nak turun, tapi alhamdulillah, hujan berhenti. Kalau tak nangis tak dapat eprgi petik strawberry tau..hehee. Mula tu nlur sikit, nak tanya siapa la ni. Tengok ramai orang duduk makan dekat sini. Tapi kitaorang nak petik buah strawberry je. Mula tengok dulu, apa yang ada dekat sini. Lepas tu, tanya kaunter depan, cakapla, " nak petik buah strawberry macam mana? "..pekerja situ cakap nak petik buah strawberry bayar RM7 untuk 100gram strawberry yang dipetik. Dia bagila bakul dengan gunting. Dah teruja nak petik ni, lagi- lagi Fariza..suka sangat dia.



Mula tu, kitaorang salah pergi ke ladang strawberry, hahaa..ladang tu baru nak dibina rupanya. Ladang sebenar ada dekat kawasan tu juga tapi depan sikit dari lokasi Abang Strawberry..hehe.Malu giler. Pergi ke sana. Tengok je ladang dia, terus "wahh". Best sangat bila tengok strawberry segar dari pokok. Masih tergantung elok je. Fariza dah taks abar nak petik buah strawberry tu..hehee.


Nad tunjuk mana je nak dipetik. Kalau bagi Fariza petik, mestilah dia nak petik semua. Terlebih 100gram memang kena bayar lebihla..ehhehe..Jadi tunjuk dia strawberry yang merah dan besar untuk dipetik. Masa tu buah strawberry takda banyak sangat, belum musim dia kot, tapi adala sikit-sikit. Kitaornag jalan dan cari satu ladang tu..ehehe. Seronok rasanya, sebab tak pernah langsung ada penglaman memetik buah strawberry ni. Dah ada anak dua, baru dapat rasa. Seronok sebab buat dengan anak.



Tengokla budak tu, beria sanagt nak petik. Sampai daddy ambil gambar pun dia sanggup posing..halah-halah..halah..hehehe..Semua dia nak petik, asyik cakap "nak ni ".."ni mommy"..





Besar ladang dia ni..Dah selesai petik, patah balik pergi kedai, dia timbang berapa buah strawberry dalam bakul. Memang terlebih dari yang dijangka..hahaa. Daddy la bayar...hahaa..Takpe, sekali sekala kan.

Buah tu bawak balik, makan dekat bilik hotel ler..hehee..


Video Fariza petik buah Strawberry di Ladang Abang Starwberry Cameron Highlands.

Banyak lagi tempat nad pergi, nanti nad sambung cerita lagi ok.




hai assalammualaikum



Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam Di Avillion Cafe - Selalunya, setiap hotel memang akan ada cafe dia tersendiri. Terpulang dekat kita nak makan dekat sini atau tak. Macam nad, memnag akan makan dekat cafe dia, yela dah include sekali kan. So takkan nak makan luar pulak kan. Avillion Cameron punya cafe ni besar dan luas juga tempat dia. Boleh muat ramai orang juga.






Menu pulak tak pasti, sama ada sama menu macam nad makan atau berlainan. Macam nad haritu, petang check in, malamnya dijamu dengan makanan steamboat. Dekat Cameron Highlands memang banyak makanan steamboat ye, yela cuaca sejuka kan. Mestilah nak makan sup-sup, panas-panas gitu. Nad bayangkan steamboat dia ada macam-macam makanan seperti yang nad pergi tu, tapi kecewa, dia tak banyak pilihan. Yang ada cuma sayur, seafood tu sahaja. Takda goreng-goreng, nasi semua tu. Tapi takpela, dah lapar kan. Makan ni pun ok. lapar lagi , boleh keluar cari makanan..hehehe.



Sarapan pagi pulak, macam biasalah ada bergoreng dan bijirin.



Esoknya pulak, makanan tengahari, makanan penuh dan pelbagai. Dari makanan berat ke dessert. Lauk pauk yang pelbagai, air, buah-buahan dan aiskrim..semua ada la. Nad tak ambil gamabr banyak masa ni..sibuk sangat layan anak. Tapi nad ad amabil gamabr kerabu strawberry. Sedap giler weii!!. Teringat-ingat sampai sekarang. Pertama kali makan, ingatkan rasa pelik, tapi tak, rasa sedapppp...hahaha. Ku tambah dua kali. Tu pun penuh..hehe. Rasa nak bungkus je..






Malam esoknya pulak, hah ni makanan paling best. Makanan western pulak la..hehee. Macambiasa anka makan spagetti. Momy makan fish, daddy makan chicken black pepper. Adik cukup makan kentang je..hahaa. Dekat sini sentaisa ada buah..tengok makana ni nad yang terliur..hahaa.

Okla semua menu ni. Korang pun boleh keluar cari makanan dekat luar sebba Avillion Cameron ni dekat dengan kedai makanan. Nak bercuti, bolelah menginap di Avillion Cameron ni.


hai assalammualaikum

Avillion Cameron Highlands

Avillion Cameron di Bahagian luar waktu malam.Mr DIY tu ada..

Avillion Cameron Highlands Tanah Rata Pahang

Selesa Di Avillion Cameron Highlands Tanah Rata Pahang - Baru minggu lepas nad bercuti di Cameron Highlands. Percutian yang masih tak dapat dilupakan. Seingat nad, kali terakhir nad pergi ke Cameron Highlands, waktu tu nad darjah 6. Ada gambarnya lagi, gambar jenis cuci tu..hahaa..Gambar tu nad depan ladang strawberry, dengan baju sejuk ikat dekat taling pinggang, pakai tudung baang style bulat..hahaa. Lupa pulak nak ambil dekat kampung, kalau tak, boleh letak dalam blog, bukti ok..hahaha. Lepas tu dah tak pernah pergi dan tak tau pun rupa Cameron Highlands tu macam mana. Jeles tengok kawan-kawan selalu bercuti dekat Cameron, akhirnya impian nak bercuti ke sana termakbul..Dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis Avillion Grand Launch, hotel kelima mereka. Tahniah Avillion...

Siapa yang taknak pergi Cameron kan, semestinya Cameron Highlands menjadi salah satu tempat destinasi percutian. Walaupun jalanya yang berliku, disebabkan banyak tempat menarik seperti ladang teh, ladang strawberry, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Cameron highlands tempat percutian yang menyenangkan dengan udara yang segar dan sejuk serta dapat melihat bukit-bukit hijau yang subur. Paling penting datang sini jangan waktu hujung minggu, orang cakap jalan akan jem, jadi pergila hari biasa..hehee. Mujur nad pergi bukan waktu orang cuti. Jadi percutian tu jadi lancar je.

Nak pergi melancong, selain nak tengok tempat yang menarik, perkara paling utama ialah penginapan. Tempat penginapan yang selesa,lokasi yang strategik dan berhampiran dengan kemudahan antara perkara utama yang akan dititikberatkan ketika bercuti. Lagi senang, kalau tempat penginapan tu santai "mesra" kanak-kanak. Paham-paham jela budak-budak ni, kalau duduk bilik , takda benda menarik bagi diaorang, memang otak tepu..hahaa.

Kesemua ciri-ciri itu ada di Hotel Avillion Cameron Highlands. Nad pernah menginap di Avillion Port Dickson, memang best giler. Kali ni merasa pulak di Avillion Cameron Highlands, memang seronokla. Sebab tau tempat dia mesti selesa. Hotel Avillion Cameron Highlands terletak di Tanah Rata Pahang dan hotel ini bersambung dengan Cameron Fair.

Avillion Cameron bersambung dengan Cameron Fair

Masa ni nad ikut je maps, dan dia tunjuk bangunan putih ni. Dekat depan tu, ada dia tulis Avillion Cameron Highlands. Tapi masa sampai, waktu tu pelik juga, sebab nama Cameron Fair, betul ke..hehehe.. Jadi tanyala orang..Dia kata betul la, parking pun dekat bangunan tu juga. Lobby Hotel ada dekat tingkat 3. Kalau tak tau, tanya je sesiapa..hehee..Hotel ni bukan sahaja boleh diinap oleh ahli keluarga, tapi untuk backpacker, berkumpulan dan syarikat. Kiranya semua orang boleh stay hotel ni. Kalau boleh kalau nak saty sini, sila book dahulu atau cek di website Avillion, kot ada promosi.

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Hotel yang berkonsepkan moden kontemporari yang diterapkan dalam rekaan dalaman dan dekorasi.
Hotel ini mempunyai 100 studio dan suite yang bergaya dan luas dari studio yang unggul hingga suite premium 2 bilik tidur yang sesuai untuk perniagaan dan percutian. Kemudahan hotel termasuk 4 bilik mesyuarat dan fungsi, taman permainan halaman berkongsi, restoran di rumah dan gimnasium.

Pengarah Avillion Berhad, Puan Yulina Baharuddin

Pengarah Avillion Berhad, Puan Yulina Baharuddin berkata, "Pembukaan hotel ini adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk Avillion dalam membuka jalan untuk menjadi syarikat perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka di mana standard perkhidmatan dan hospitaliti akan menjadi standard emas industri untuk rakyat Malaysia hotel, dan di rantau ini. Kami percaya kami mempunyai sesuatu yang tulen untuk ditawarkan, dan kami sentiasa mencari peluang untuk menguruskan lebih banyak hotel di negara ini, di rantau ini dan seterusnya.

Avillion Cameron Highlands

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Media yang hadir di Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Tahniah Avillion untuk pembukaan hotel kelima mereka ni. Avillion Cameron Highlands merupakan 
hotel kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion selepas Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka dan Avillion Villa Cinta Bali.

Jom Masuk Bilik

Lobi Hotel

Hotel ni,  paling tinggi bilik dekat tingkat no 7..Hah bilik kita la tu dekat tingkat 7..hahaa. Tapi Hotel Avillion ni sebenarnya hotel 5 tingkat. Sebab dia bersambung dengan Cameron Fair, jadi bahagian bawah tu ialah shopping mall dan restoran.

Access card sebelum masuk ke bilik

Hotel ni selamat, sebab kalau nak ke bilik, kena access dulu kunci bilik kita di lif, kemudian baru tekan tingkat berapa bilik kita tu.

Jom nad tunjukkan bilik nad..hehee..Sila hadam semua gambar ok..memang best..

Ruang yang besar ooo

Landing kejap..Tengok pemandangan

Layan cerita kartun dia

Selamat datang ke bilik 708..heheehe..Masuk je terus Fariza cakap " Wahhhh "..Tengokla, bilik nampak luas giler. Duduk ramai pun boleh ni. Ni anak-anak berlari, melompat boleh saje ni..hehee. Berguling-guling pun boleh. Bilik nad 2 bedroom Premium Suite tak silap. Ada banyak lagi bilik yang ada, korang boleh tengok dekat website Avillion Cameron Highlands. Semua bilik besar dan luas. Cuma berbeza harga.

Meja dan sofa

Bahagian dapur

Masak air. Teh cameron tu sedap

Peti ais pun ada.

Dalam bilik ni ada
- Bilik tidur utama dengan katil bersaiz king
- Bilik kedua dengan 2 Katil Single
- Kawasan tempat duduk sofa
- Meja kerja
- Meja makan
- Dapur kecil
- Sudut tv,
- Balkoni
- Ada Wifi Free

Bilik king Saiz. Katil mommy dan daddy..hahaha

Double bed, untuk anak-anak

Bilik ni ada dua bilik. Nampak tilam terus rasa nak baring. Memang empuk dan bersih je. Bila landing dekat tilam, terus rasa nak lena. Dengan cuaca yang sejuk. Memang mimpi indah.........

Bilik air

Bilik air dalam bilik katil king

Bahagian bilik air, dekat sini takda bathtub, cuma pancuran air je. Tu pun dah best buat Fariza nak amin air..hahaa. Kalau korang menginap dekat sini, tak perlu bawak perlatan mandian, tuala semua bagai, sebab dekat sini semua serba serbi ada..hehe. ada disediakan ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, shampoo, tuala,..semua ada.

Lengkap semua, ada iron dan seterika

Bilik ni pun ada tempat iron dan seterika. Senang kan. Paham-paham jela perempuan, tudung berkedut bila masuk dalam beg. Nak pakai mestila kena iron..hahaa.

Plug sana sini

Pasal plug, tak perlu risau, sebab memang banyak plug, tak perlu berebut..hahaa. Dalam bilik kiri kanan, dekat luar lagi..fuh..

arah kiblat

Kalau nak sembahyang takyah risau arah kiblat dekat mana, sebab dah ditunjukkan..

Pemandangan di balkoni..bestnya waktu ni..segar je

Tengokla..hijau je..Gunung tu..lawa

Bahagian balkoni yang mengadap pemandangan yang indah. Hirup udara segar di Cameron Highlands. Bayangkan tingkat 7, lagi la best. Memang otak rehat habis. Cuaca sejuk memang menyusuk ke dalam badan. Bangun pagi, tengok keindahan macam ni, hilang stress.

Pagi2 dah ceria..hehee..

Khemah untuk disewa

Tengok berkejaran, main dekat ruang tamu..hahaa

Ala happynya dapat tidur dalam bilik besar ye..dahla malam sejuk..hujan pulak..

Disebabkan ruang tamu yang besar, jadi mr mafia mintak sewa khemah untuk budak-budak ni. Biar diaorang rasa seronok bila ada dalam bilik. Sewa khemah hanya RM10..kitaorang duduk 3 hari 2 malam, jadi dua malam la sewa khemah ni, jadinya RM20. Takpe, untuk anak-anak. Fariza suka giler bila ada khemah ni. Paham-paham jela budak-budak punya imaginasi..hahaa.

Kemudahan Lain Di Avillion Cameron Highlands.

Bilik meeting

Cafe

Cafe pun besar

Banyak lagi kemudahan yang ada dekat Avillion Cameron Highlands ni, macam bilik meeting, Taman permainan, cafe dan gym.

Pemandangan dari atas..

Taman permainan..

Mak tengah membawang jap..tengok anak main ..hahaa

Bagus kan bila ada taman permainan ni. Anak-anak seronok main bila balik bilik. Mak pergi membawang, bergosip, ayah pergi gym, anak-anak main dekat taman permainan ni..hahaa. Fariza main puas dekat sini.

Bangun pagi esoknya, pergi gym. Senaman sikit bagi segar otak dan badan sebelum bergerak ke tempat menarik di Cameron Highlands.

Persekitaran di Luar Avillion Cameron Highlands

Shopping mall

Macam-macam ada

Kedai runcit

Kedai makan

Lepak jap, minum bergosip para mak-mak ni

Hotel Avillion Cameron Highlands bersambung dengan Cameron Fair. Jadi, yang bawah tu bangunan kedai-kedai, macam kedai shopping mall dan banyak kedai makanan dekat situ. Jadi kalau rasa taknak makan dekat cafe Avillion, boleh je cari makanan dekat luar. Memang banyak kemudahan yang ada di sekitar Avillion ni yang memudahkan pelancong. Siap ada pasar lagi.

Happy sanagt dapat bercuti dan menginap di Avillion Cameron Highlands

Hotel paling best di Cameron Highlands

Hah macam mana, strategik kan tempat dia. Bagi nad, lokasi dia macam di tengah-tengah..Nak pergi ke bawah senang, nak pergi ke Brinchang pun ok. Duduk sini memang aman je, memang rasa percutian yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar..hahaha..

Bilik yang ada laman rumput tu nampak best..ada rezeki nak stay bilik tu pulak la..hehee.

Kalau rasa nak menginap di Avillion Cameron Highlands,
Avillion Cameron Highlands terletak di Jalan Camelia, Tanah Rata Cameron Highland, Pahang, 39000, Malaysia. Sila hubungi hotel +605 5000 333 atau lawati
Instagram : https://www.instagram.com/avillioncameron/