hai assalammualaikum

Penjual Aiskrim Turki, Buat Trick Atau Permainkan Pelanggan - Selalu, nad tengok je dekat youtube, dekat media sosial berkenaan penjual aiskrim Turki ni. Video menunjukkan mereka menjual aiskrim, lepas tu dia buat trick, dia bagi dekat pelanggan, kemudian pelanggan nak ambil aiskrim tu,tapi dia tak bagi-bagi.Nad tengok memang kelakar, macam terhibur tapi lama-lama geram pulak. Yela, lambat betul nak baginya. Baik beli aiskrim yang dekat motor tu, pilih dah dapat..hahaa


Mungkin, itu memang cara diaorang. Sebab nad baca dekat tempat asal diaorang, Turki, pun diaorang buat macam ni. Memang unik dan lain daripada yang lain.  Penjual aiskrim tuakan melakukan pelbagai gelagat untuk menarik perhatian  pelanggan. Pelanggan akan tertarik atau terpaku dengan aksi bersahaja pembuat aiskrim Turki tu. Apa yang tertarik, aiskrim takkan jatuh pun. Kalau dulu mungkin terpaku, tapi tengok lama-lama macam annoying..

Yang nak rasai boleh je, tapi bagi nad, nad taknak. Haritu, mr mafia, suruh try beli aiskrim Turki ni dekat Bukit Bintang. Tapi, nad cepat-cepat tolak..hahaa.. Sebab dah tau cara dia macam mana. Jadi, nak bagi happy anak, nad suruh Fariza pergi ambil aiskrim tu. Dia tak tau lagi, yang dia tau " yeahh aiskrim, Fariza nak aiskrim coklat mommy "..hah ikutkan jela..hehehe..

Weii aiskrim dia bukan murah oii, satu jenis aiskrim tak silap RM7..bapaklaaa...Kalau nak macam-macam jenis RM10 agaknya..eh betul ke..eh rasanya iya kot...Tu mr mafia cakap " Tak mau, tak mau tu" sebab taknak banyak perisa aiskrim, ambil satu je. Tu saja nak bagi naak merasa.


Nad memnag bukan penyabar ye. Dan tak suka dipermiankan depan khalayak ramai. Yes, tengok macam wow, kelakar, sebab nad sendiri gelak masa anak nak ambil aiskrim tu tapi tak dapat-dapat..hahaha.. Jahat kan mommy ni, gelakkan anak..hahaha. Terhibur jugala..Tergalk besar pulak..

Kesian anak kita. Blur tak tau pasal ape. Blur kenapa orang ni taknak bagi aiskrim dia..hahaa..Allahuakbar, penyabar betul anak kita ni wak. Tetap layankan penjual aiskrim Turki tu. Takpe, pengalaman ye Fariza..hehee..Dan akhirnya, dia dapat juga..heheehe..

Tengok video tu balik, nad masih gelak lagi..hahahahha..kejam..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. kadang-kadang tak baik gurau gurau macam sebab ada orang yang rushimg..

    bukan semua yang rilek-rilek sekarang ini

    ReplyDelete
  2. It has to be a good thing to be here on this website and I wish you'll share more updates in future also. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete