hai assalammualaikum

Cantiknya Lavender Garden Cameron Highland, Memang Port Bergambar - Bila datang Cameron Highlands, tempat yang ank sangat pergi ialah Lavender Garden. Nad dah cerita percutian Cameron Highlands, dan Lavender Garden adalah lokasi terakhir tempat menarik yang nad pergi di Cameron Highlands. Lavender Garden ni terletak di Tringkap. Waktu operasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. Nasib masa nad sampai sempat lagi nak singgha..hehee.



Harga Tiket Masuk Lavender Garden
Dewasa: RM10
Kanak-kanak; RM7 ( 5-12 Tahun )

Operasi Hours
Isnin-Khamis : 9 pagi hingga 6 petang
Jumaat - Ahad / Public Holiday : 9 Pagi hingga 7 petang



Masuk je dalam dah nampak pokok lavender warna ungu tu. Jalan pulak berbukit, memang letih la, sebab nad dukung si kecik..hahaa. Tapi gigih juga nak naik sampai atas. Yela bila lagi dapat peluang macam ni kan. Jadi disarankan pakai kasut atau selipar biasa je..hahaa.. Jangan pakai heel..

Dekat sini bukan pokok Lavender je, tapi ada juga pokok bunga yang lain.



Biasanya ornag post makan aiskrim purple kan dekat sini. Jadi, kita pun pergi beli la..hehe..Satu kon ni harga RM6. Pejam mata bayar sebab nak rasa..hahaha. Pelik jugala aiskrim lavender ni, tapi anak kita makan relaks je. Duduk dulu bagi aiskrim habis baru boleh jalan.


Ni la sepanjang perjalan naik ke bukit. Ada hiasan kunci ni, Hiasan pokok.


Sampai atas, ada tempat duduk, duduk sekejap..penat..

Cun ambil gambar sini. Belatarbelakangkan pokok bunga yang berwarna warni.




Naik atas lagi. Mula la aksi Fariaza muncul..hahaa. Tengok la aksi gaya dia..amboi sangat.













Ya, kami naik atas, sampai habis tempat tu kami selongkar..Semua port kalau boleh nak ambil gamabr, sebab cantik sangat. Tak sempat nak posing cantik-cantik sebab duk dukung adik ni ha pakai baby carrier..Makan bergambar la dengan anak..

Tempat dia takde besar mana, tapi penat sebab berbukit,


Nak balik pulak turun bukit. Hah sepanjang perjalanan nak turun, jumpa la pelbagai jenis kedai. Nak beli cenderahati, buah ke, atau apa-apa hah boleh beli.




Ni dekat dah nak keluar. Tunggu daddy, entah tak turun-turun. Lama sangat ambil gambar..


Okla. Best juga. Sekurangnya dah jejak..hehee..Pasni datang Cameron pergi tempat yang tak pergi lagi.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours