Masa untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama keluarga di air terjun Kalumpang. tempat mandi manda yang best untuk beristirehat, dengan keseronokan, kedamaian dan ketenangan

hai assalammualaikum

Mandi Manda Di Air Terjun Kalumpang Bersama Keluarga - Lama sangat tak bercuti dengan keluarga. Bukan senang ye adik beradik nak ajak bercuti, sebab masing-masing dengan komitmen masing-masing. Selalu berkumpul dengan rumah kampung je, tapi cuti Raya Cina haritu, kitaorang adik beradik rancang pergi beruti. Alhamdulillah, Raya Cina masa tu semua on, kecuali adik, tak dapat ikut sebab kerja. Tempat kerja dia memang susah dapat cuti, kerja supervisor dekat pasaraya NSK..huhu. Bila yang lain ok je, tetap teruskan rancangan pergi bercuti. Kakak plan pergi air terjun Kalumpang je. Kami yang lain semua ok je.


Mandi Manda Di Air Terjun Kalumpang Bersama Keluarga

Masa untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Lagipun, nad dah lama sangat tak pergi air terjun ni. Anak-anak pun tak pernah pergi. Eh lupa, Fariza pernah pergi, tapi sekali je..hahaha. Last nad pergi Kalumpang, sebelum kawin. Pergi dengan kawan-kawan kerja dulu. Ada entry nad buat ni ( Percutian Merehatkan Diri Di Air Terjun Kalumpang ). Oh, haritu, mr mafia tak ikut juga, sebab kereta ada masalah, jadi nad tumpang abang. kereta abang nad besar, kereta alza. Lagipun dalam kereta cuma nad denagn anak-anak dia. Semua kecik-kecik je..ehhee

Pagi tu kami bertolak dalam pukul 8 pagi. Keluar awal sebab takut jem. Alhamdulillah, perjalanan kami smooth je, jem dekat Rawang tapi tak lama. Air Terjun Kalumpang ni dekat Hulu Selangor. Masuk sini pun masuk kawasan kebun dan perkampungan rumah orang. Biasalah jalan sempit, tapi takde bengkak bengkok sangat pun. Sampai sana dalam pukul 11 pagi..Agaknyala..tak tengok jam sangat.


Nasib ada yang jaga parking, jadi dia bagi arahan nak letak dekat kereta mana. Masa kitaorang sampai, terpaksa parking dekat atas bukit. Tapi tempat air terjun tu dekat je, takda jauh mana.

Kalau sebelum ni, nad pergi dekat kawasan percuma, tak kena bayar, tapi kali ni, masuk dekat tempat yang kene bayar. Dah lama tak datang kan, lagipun mas atu ramai orang, jadi, mana yang senang dan mudah, kita masuk jela. Bayar pun bayarla, asalkan dah ada tempat. Mungkin tempat ni bahagian Kalumpang Resort & Training Centre, tempat orang buat aktiviti, so kena bayarla.



Masuk untuk dewasa RM10, kanak-kanak 5 hingga 12 Tahun RM5.. Ada tempat percuma tapi jauh ke dalam.

Waktu ni kakak dah sampai dulu, jadi dia yang copkan tempat.


Bila pergi air terjun ni, makanan tak lupa ye..hahaha.. Memang masing-masing dah dibahaikan bawak apa ye. Abang bawak mihun dan nugget. Kakak kedua bawak nasi, ayam sabal dan sayur. Kakak lagi satu bawak ayam rendang dan nasi impit. Nad bawak makanan ringan..hahaa. Mujur senang part nad ye..Beli je dekat pasaraya..kihkih..




Lepas makan, apa lagi, berendam la. Bila dah lama tak berendam dalam air terjun, seklai masuk, aduhhh..sejuk gila kau..Sejuk lain maciam ni..haha. Masuk sekejap kemudian naik..tapi masuk lagi..kahkah..Fariza mula-mula pun tak tahan, tapi lama-lama ok.



Yang sedihnya, adik la..dia taknak rendam badan dia. Sejuk sangat kot. Yela, selalu mandi dekat Waterpark, swimming pool, seklai masuk air terjun, celup kaki je. Pulak tu tak bagi nad berendam..haishh..tak boleh. Kadang tinggalkan dia sekejap denagn kakak, nad pergi berendam..hahaa..Ingat senang ke nak pergi bercuti dekat air terjun ni. Lama tau mommy tak nampak air terjun ni. Lama juga tak dengar deruan bunyi air terjun ni. Lagi dikelilingi pokok yang menghijau..gituu..

Masa tu pulak ada geng makcik-makcik pakai jaket keselamatan, diaorang buat aktiviti dekat air terjun tu..hahaa..

Puas main air..mommy memang jakun sekejap..Walaupun dapat mandi sekejap, sebab adik nangis melalak mommy tinggalkan dia, pun ok la, dapat berendam..hahaa..




Pukul 4 petang, masing-masing dah bersiap nak balik. Fariza taknak balik oii..Dah best sangat dia mandi manda.

Takpe, lepas ni, bulan 3 pulak kita pergi bercuti..Hah!, masa tu semua ada..Plan awal ok..heheee..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

22 comments so far,Add yours

  1. Pernah survey Kalumpang ni nak buat family day pejabat. Tempatnya memang cantik kan. Air jernih je

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi gi Kalumpang ni. Nanti boleh la lepas dah reda2 pasal virus ni leh la keluar bawak family ke sana

    ReplyDelete
  3. Seronoknyaaa Nad! lama gile sangat lama Sis tak mandi air terjun macam ni. Piknik lagilah lama sejak adik ipar meninggal tu. Dulu dialah yang rajin plan piknik-piknik ni, ni dah takde, senyap semua..

    Terus rasa nak piknik laa esok hehehehe

    ReplyDelete
  4. meriahnya dekat sana! Selalu dengar nama tempat je, tak sangka agak famous. Budak2 memang susah nak mandi air sungai sebab sejuk gedi. Kalau waterpark laju je terjun haha

    ReplyDelete
  5. Fadzi tak kisah sangat kalau ada tempat rekreasi macam ni kena bayar untuk masuk. Asalkan kita bayar dan diaorang memang jaga tempat ni. Facilities kena cukup dan berjaga.

    ReplyDelete
  6. Rawlins pun sejenis jakun kalau dapat mandi sungai - memang berendam sampai kecut kulit badan. Tapi refreshing kan.

    ReplyDelete
  7. meriah betul kat sana.. anak-anak memang suka sangat main air ni.. cuma kita kena sentiasa berwaspada saja dengan keselamatan..

    ReplyDelete
  8. Bulan 12 hari tu baru mandi manda dekat The Nahara bersebelahan resort nih, best air terjun dekat sini bersih dan air sejuk sesuai beroicnic bersama keluarga

    ReplyDelete
  9. wahh ramainya! meriah ya! kalau saya suka tempat yang tak ramai orang. tapi macam bahaya pulak kan bila tak ramai orang hehe

    ReplyDelete
  10. bila baca article ni, rasa macam dah lama x mandi sungai. nak nak bercuti bersama keluarga ramai-ramai. seronoknya.

    ReplyDelete
  11. kak liez lama tak pergi mandi sungai. bukan apa sebab takut virus kencing tikus. tu yang tak berapa suka nak mandi sungai. tapi baru-baru ni g berendam kaki dekat batang kali. rasa best pulak. next plan nak ke tempat ni lah.. mcm best je

    ReplyDelete
  12. Bestnya.. Lama xmandi kat tempat2 macam ni... Seronok kalau mandi air sejuk mcm ni time musim2 panas ni kan...

    ReplyDelete
  13. Pernah mai sini tapi dah lama dah. memang best air terjun sini tapi tu la, ramai orang kan sebab situ boleh buat aktiviti kem bina semangat. So, ramai yang dtg by group

    ReplyDelete
  14. Seronoknya anak2 mandi ngan sepupu2.. time ni jerlah dapat spent time sama2 kan..mandi sg pulam tu mesti syok

    ReplyDelete
  15. Nampak cantik terjaga tempat ni. Ok jer bayar kannn...
    Seronoknya nengok bersantai lepak dengan alalam semulajadi gini. Nanti nak ajak family laaa

    ReplyDelete
  16. "wa-Alaikumussalam wa-Rahmatullah,"
                                   CERITA KEHIDUPAN BENAR

    Saya terkenal sebagai Mikhail Irfan Aqil seorang bapa, suami, saudara lelaki dan rakan saya dari (Putrajaya) Malaysia dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan dan tidak ada yang dapat meminjam wang saya untuk menyelesaikan projek perniagaan saya bermula beberapa bulan lalu . Saya telah ditipu oleh beberapa agen palsu yang mendakwa mereka dapat membekalkan saya dengan bahan mentah untuk pengeluaran

    Saya menjadi fraustrasi dan jika tidak untuk isteri saya, saya akan melakukan perbuatan bunuh diri kerana kesakitan itu terlalu banyak dan semua harapan hilang yang membuat saya mula hidup dari awal lagi dan ia tidak mudah sehingga saya bertemu ONE BILION RISING FUND sebuah syarikat pinjaman

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman selepas saya menghubungi penguji syarikat yang sebenarnya memberi saya harapan dan memberitahu saya tidak tpo takut bahawa syarikat itu akan meminjamkan wang saya selagi saya boleh memberikan mereka requiremet yang merupakan beberapa maklumat peribadi dan saya lakukan jadi selepas saya melalui semua proses yang mereka meminjamkan wang mereka kemudian memberitahu saya bahawa saya telah dijumpai layak untuk pinjaman dan diminta untuk menunggu dan kejutan saya geatest saya mendapat dikreditkan dan ini membuat hidup saya lebih baik hidup dan dan sangat berterima kasih kepada Allah, Isteri saya dan kepada ONE BILLION RISING FUND
    GMAIL "" "" "onebillionrisingfund@gmail.com

                          UNTUK MENGHUBUNGI AKU
    Mikhail Irfan Aqil
    mikhailirfanaqil@gmail.com
    IG :: Mikhail Irfan

    ReplyDelete
  17. Aiii rindunya tempat lepak masa belajar di Tanjung Malim dulu.Nampak dah banyak perubahan baru.Boleh plan trip dalam masa terdekat kesini.huhuhu

    ReplyDelete
  18. suka jugak air terjun, cuma kena tengok2 juga tempat kan. kalau sampah banyak risau kencing tikus pulak.

    ReplyDelete
  19. Syoknyaa main air - makanan pun meriah kemain. Macam macam adaa!

    ReplyDelete
  20. Data pribadi
    negara Indonesia
    Nama: Arif Hidayat
    Alamat: Jl.ds.lamangkona tawaeli
    Sudah dua tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp30 juta dari AVANT Loan Company dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. AVANT Loan telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Deborah bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya menyerahkan tambahan Rp250 juta setelah melalui proses hukum saya. pinjaman disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 jam di rekening bank BCA saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Bu Deborah dan tim manajemen pinjaman terbatas Avant telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah baik di Amerika Serikat, MALAYSIA dan INDONESIA, sehingga tidak ada masalah sama sekali.
    Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Avant Loans Limited hari ini dan selalu
    e_mail: [avantloanson@gmail.com]

    WhatsApp: +6281334785906

    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete
  21. Halo, saya Ryan Ceanic, pemberi pinjaman yang memberikan pinjaman seumur hidup. Apakah Anda memerlukan pinjaman mendesak untuk menghapus hutang Anda atau Anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan bisnis Anda? Kami membantu orang dalam kesulitan keuangan yang telah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? tidak perlu mencari lagi karena kami ada di sini untuk menjadikan semua masalah keuangan Anda sebagai masa lalu. Kami meminjamkan dana kepada individu yang membutuhkan bantuan keuangan dengan tingkat bunga 1%. kami memberikan bantuan yang dapat diandalkan dan penerima. Untuk aplikasi dan informasi lebih lanjut, kirim balasan ke yang berikut ini
    Alamat email: ryanceanicloanfm@protonmail.ch
    Whatsapps: +4915772501298

    ReplyDelete