hai assalammualaikum

Projek Taman Botani Sekolah Tabika Anak - Bermulalah aktiviti pertama ibu bapa dan anak membantu cikgu membuat projek sekolah. Yeah, sebagai mak nad semestinya teruja. Sebab masa ni la, dapat kenal denagn ibu bapa kanak-kanak lain dengan join aktiviti sekolah yang cikgu buat ni. Diberitahu oleh cikgu sekolah Fariza, Cikgu Ema, digroup whatsup, sekolah akan membuat gotong royong menanam pokok di Tabika. Sebenarnya, sekolah Tabika anak, terpilih untuk Pertandingan Taman Botani antara Tabika Kemas Selangor. Fuh, bangga kejap..hehee..Ni lagi tambah semangat untuk cantikkan, bersihkan sekolah Tabika anak.



Projek ni baru fasa pertama, dan akan ada lagi fasa lain. Yela, nak buat Taman Botani, nak tanam pokok kita buat satu-satu dulu. Aktiviti yang dibuat pada haritu
- Membersihkan kawasan sekolah
- Menanam pokok-pokok kebun dapur
- Membuat batas untuk menanam pokok
- mengecat batu bata

Sedihnya, pada hari berkenaan, tak ramai pun ibu bapa yang hadir. Boleh dikira berapa je yang hadir. Pelajar sekolah situ, ada 30 orang, tengok macam belas je ibu bapa yang hadir bersama anak-anak. Takpela, mungkin yang tak dapat hadir, ada komitmen lain yang tak dapat dielakkan. KIta fikir positif..orang cakap husnudzon....


Haritu, banyak juga sumbangan pokok, barang hiasan seperti pokok serai, kunyit, bayam, botol mineral, tempurung kelapa pasir, tanah semua dibawa. Alhamdulillah, adalah sikit untuk aktiviti tanaman dapur hijau sekolah anak ni.

Nad bawak pokok cili, pokok hiasan dan biji benih kangkung.




Pagi tu, kitaorang kemas dulu kawasan yang nak tanam pokok ni semua. Selesai kemas, orang lelaki, buat batas. Orang perempuan, bubuh tanah, apa yang patut..hehee..




Paling meriah, untuk anak-anak. Hah, masa ni la diaorang dapat belajar buat tanaman mereka sendiri.
Macam biasa cikgu bagi penerangan dahulu berkenaan aktiviti kepada murid.






Lepas tu, diberi seorang-seorang untuk tanam tanaman mereka. Fariza dapat kangkung..hehe,

Harap sejukla tangan mereka, supaya tanaman ni tumbuh dengan sihat, segar dan bugar.

Tanaman dapur ni dibuat di bahgaian belakang sekolah.

Selesai tu, sambung pula di bahagian depan sekolah, untuk menghias bagi cantik.


Ni antara yang dah siap separuh..Nanti akan ada hari lain untuk aktiviti seterusnya.

Mula tu, memang tak nampak apa yang dibuat. Ni dah nampak sikit-sikit, nad pun dah godek google sikit, bolehlah lepas ni tambah lagi mana yang patut.

Cantikkan sekolah ni bagus, anak-anak dapat sekolah dalam suasana yang ceria. Nak pergi sekolah pun best je. Nak belajar pun seronok.

Parents pulak, join aktiviti ni, dapat eratkan silaturrahim dan kenal antara satu sama lain.



Ni makanan yang disediakan cikgu, mihun sup, kuih dan tauhu bergedil.

Alhamdulillah, projek pringkat pertama Taman Botani, berjalan dengan lancar. Lepas ni, harap ramai lagi ibu bapa yang join, bantu sama-sama cantikkan sekolah Tabika anak.
SHARE 15 comments

Add your comment

  1. tabika kemas seluruh malaysia kot buat projek gotong royong kt sekolah sbb tabika kemas anak ida pun buat tapi kbetulan hujan so cancel. buat bacaan yassin je..budak2 kolej KKTM tolong cantikkan kwsn

    ReplyDelete
  2. Aktiviti yang bagus untuk terapkan nilai2 alam semula jadi terhadap anak2.

    ReplyDelete
  3. wahhhh bleh geng cik sue ni kakak,pasni suh mama tanam pokok sayur kat rumah pulak ye hehhee

    ReplyDelete
  4. Bagusnya ada aktiviti sebegini. Bukan sahaja menghijaukan alam sekolah, malah mengajar anak- anak cintakan kehijauan dan kerjasama

    ReplyDelete
  5. best nya aktiviti macam ni. tempat lain boleh guna pakai kaedah ni ^_^

    ReplyDelete
  6. Bagus la aktiviti camni kat tabika. Atleast pupuk rasa minat anak2 tambahan pula dengan penglibatan ibu bapa

    ReplyDelete
  7. Seronoknya aktiviti macam ni. Comel budak kecik tu pakai tudung

    ReplyDelete
  8. seronokkan apabila ibu bapa sama2 dengan anak melakukan aktiviti bersama-sama

    ReplyDelete
  9. best aktiviti camni, saya paling suka buat aktiviti begini dengan anak-anak. belajar pegang tanah dll tu

    ReplyDelete
  10. Bagusnya ada aktiviti macam ni, mengajar bebudak erti mencinta kehijauan..kadang budak sekarang kalau tak ajar macam ni, esok dah besar, nak pegang tanah pun geli huhuhu...

    ReplyDelete
  11. Wow meriahnya aktiviti macam ni. anak-anak pun dapat belajar dan bersama-sama menjalankan aktiviti bersama-sama

    ReplyDelete
  12. Bagus sangat tabika zaman sekarang kan. macam-macam aktiviti diorang buat. ni wonder budak2 zaman sekarang cepat belajar dan matang.

    ReplyDelete
  13. Seronok budak-budak tu dapat bercucuk tanam. sambil-sambil tu boleh cantikkan kawasan seokolah. Aktiviti macam ni bagus untuk anak-anak, mak pun boleh join sekali smbil kenal-kenal dengan parents lain.

    ReplyDelete
  14. Suka sekolah yang mementingkan alam ! mendidik kanak-kanak untuk menanam bunga2 /tumbuhan memang terbaiklah !

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2