Sejak nad kawin lagi memang air paip dalam rumah ni kecil. Tak terfikir pulak sebab bocor ke apa, sebab cuma fikir rumah ni dah lama, jadi mungkin paip dah karat atau apa, sebab tu jadi kecil. Sebelum ni ada juga yang pekerja selalu hantar bil air tu, bagitau, mungkin paip bocor. Tapi bila jadi PKP ni, macam lagi kecik je air tu mengalir. Susah la kalau time PKP air kecil je.

hai assalammualaikum

Paip Bocor Waktu PKP, Syabas Buat Kerja Laju - Sejak nad kawin lagi memang air paip dalam rumah ni kecil. Tak terfikir pulak sebab bocor ke apa, sebab cuma fikir rumah ni dah lama, jadi mungkin paip dah karat atau apa, sebab tu jadi kecil. Sebelum ni ada juga yang pekerja selalu hantar bil air tu, bagitau, mungkin paip bocor. Tapi bila jadi PKP ni, macam lagi kecik je air tu mengalir. Susah la kalau time PKP air kecil je.


Nad pulak tak tau mr mafia email syabas, malam tu dalam pukul 9 malam ada orang datang, naik lori. Dengar orang bagi salam, tengok luar, then dia cakap " Dari Syabas "..Terus nad panggil mr mafia cakpa " abang orang syabas datang, abang ada panggil ye "..Mr mafia cakap " abang baru email, dah sampai "..Dasyat, cepat diaorang.

Kejadian ni masa Pergerakan Kawalan Fasa 1, minggu pertama ye..hehee..Baru nak cerita..Almaklumla, cerita lain yang nak keluar dulu..huhu..



Ok, berbalik kepada paip bocor, diaorang datang cepat sebab malam tu diaorang pun takda kerja..Jadi memang cepatla kan. Lagipun elokla buat masa PKP ni, sebab laluan rumah nad, laluan masuk kereta. Bayangkan kalau buat hari biasa, mesti kereta kena patah balik..huhu..Masa Perintah Kawalan Pergerakan ni, takde kereta nak lalu, memnag elok sangatla.



Diaorang kerja Syabas, mestila tau mana bahagian paip kan..huhu..Habis pecah semua. Bila pecah, tengok banyak air. Pergh, pekerja tu cakap " ni kalau tak dibetulkan, boleh runtuh rumah "..ok seramm wak..

Tengokla batang paip yang dah karat tu, gila karat kan.







Tak cukup tebuk, habis dikorek dengan bajak semua..huhu..





Lepas diaorang cek semua takda bocor tempat lain, yela, takut ada tempat lain juga bocor kan, tapi lepas cek takda, terus diaorang timbus balik tanah, dan simen semula. Siap tempat jalan di tar semula.


Bahagian paip dekat luar rumah pun diganti bagi elok.


Masa tenagh kerja, ada sorang pekerja cedera. Jari terkena mesin kata mr mafia. Alahai, kesian betul.

Diaorang buat dari pukul 9 malam sampai 5 pagi. Setel semua.


Esok pagi nad tengok rupanya seperti ini. Hah, terbaik kan diaorang buat kerja. Terima kasih pekerja-pekerja Syabas yang baiki rumah nad.

Mr mafia tak buat sebelum-sebelum ni, sebab dia fikir, syabas buat separuh kerja je, yela, dah korek, pastu timbus balik macam tu je, takda simen ke apa, sebab tu dia tak panggil lagi, sebab nak kumpul duit untuk simen semula. Rupanya, dia ada baca dekat mana ntah, syabas buat semua, dari dia korek tanah, betulkan, dan simen semula bagi cantik. Lega dia..

Fuh, nasib dah betulkan. sekarang air dalam rumah laju je. Kalau sebelum ni memang lambat ye.


Tapii...masalah lain pulak datang. Batang paip dekat sinki pulak tiba-tiba patah. Dugaan betul ye. Entah macam mana dia boleh patah. Patah pulak, bukan patah yang boleh sambung lain dengan paip baru, sebab dia patah bahagian dalam. Takde alatan dan korek apa. Suruh orang Syabas tu dia kata tak boleh buat, kene tebuk dinding juga. Tengah PKP mana boleh suruh orang datang tebuk semua..haishh..Susah juga. Baru nak merasa air laju dekat sinki. Jadi lain. Mr mafia tutup dulu dengan batang lilin, bagi stop air daripada keluar.

Sedihh!!!..Memang rumah ni nak suruh bagi cantik ni sampai sana sini dia buat hal..huhu. Rumah ni pun dah lama tak dibaiki, bayangkan dari arwah mak mertua duduk sini, dari suami budak lagi, eh yeke, nad lupa pulak..hahaa. Tapi lama jugala..

Harap selesai cepatla PKP ni. Penat denagn batang paip macam tu.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Hopefully semua dipermudahkan and settle cepat

    ReplyDelete
  2. Wahduhhh. Gawat niii.. sabo jeler.. moga cepat covid 19 pergiii

    ReplyDelete
  3. datang rajin dia awal, kalau time lambat tu lambat lahaiii...tapi papepun dah settle semua alhamdulillah kan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah selesai masalah air dekat rumah Nad, Musim PKP ni susah juga kalau bekalan air turut terputus

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Bagus betul syabas kan pantas buat kerja.

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah cepat Syabas buat keja. Semoga PKP nie cepat lah tamat kan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Alahai.. Dugaan betul kalau bab air ni kan.
    Dah elok air besar. Boleh pulak batang paip patah. Alalala..
    Smpai sekarang ke nad x betulkan lagi?

    ReplyDelete