Semalam pening tak tau buat apa, teringat cucur manis. Hah, buat cucur manis jela. Benda paling senang, bahan pun semua ada.

hai assalammualaikum


Cucur Manis Pelbagai Rupa, Asalkan Rasanya Masih Sedap - Korang ok lagi tak tu. Dah 8 hari kita berpuasa, alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan sihat kan. Semoga kita dapat teruskan puasa kita dengan penuh kesabaran dan keberkatan. Kalau sebelum ni, tak tau nak masak apa, pergi bazar jela. Tapi, sekarang takda bazar,kena masak je. Buntu memang buntu, tapi nak taknak masak. Bab lauk pauk, ok lagi, bab kuih tu, haishh rumit..hahahaa. Semalam pening tak tau buat apa, teringat cucur manis. Hah, buat cucur manis jela. Benda paling senang, bahan pun semua ada.



Maaf, cucur manis kita ni pelbagai rupa. Tapi, rasanya masih manis dan sedap ye..hahaa. Nampak je macam hitam sikit, tapi tu rangup dan sedap. Nasib anak-anak suka, habis ye..hahaha..


Bahan-bahan :
1 sudu besar yis,
1 cawan tepung gandum,
2 sudu besar gula,
2 sudu besar susu pekat,
Secubit garam dan air secukupnya

Cara-cara :
Campur semua bahan.
Masukkan air sedikit-sedikit.
Adunan macam cucur biasa tidak pekat tidak cair sangat.
Perap setengah jam hingga satu jam baru boleh digoreng.
Siap.


Memang masa nak masak tu, dia terus kembang bulat dengan elok. Lembut pun ya tau..hah korang cubala.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Resipi simple ja tapi bila dah mula makan tu tak boleh stop hahaha.
    Salam Ramadan :)

    ReplyDelete
  2. Senang aje ek buatnya, Sis tak pernah buat cucur manis, sebab anak-anak tak berapa suka, nanti nak try laa buat makan sendiri..

    ReplyDelete
  3. simple..anak2 pling suka mkanan yg simple je kan.. sama la mcm anak2 ida

    ReplyDelete
  4. I just want to let you know that I just check out your site and I find it very interesting and informative. Explore all kinds of users, hashtags and locations in ease with our Instagram Web Viewer Pictame2.

    ReplyDelete