Tahun ni disebabkan kita beraya dekat rumah, boleh ziarah untuk hari raya pertama sahaja, jadi tema baju raya nad dengan anak-anak berkebaya dan berkain batik..hehee..Tapi nad tak pakai kebaya pun, nad pakai baju blouse. Anak-anak je pakai kebaya. Yang penting kain batik tu..hehehee..

hai assalammualaikum

Tema Baju Raya 2020 - Tahun ni disebabkan kita beraya dekat rumah, boleh ziarah untuk hari raya pertama sahaja, jadi tema baju raya nad dengan anak-anak berkebaya dan berkain batik..hehee..Tapi nad tak pakai kebaya pun, nad pakai baju blouse. Anak-anak je pakai kebaya. Yang penting kain batik tu..hehehee..


Last minit juga cari baju raya untuk anak, lagi nak tema sama kain batik. Disebabakan PKPB, pergi kedai mesti ade SOP, beratur bagai, memnag tak dapatla cari baju anak. Kang ambil masa yang lama. Nak pergi banyak tempat dengan keadaan macam ni, memang takla. Jadi nad usha baju raya secara online. Nak cari baju raya yang berkain batik punyalah susah ye. Ada tu yang sama tapi harga, allahuakbar, lari bajet..huhu. Cantik memang cantik, tapi kalau dikira takpela. Tapi tak putus asa cari.



Alhamdulillah, last-last jumpa juga baju raya anak sama tema. Nad jumpa instagram Ezikmarques. Butik tu jual baju kebaya dan kain batik. Macam biasalah, tanya harga, nasib ada yang murah, sepasang baju kebaya dan kain batik RM80. Hah, memang terus je nak beli. Bagus layanan butik online ni, nad whatsup tengah malam, hahaha, sebab usha instagram dia dah tengah malam. Memang biasa terus whatsup kalau nak sesuatu, biasanya orang akan balas esok pagi. Tak sangka dia balas malam tu juga..hahaa. Bagus sungguh. Terus dia balas harga baju. Suka ya dengan penjual macam ni, terus jawap harga dia, takda berbelit-belit ke lain. Baju dia ada biasa dan eksklusif, yang bais atu la harga RM80 sekali kain batik.

Terus nad tanya biasa tu macam mana rupa dia, semua-semua la.Pastu terus tanya umur anak. Sebab penjual tu nak cek baju untuk saiz anak ada ke tak. Esoknya la dia balas, sebab baju dekat butik. Sepantas kilat ye, dia tunjuk baju semua. Akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Haritu juga dia pos. Dua hari lepas dia pos terus sampai.

Bila dapat, memang puas hati, sebab lawa giler kebaya dan kain batik tu. Walaupun bunga tak sama warna, okla, berlainan sedikit , nak bergambar baru lawa kan. Asalkan baju warna sama kuning gitu.



Ni la dia, baju anak dara nad. Berkebaya dan berkain batik. Halah, cantik molek. Nasib baju tu ngam elok je dekat diaorang. Macam adik, 2 tahun, nad ambil 3 tahun, biar besar ye, asalkan jangan kecik. Nak pakai lama. Kakak pulak 5 tahun, nad ambil 6 tahun punya. Cuma kain la, panjang sikit, tapi takpe, kita lipat ye..hehehe..


Hah ni pulak baju nad. Baju ni sebenarnya nad pakai masa kenduri kawan..hehee. Habis dah PKPB, covid ni punya pasal, malas nak fikir baju raya lain, dah ada ni, kita pakai jela. Jimat ye dekat situ. Pertama kali pakai kain batik pario. Mula memnag fikir macam mana la nk pakai, lama-lama biasa dah. Adjust kain taknak nampak kaki.. Kene pandai-pandai pakai.

Lupa pulak nak ambil gambar bertiga..hahhaa..Ni la tema baju raya kami 2020, disebabkan PKPB, berkain batik. Simple je..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

16 comments so far,Add yours

  1. cantik!! suka tengok budak-budak pakai kebaya, nampak sopan dan ayuuu~ hehe...tema best.

    ReplyDelete
  2. cantik dan lawa sangat ... raya kedepan ni boleh usha untuk mek sarah pula

    ReplyDelete
  3. Alalala comelnya la model cilik dua ketul tu. Dah pandai posing dah model cilik tu. Pasni mak dia kalah la hehehe

    ReplyDelete
  4. Wowwww memang cantik dan menarik pulaj corak batik kebaya kan. Kebaya memang tak ditelan zaman

    ReplyDelete
  5. Cantikkkk, comel nya anak anak pakai kebaya.. Heheee
    Wow, kain mcm akak tu, x reti sy memakainya...huuuuuu

    ReplyDelete
  6. cantik nad dan anak-anak berkebaya dan berkain batik. dah macam kembar tengok dua beradik ni. suka tengoknya, kemas dan comel

    ReplyDelete
  7. Comel betul bergaya dengan kebaya.
    Model sangat

    ReplyDelete
  8. wahhh cantiknyaaaaaaa! comel betol ank2 pkai kebaya.. maknya pon cantik.. =)

    ReplyDelete
  9. wah wah wah.. comelnya diorang berkebaya. kecik-kecik dah pandai pose ya. siap berkain batik lagi tu.

    ReplyDelete
  10. cantik yer baju kebaya anak2 nad tu. haish mujur akak xde gegurls, boboi jer ade, hehe.. kalau tak mesti terbeli gak ni

    ReplyDelete
  11. Looking so pretty babe! Selamat Hari Raya to you and your family. The kids are so cute wearing the Baju Kebaya. I nak buy for my girls too hehe

    ReplyDelete
  12. Cantikla si kecik berdua pun pakai kebaya rupanya. Tengok dekat fb nampak mak dia je pakai kebaya..tak perasan pulak ada saiz si kecik sama..

    ReplyDelete
  13. mommy ngn anak2 sama cantik.. weeeee

    ReplyDelete
  14. Sesuai betul dengan tema raya tahun ni.. #stayathome... Hehe

    ReplyDelete