Sambil berjalan, kita hunting kedai makan yang best dekat Kuala Lumpur ni. Tertarik dengan satu kafe ni, luar nampak biasa je, tapi dalamnya, woww, menarik sangat. kafe ni sangat unik, klasik dan bestnya banyak sangat port boleh bergambar, sangat "instagramable". Oiii, memang suka gila la.

hai assalammualaikum

Kafe Kleptokrat, Kafe Unik, Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur - Selagi belum habis bulan Julai, selagi tu la birthday girl ye..hehehe. Jadi, kita jalan- jalan sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan birthday girl ni. Kihkih. Sambil berjalan, kita hunting kedai makan yang best dekat Kuala Lumpur ni. Tertarik dengan satu kafe ni, luar nampak biasa je, tapi dalamnya, woww, menarik sangat. kafe ni sangat unik, klasik dan bestnya banyak sangat port boleh bergambar, sangat "instagramable". Oiii, memang suka gila la.


Kafe Kleptokrat, Kafe Unik, Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur

Kafe ni dekat Jalan Tun H S Lee City Centre Kuala Lumpur. Cafe ni berdekatan dengan Menara Maybank, belakang Hotel Arena. Kalau korang naik LRT, boleh turun dekat Masjid Jamek dan kene jalan sedikit. Kalau naik kenderaan, jangan risau, kawasan sini ada disediakan tempat parking.






Hah, nak masuk ke cafe ni boleh ikut pintu depan dan belakang. Tapi nad sarankan baik ikut pintu belakang, ada lorong kecik sebelah kedai Timothy, ada signboard tulis " pintu belakang"..hah, jalan la situ. Laluan belakang lagi menarik sebab laluan dekat situ, korang boleh nampak ada art dekat dinding yang korang boleh bergambar dan laluan nak ke cafe tu sangatla menarik. Mesti korang teruja, sebab setiap laluan, akan bergambar.. Hahaha.


Kalau tengok sekeliling, bangunan memang nampak lama, macam terbiar, ni uniknya, sebab bangunan ni memang dah lama dibina tahun 1920 mungkin dan mereka masih mengekalkan ciri bangunan asal tu. Bagus juga kan, sebab tempat ni jadi lebih unik. Jangan risau, bangunan ni masih kukuh.. Ehhehe.





Bila ikut laluan belakang, kena naik tangga, ni la rupa laluan nak ke Cafe Kleptokrat tu kalau ikut pintu belakang. Akan nampak pelbagai barangan antik, klasik macam kat rumah kampung dah. Memang santai la. Ni dating berdua memang best tempat macam ni.. Hehehe.


Ni lagi paling rare ok. Serius, hahaha. Masa nad nampak ingat almari ni memang saje di letak dekat sini, rupanya, almari ni ialah Pintu masuk ke Cafe Kleptokrat tu. Weii, kreatifnya diaorang buat pintu macam ni. Macam dalam movie Narnia, masuk dalam almari pergi ke dunia lain.. Hahhahaa. Tapi ni masuk ke dalam cafe. Teruja sangat bila tengok macam ni semua. Ofkos la kena bergambar kan.. Hahahaha..







Cafe dia memang sangat unik, klasik, cantik, dengan perabot lama, barangan antik, lantai berkayu semua ni. Bila masuk je rasa santai je, walaupun dekat luar suasana sibuk, Kuala Lumpur kan, tak sibuk tak sah.. Hehehe..




Sesuai sangat bawak keluarga, atau santai dengan kawan-kawan, berdating dekat sini. Dekat sini pun disediakan permainan snooker. Fuh, memang enjoy lepak sini, berhuhuhaha dengan kawan-kawan.


Puas dah tengok sekeliling, mestila nak makan kan.. Hehehee. Dekat sini ada banyak jenis makanan yang ada, dari breakfast, simple, berat dan healthy. Makanan dihantar panas-panas, memang sedapla.


Nad haritu order Sourdough Pizza Chicken et Funghi (Chicken, mushroom, black olive, tomato), memang sedap. Pizza pulak banyak cheese. Bila tarik tu, memang nampak sedap.


Kemudiani Rice Bowl, (Edamame, Pickled Vegetables, Braised Radish, Egg and Miso Soup) dengan chicken Terriyaki, yummy.. Ni adik Farhanah suka.


Kleptokrat Big Breakfast (Sourdough toast, green salad, cherry tomato, sous vide egg, butter, homemade jam, smoked salmon, capers)


Nak simple ada, macam sandwich salad.

Kalau korang nak tau, doh nak buat sandwich, pizza, dibuat dengan homemade sourdough bread. Memang sedap dan lembut je.


Air pulak nad order Dancing on the floor, Rise of kleptokrat dan satu lagi lupa pulak. Air memang segar dan menyejukkan tekak.


Promosi Sehingga 30% Off di Cafe Kleptokrat

Sekarang Cafe Kleptokrat ade buat promosi. Potongan 20% sehingga 15 August dan tambahan 10% off kalau korang post gambar korang check in di Cafe Kleptokrat ni, dekat sosial media korang. Senang je kan.. Dah dapat 30% off.


Servis Penghantaran Makanan

Kalau, rasa nak makan makanan Cafe Kleptokrat ni, tapi tak semlat nak ke kedai makan mereka, boleh je suruh diaorang buat delivery. Diaorang ade buat servis delivery juga. Korang boleh whatsApp di nombor +6019 222 0262.

Untuk kawasan tertentu, ada Free Delivery. Kawasan tu ialah KL Central business district, Bangsar, Sentul, Pudu, Brickfields, Seputeh, Titiwangsa, Ampang Hilir, Damansara Heights & Bukit Tunku.

Hah, menarik sangat kan cafe ni. Nad lepas makan, pergi ambil gambar lagi.. Hahaha. Tak penuhkan storage phone tak sah. Cafe ni bukan shaaja boleh tempat santai, lelak, tapi boleh je buat gathering, event harijadi ke, event produk ke, photoshoot ke.. Hah.. Sebab tempat ni sangat rare dan menarik.



Cafe Kleptokrat Kuala Lumpur
Address: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin sehingga Sabtu ( 10 pagi hingga 4 petang)
Facebook:https://www.facebook.com/kafekleptokrat
Instagram: https://www.instagram.com/cafe_kleptokrat
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

28 comments so far,Add yours

  1. Memang unik betul lar. Nama pun sangat special. Memang banyak tempat yang sesuai ambil gambar cantik-cantik kan?

    ReplyDelete
  2. Woww.. nama cafe pun unik betul lah.. boleh pergi nanti cuba makanan disini

    ReplyDelete
  3. Kak juju nak datang lagi, ritu dah makan dishes dia, nak cuba yg berat sikit. Cantik kafe dia kan nadia. Best!!!

    ReplyDelete
  4. Best 👍👍 tak sangka ada kafe yg unik mcm ni... Nnt nak check out jugak, semoga pintu Narnia tu masih setia tunggu Sally... Hahahaha

    ReplyDelete
  5. Lawaaa..pintu masuk dia tu unik betul..nanti klu mai kl nk ajak kakak zaza lah pi

    ReplyDelete
  6. Canti lah cafe dia. kalau dekat-dekat sini memang dah sampai dah ni.

    ReplyDelete
  7. Menarik Kafe ni. Nama plak gitu. Teringat Kleptomania. Haha. Nad, kafe ni Halal? Nanti tolong cek kan. Akak nak buat review halal food di kl.

    ReplyDelete
  8. nanti kan datang sini nak bergambar jeee hahaha. tak dan nak makan. semua port pun lawa. tapi makanan dia nampak sedap2 ehhh

    ReplyDelete
  9. Cafe cantik, menu sedap2.. nak pergi jugak nanti

    ReplyDelete
  10. Cantik tpt ni, mmg sesuai lah pada yg suka bergambar.. Hehe

    ReplyDelete
  11. Tak perasan lak afa Kage begini di KL. Nanti bila lalu jalan ni nak perhatilah dimana letaknya..

    ReplyDelete
  12. Yep, cafe ini memang cantik Dan instagramable. Tapi nama dia controversy sikit. Hehehe.

    ReplyDelete
  13. saya pun suka ke cafe cantik. selain makanan sedap, cafe tu boleh dijadikan tempat untuk bergambar kenangan

    ReplyDelete
  14. Sekarang kat KL banyak cafe hipster macam ni hehehe memang cantik menarik tempat ni suka lah anak muda yang memang kaki instagramer tu wakakakka makanan pun nampak sedap dan menarik....

    ReplyDelete
  15. Layan jugak cafe hipster sebab nak isi perut sambil ambil gambar cantik. Hehe. Tu la keje blogger. Tak sah bergambar sebelum makan.

    ReplyDelete
  16. kenapa nama dia Cefe Kleptokrat? Hahaha name not nice tapi decoration memang A+. Nanti boleh singgah sini bila pergi jalan-jalan dekat KL

    ReplyDelete
  17. cantik cafe ini. teringin nak ke sini one day nanti. :)

    ReplyDelete
  18. Depan kedai macam kedai-kedai di bandar Johor... tapi ada tanya tak Nad, kenapa di namakan Kleptokrat tu haaa.. tergeliat nak sebut hahahaha pestime nampak, ada orang buat video masuk pintu lemari tu sekali dalamnya cafe , unikkannn

    ReplyDelete
  19. Canteklah cafe ni.. suka tgk. Kalau dapat dtg ngan kengkawan kat sini mmg best

    ReplyDelete
  20. Saya suka pergi Jalan Tun H.S Lee ni sebab suka dengan old school fasad building kat situ. Kafe ni baru jer wujud, so nanti boleh lah lepas ni saya pergi sana makan-makan dan ootd .hihi

    ReplyDelete
  21. wah, tak pernah dengar pula nama cafe ni tapi rekaan dalamannya memang nampak menarik. Dah macam kedai yang dekat Ipoh yang hipster tu..

    ReplyDelete
  22. Mmg unim cafe dia ni..mmg syoklah kalau ambil gambarkan..bolehlah nti kd idea nak buka cafe sendiri ekeke

    ReplyDelete
  23. Wow. Selalu excited jalan tmpt orang je. Tak sangka kl banyak kedai2 mcm ni jugak. Sedap tak makana2 dia? Nk jgk jalan2 kl lawat kedai mcm ni. Mcm best je

    ReplyDelete
  24. Ok boleh pergi lah sbb tgk makanan dia menarik sgt. Hihi thanks for sharing this.

    ReplyDelete
  25. thanks sbb sharing :) nanti ika nak pergi la cari mood baca buku dkt sni

    ReplyDelete
  26. This place looks so so cool for photos and also the food also look tasty.

    ReplyDelete