hai assalammualaikum
 
Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, Drama Bermain Dengan Syirik, Seram!! - Selepas tamatnya drama Takdir Yang Tertulis, yang episod akhir buat orang terkejut tu, slot Samarinda diganti dengan drama terbaru iaitu Aku Yang Kau Gelar Isteri. Kalau tengok tajuk ingat cerita cintan cintun, biasa je, tapi bukan ye, cerita ni bermain dengan syirik, pakai susuk, seram juga sebab ada hantu..
 
 
Cerita ni sama la macam drama sebelum ni, drama Cinta Sekali Lagi, tapi yang dalam ni dia pakai nasi kangkang, yang drama ni pulak guna susuk nak tarik perhatian laki orang. Cerita pakai guna-guna ni memang berlaku dunia realiti. Sama-sama tengok ambil iktibar.
 
Mula-mula episod satu macam biasa je, ingat tak best, tapi masuk episod 2, dah menarik dan menyeramkan. Pelakon semua hebat-hebat, selalu juga nampak diaorang berlakon, lagi-lagi Sharifah Sakinah. Cerita ni ada la seksi-seksi sikit, huhu.

Aku Yang Kau Gelar Isteri

Cerita ni kisahnya, Laila, yang memiliki muka yang sangat buruk, berjerawat, dan tiada siapa nak berkenalan dengannya. Dalam diam-diam, Laila suka dengan Eizlan dan menyangka Eizlan menyukai dia, kerana hanya Eizlan sahaja yang ingin berkawan dengannya. Tapi sebenarnya Eizlan mencintai perempuan lain iaitu Raihani.
 

 
Akhirnya Eizlan pun berkahwin denagn Raihani, dan membuatkan Laila menjadi marah. Perkahwinan Eizlan dengan Raihani pulak tidak mendapt restu mak Eizlan. Pada hari perkahwinan mereka, mak Laila pulak meninggal. Laila bertambah marah, dan patah hati, lalu pergi ikut Cik Embun. Cik Embun ni la yang ajar Laila pakai susuk. Cik Embun ni pun sebenarnya muka buruk juga, tak lawa pun..huhu.
 
Kehidupan Eizlan dan Raihani sangat bahagia sehingga dikurniakan 2 orang anak. Sampailah Laila muncul semula balik ke kampung tu. Laila menjadi sangat cantik dan berbeza dengan Laila yang dulu. Kerana dendam,  Laila gunakan mistik ni, nak musnahkan rumahtangga Eizlan dan Raihani. Mulala Laila goda si Eizlan ni. Ornag laki oii mana tak goyah, lagi-lagi bila Laila dah cantik.
 


 
Hubungan Eizlan dan Raihani diuji. Korang rasa apa jadi ye? Ni yang buatkan nad menunggu setiap episod. 

Barisan pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri

Adi Putra sebagai Ezlan
Nadia Brian sebagai Raihani
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Atiq Azman sebagai Pian
Lana Nordin sebagai Embun
Zaki Azeman sebagai Naim
Ummar Dzariff sebagai Rais
Laura Olivia sebagai Ain
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Jasper Supayah sebagai Rose
Baby Azreen sebagai Maryam
Puteri Ateeqah Ayu sebagai Maisarah
Zahir Deck sebagai Amin
Ferth Jasni sebagai Fakhri
Razali Abdul Ghani sebagai Abang Darus
Zaleha Abdul Kadir sebagai Mak Wan
Syarafi Sudarmaji sebagai Zairi
Ariff Amran sebagai Hadi

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin sehingga Khamis jam 10 malam. Jangan lupa tengok..
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. yea Nad. Best cerita ni. Akak masa tengok iklan sebelum tayangan rasmi, dah tertarik nak tengok. Dh agak ada unsur seram sebab guna ilmu hitam. Betul tekaan akak. Wpun penakut, tetap nak tengok jugak.

    ReplyDelete
  2. Yaaa.. minat drama genre gini.. fuh.. Walaupun tak minat dengan Sakinah ni . tapi jalan cerita gini saya sukaaa. huhu

    ReplyDelete
  3. oiii seramnya gambar last tu haha nasib baik singgah siang2 kesini kalau malam huishh nda dapat tidur terus lol

    ReplyDelete
  4. Tengok iklan kat tv, seram je nengoknya

    ReplyDelete
  5. Ending dia macam dah boleh agak. Hihihi

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2