hai assalammualaikum
 
Sambut Birthday Bulan February, Daddy Dan Farhanah - Bagus kan kalau satu rumah semua bulan yang sama, senang nak sambut birthday, hahaha. Dalam keluarga nad, dua orang je sama bulan, iaitu mr mafia dan Farhanah, si adik tu. Mr mafia 12 Feb , adik pulak 5 Feb.Jadi sambut, masa tunggu mr mafia punya birthday la..hahahha.
 
 

Dah lama tak sambut meriah, ada kek, ada makanan sedap-sedap, jadi bulan ni, kita buatla meriah sikit. Selalu kek, beli slices je, hehehe, haritu kita beli kek besar sikit, baru best kan. Kek simple-simple je, kek mamasab combo. Kek macam ni bagi kitaorang pun dah meriah..hehee. Biasalah keluarga kecil, 4 orang je, beli mana mampu je. Birthday PKP ni, makan-makan dalam rumah je.


Makanan pulak, nad beli dekat kedai makan terdekat, pergi tapau. Ada ikan siakap, tomyam, ayam goreng kunyit, dengan air tembikai. Harga semua makanan ni cuma RM35 sahaja. Nad pernah buat entry pasal kedai makan ni, boleh baca Kedai Makan Murah di Pandan Jaya


Ambil gambar sebagai kenangan. My lovely family, tema sama pulak, semua hitam..hehee..Ok boleh letak dekat frame..hehee.
 
Adik mommy dah bagi ucapan, ok ucapan untuk daddy/mr mafia pulak..ehehe. Happy Birthday Mr Mafia. Terima kasih Ya Allah, hadirkan insan seorang teman, suami dan ayah untuk anak-anakku. Semoga sentiasa sihat, bertambah usia dan dimurahkan rezeki. Semoga tercapai apa yang diimpikan. Abangla ayah terbaik untuk anak-anak. Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki. 
 
Hadiah, tunggu erk..hahahaa. Belanja makanan dah ni..kihkih..
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2