hai assalammualaikum

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 2022/2023 - Hampir terlupa tentang Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 2022/2023. Semakan ni dah boleh disemak bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos. Haritu kawan ada post, terlupa nak starkan massage tu, ingat nak terus buka, tapi banyak kerja haritu, terus tak ingat. 

 

Nasib baik nampak kawan punya posting dekat facebook, terus nad buka laman web www.public.moe.gov.my dan login dengan kad pengenalan dan kata laluan yang korang buat haritu. Huish nasib perasan posting kawan tu, kalau tak, nad tak buat pengesahan pun.


Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 2022/2023

Hati berdebar-debar nak tau keputusan semakan penempatan pendaftaran Tahun 1 ni, yela takut anak tak dapat sekolah yang dipohon. Bayangkan kalau tak dapat, dah kena buat rayuan semua. Satu masalah juga tu. Sekarang dahla PKP, kalau boleh nak selesai dengan mudah.

Almaklumla, pertama kali buat ni semua. Anak yang sulung pulak tu baru nak masuk Tahun 1, jadi blur kejap la kan. Takut tersalah tekan apa, dah gabra lain macam dah. Apa lagi, google la langkah-langkah apa nak kena buat tu. Sebelum-sebelum ni tengok kawan je buat, tak ambik kisah pun, yela belum turn kita, sekali dah sampai turn kita hah, cuak kejap.

Baca juga: Prasekolah

Bila dah masuk, klik pada pendaftaran/penyemakan permohonan. Selepas itu klik pada semak permohonan. 

Lepas tu keluar macam ni, tekan Semakan tu.

Bila tekan semakan akan keluar page seperti ini. Masa ni dekat bahagian ni ada tanda pengesahan, tanda warna merah, lupa nad nak screenshot. Yela, firstime kan, kita tekan la ikut panduan..huhu. Kotla lepas tekan boleh jumpa balik, tapi takde. Dah tekan pengesahan, terus keluar tarikh pengesahan dan cetak surat.

Tekan cetakan surat, dalam tu bagitau anak dekat sekolah mana dan lain-lain la. Untuk masa sekarang, semua dibuat secara online. 

Masa ni was-was lagi, anak dapat ke tak sekolah yang dipohon? Macam nad cakap tadi al pertama kali kan, tak tau dia dapat ke tak. Apa lagi tanya kawan yang sama anaknya nak masuk tahun 1. Lepas tunjuk keluar macam atas tu, ada surat cetak, hah dapat la tu.

Ok, begitu ya ..hahaha. Macam ni la mak-mak kalau dah risau. 

Bila kawan cakap macam tu, terus ucap syukur alhamdulillah, anak dapat sekolah yang dipohon. 

Untuk cetak surat tu, nad download siap-siap, kalau boleh nak print siap-siap. Nanti masuk sekolah kena bawa semua tu. Tapi sekarang kedai printer takda pulak, nad kat rumah takda printer. Jadi kena tunggu la bila kedai printer boleh buka.

Dekat situ ada juga rayuan jikalau anak-anak tak dapat sekolah yang dipohon. Kena buat juga dalam bulan Ogos. Semoga urusan kita dan persekolahan anak-anak dipermudahkan.

Tak sangka dah masuk darjah 1 anak nad. Kesian sangat, sekolah tabika sekejap sangat, tiba-tiba dah masuk sekolah rendah. Insyallah semoga baik-baik sahaja anak-anak nanti.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2