hai assalammualaikum

Susun Atur : Cara Kemas Peti Ais Lebih Teratur  - Suka tengok dekat tiktok orang kemas peti ais. Tersusun je setiap barang, senang nak capai. Apa yang buat peti ais kemas dan teratur mestilah bekas-bekas yang digunakan. Banyak bekas yang dijual kat shopee yang boleh guna dalam peti ais. Kalau dulu kita main pakai je bekas apa-apa, kadang tak tersusun sebab ada besar, ada tak muat, hah sekarang banyak ada jual.

 

Nad sebelum ni pun pakai bekas yang sedia ada je, tapi lama-lama bekas tu tak tahan lama. Bila ada rezeki lebih tu, dapatla beli bekas yang sesuai untuk barang dalam peti ais ni. Barula mata tak sakit kan tengok sebelum ni barang main masuk je, sekarang lebih teratur peti ais kita. Peti ais nad tak besar, jadi kena la pandai-pandai pilih bekas apa je yang patut beli dan sesuai. Jangan main beli je..huhu.

Susun Atur : Cara Kemas Peti Ais Lebih Teratur

Kalau sebelum ni, cara nad kemas main belasah je. Kadang sayur pun main sumbat je..hahaha. Lepas tu nak masak, dah kena cari satu-satu mana pulak benda aku nak guna ni..ahhaa. Satu

Ni cara nad kemas peti ais. Ada 4 bekas yang nad beli dekat shopee, 1 bekas lagi beli dekat Daiso. Yang lain, bekas yang beli biskut raya, bagi bersih kemudian boleh guna.

Boleh tengok video, nad kemas peti ais nampak lebih teratur.


Bekas tutup putih tu nad beli dekat shopee, saiz dia sedang dan kecik. Memang kedai ni dia jual 4 bekas sekali, jadi nad ambil 2 set terua sebab tau kalau beli 1 set je tak cukup. Harga cuma RM16.70 sahaja untuk 4pcs food storage containers. Klik je dekat ayat merah tu, nanti dia pergi ke kedai tu. 

Lepas tu, suka tengok orang susun air dalam bekas transparent panjang. Tapi tu bukan untuk bekas air je, boleh je buat bekas apa-apa yang bersesuaian. Macam nad letak air, letak santan, botol yang kecik dan muat dalam bekas ni. Bila ada bekas macam ni barula tersusun elok. Boleh klik bekas transparent panjang.

Telur pun ada bekas dia sendiri. Peti ais ni ada je bekas tempat letak telur tapi tak muat, sebab selalu beli telur satu papan. Dalam peti ais ada berapa je boleh letak. Bekas telur ni boleh letak 12 biji telur. Nad beli dua bekas. Ada bekas macam ni, muat untuk letak dalam peti ais. Elok je bila ada bekas macam ni..ehehe. Klik bekas telur kalau nak beli 

Last sekali bekas empat segi besar ni. Bekas ni nad beli dekat Daiso. Selalu bekas macam ni takda penutup, tapi kat Daiso ada penutup terus beli 2. Dalam ni isila apa yang nak diisi. Boleh isi sayur ke, isi buah ke.


Bahagian atas, untuk barang basah, nad beli bekas  panjang. Bekas ni boleh letak macam udang, sotong, dan ikan kecil. Kalau ikan besar seekor je boleh letak. Nad beli sebab letak sotong, udang, kerang ke. Boleh klik food container storage panjang.

Pastu untuk ayam dan ikan lain yang banyak, cuma bekas putih biasa dan bekas ikea. Mana yang sesuai pakai, memang nad pakai tu je, takda beli lain. Beli mana perlu je..hehee.

Bahagian tepi, nad susun botol air dan sos atau pek plastik. Susun elok-elok.

Bila peti ais kemas, kita pun senang nak capai dan kemas peti ias dengan baik. Nak lagi senang setiap bekas letak sticker. Lagi senang bila ada sticker. Anak-anak disuruh ambil pun dia tau nanti.

Nak nampak peti ais kemas, pemilihan warna bekas pun main peranan. Bila sama je warna nampak sedap mata memandang. Kalau nak warna putih biar putih sahaja, nak warna hijau bagi hijau sahaja.

Bekas lagi sesuai yang segiempat, biar muat dan kita susun sama rata dalam peti ais.

Untuk sayur nad guna plastik zip je, kemudian susun kat bahagian bawah sekali.

Macam ni la nad kemas. Sebenarnya tak kisah pun bekas apa-apa yang tahan dalam peti ais. Paling penting cara kita kemas tu. 

Banyak dalam pinterest ni tunjuk cara susun peti ais. Korang boleh usha dalam pinterest.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Berangan nak buat lagu ni.. Belom lagi terbuat. Haha

    ReplyDelete
  2. tgh plan nak susun peti ais gak ni dok survey lagi bekas2 yg sesuai,dok saja terkurung ni macam2 nak buat kat rumah ,larat ngan tak je huhuu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2