hai assalammualaikum

Mudah Renew Lesen Secara Online Di mySIKAP - Selalunya kalau nak renew lesen, nad akan buat dekat pejabat pos, paling senang la nak renew lesen sebelum PKP. Masa diumumkan renew lesen boleh buat, terus pergi pejabat pos. Datang sana, cakapa dengan staff situ, macam mana nak renew lesen? Staff tu cakap buat appointment, ada dia tampal dekat satu tempat untuk nad baca. Nad pun ambil gambar. Beberapa hari lepas tu, nad cuba buat nak booking, tapi semua tarikh tak available ok, dah tu macam mana nak renew kalau semua tarikh tak available? Luahkan dekat suami, pastu suami ada cakap boleh renew lesen secara online.

Dah lama sebenarnya boleh buat online, ada dua cara, buat dekat mysikap atau myeg. Nad tak pernah pakai dua-dua ni, sebab sebelum ni boleh buat dekat pejabat pos kan, jadi takda la buat online. Lagipun, pejabat pos tu dekat dengan rumah nad. Tapi dah jadi macam ni, dengan covid segala, operasi dekat kaunter pun dihadkan, perlu buat appointment la, lagi rumit, jadi kita cuba buat online pulak.

Mula nad buat dekat myeg, tapi dia macam tak dapat detect nad punya. Lepas tu cuba buat dekat mySIKAP. Eh senang rupanya, tekan-tekan mana kita nak, bayar online dah selesai. Tapi buat dekat mySIKAP kena ambil lesen dekat JPJ ye. Bayar pun secara online, nad guna FPX je. Datang JPJ tinggal ambik lesen jela, senang kan!.



Caraf Daftar Di mySIKAP

Ni nad tunjuk, cara renew lesen secara online di mySIKAP



1) Login website https://public.jpj.gov.my/public/login.zul . Pertama kali masuk, perlu daftar dahulu.

2) Lepas daftar akan dapat kata laluan pertama di email. Guna itu untuk login mySIKAP

3) Selesai daftar, login mySIKAP  isi kad pengenalan, kata laluan yang diterima, dan kod sekuriti kemudian log masuk.

4) Dah masuk pastikan tukar kata laluan yang diberi ke kata laluan baru yang senang korang ingat dan isikan soalan sekuriti yang disediakan.

5) Selesai buat kata laluan baru, log out semula, dan log in semula guna kata laluan yang baru tu.

Cara Renew Lesen Di mySIKAP

1) Pergi ke https://public.jpj.gov.my/public/login.zul dan Login dengan mengisi ID ( no IC ), pasword dan kod sekuriti, kemudian log masuk



2) Akan keluar maklumat korang dan bahagian bawah sekali ada pilihan. Pilih pembaharuan lesen memandu




3) Lepas tu boleh pilih CDL atau LDL dan berapa tahun nak renew lesen tu, 1 tahun, 2 tahun...

Lesen Memandu Pelajar atau Learning Driving License (LDL)
Lesen LDL atau lebih dikenali sebagai lesen L membolehkan seseorang individu belajar memandu kenderaan mengikut kelas yang dikeluarkan seperti kelas B, B2, D dan E. Lesen L mestilah diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika belum lulus ujian JPJ. Tempoh sah lesen L adalah 2 tahun bermula dari tarikh ia dikeluarkan. Sekiranya ianya tidak diperbaharui dalam masa 2 tahun selepas tamat tempoh, individu tersebut perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.

Lesen Kompeten atau Competent Driving License (CDL)
Lesen CDL ialah lesen yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan P setelah tamat tempoh percubaan selama 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

4) Pastu keluar semua maklumat korang. Cek betul-betul ya.


5) Klik pada gambar, sama ada nak perbaharui gambar atau tak

6) Klik kaunter JPJ. Ya, lesen nanti korang akan ambil di kaunter JPJ. Pergi ke JPJ berdekatan rumah korang.

7) Boleh bayar secara online. Nad guna FPX je, senang dan mudah.

8 ) Selesai..

9) Keluar details kita semua, kemudian ada suruh CETAK, hah korang print ya .




Nanti akan keluar dapat bentuk PDF, tu korang kene print untuk bawa ke JPJ nanti.

Masa nad, nad buat rene lesen online pada 8/9/2021, tapi pergi JPJ lambat ye, sebab suami banyak urusan. Jadi Nad pergi 27/9/2021 ke JPJ. Ya lambat beberapa minggu tapi takda pun..hehee. Nad pun mula risau juga kene marah ke apa, yela lewat ambik, tapi tak pun.



Sampai JPJ, nad pergi JPJ Wangsa Maju, tengok ramai orang beratur. Tak pasti diaornag buat apa beratur tu. Na dpulak terus ke pintu nak tanya macam mana nak ambil renew lesen ni.

Nad tunjuk kertas tu, dan pegawai JPJ tolong tanyakan. Lepas tu dia panggil nad terus ke kaunter, tak perlu beratur panjang bagai. Alhamdulillah.

Sampai kaunter, bagi IC, dan dia selesaikan. Sempat juga la ambik gamabr baru sebab tak dapat detect gambar dekat IC. Agaknyala, atau memg kene ambik gambar, entahla. Tapi nad ok je..hehee. Guna gambar baru.

Sekejap je siap., beberapa minit je, dah dapat lesen baru nad.

Senang buat online. 

Korang belum renew lesen boleh cuba online.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS