DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH

in , by Nadia Johari, 23:26:00
 hai assalammualaikum

DIY Corner Coffe & Tea Bar Di Rumah - Suka tengok coffee & tea corner orang buat. Nad dari dulu memang ada corner untuk minum ni, tak kisah la kopi ke, teh ke, air manis ke, susu anak ke. Memang nad jadikan satu tempat tu, untuk minuman je. Nad memang jenis suka satu tempat tu, tempat dia je, tak suka campur-campur dengan yang lain. Salah satu sebabnya senang dan memudahkan kita. Takda la tercari-cari barang kan. Samalah macam tempat coffee & tea corner ni. 

Sebelum ni memang bersepah tempat ni, tak teratur, main letak je. Lepas tu suka usha dekat pinterest coffee & tea corner. Memang cantik bila tengok. Jadi kita ambil la idea sikit-sikit dekat situ. Pastu sikit-sikitla kita kemas area kopi dan teh ni.


DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH

DIY Corner Coffe & Tea Bar Di Rumah

Corner ni memang dari mula kawin dekat sini la tempat buat air teh atau kopi. Yang kuat minum air ni mr mafia, memang wajibla ada air kopi dan teh ni.

DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH


Ni keadaan sebelum kemas. Sebelum ni lagi teruk, ni dah beberapa kali kemas..hehee. Kali ni memang kemas betul-betul. Tengokla berselerak sana sini, tak teratur langsung. 

DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH

DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH

Lepas tu, beli bekas sikit-sikit, beli apa yang patut letak dekat area ni. Bekas pun beli yang murah-murah..hehehe. Beli kaca kang takut pecah. Beli yang bekas tak lutsinar kang , adala orang tu, sayang mana ni, sayang mana tu.

Ya laki kita yang kerap minum ni wak. Sebab tu beli bekas yang murah yang lutsinar macam ni. Senang dia nampak dari luar. 

Nad pulak nak berjimat, malas nak beli sticker-sticker ni semua..hahaha. Biar nampak dari luar macam ni. Bekas plastik selamat sikit kan.

Pernah terfikir nak beli bekas kaca, kang ada tangan yang tak dibendung, terlicin ke, dah satu hal pecah kang. Jadi, beli bekas plastik, murah je wak. Semua barang beli dekat shoppe je. Tekan-tekan, dah sampai dekat rumah..hahaha. perempuan bab shopping memang laju.

Rak hitam dulu sebenarnya gantung barang-barang anak, lepas tu nad dah susun semula, tengok terbiar rak tu. Fikir punya fikir, nah, pakai rak tu untuk bekas teh dan kopi. Bijak kan idea ni.hehee. Nasib tak buang.

DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH

Thermos hijau ni lawa kan. Haritu cari thermos dekat shopee, cari punya cari tiba-tiba nampak thermos ni. Eh cun pulak, kena dengan tema kita hijau. Walaupun hijau dia lari sikit, takpela. Sbebab cantik, kita beli jela..hahaha. Thermos ni ikea punya dulu, tapi sekarang dah takda. Agaknya la kot sebab tengok diaorang post macam gambar ikea. Jadi kita pun rembatla. Bila pakai, dua hari juga air tahan panas tu. Lama jugala kan, dari beli thermos sebelum ni, sekejap je panas dia.

DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH

DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH

Lepas tu, beli sticker coffe and tea ni. Biasalah, dah ada port minuman, mestila nak ada sticker dia, gitu. Biar nampak ni tempat buat segala air..hehhee.

Sinila tempat air teh, air kopi, air manis, air susu, air kosong. Sebelah ada cerek, dekat dengan peti ais. Siap dengan sudu, gula, semua lengkap ye. Cuma takdala cream untuk kopi la,.hehehe.

DIY CORNER COFFEE & TEA BAR DI RUMAH


Kat mata orang mesti takdala cantik mana kan. Yela, barang pun plastik je semua..kihkih. Takpala, yang penting di mata ku semua tersusun dan kemas. Senang nak capai semua. Ni pun DIY je mana yang boleh.


Video nad DIY corner coffee & Tea ni. Jemput tengok.


Nak supercube, boleh whatsup http://bit.ly/3iDazHz

Nak beli terus pun boleh,  klik http://bit.ly/3Bxjguz .
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. KOpi tu sedap. Biasalah kan ada anak kecil. Plastik je semua botol-botol comel kat dapur tu. Nanti anak dah besar, boleh tukar balang kaca pula. Apa pun, cantik dapur Nad

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS