hai assalammualaikum

Cara Aku Buat Tempat Simpanan Beg Tangan Dan Backpack - Perempuan dengan beg tangan, backpack memang tak dapat dipisahkan. Memang kalau tengok perempuan ni pantang dengan handbag semua ye. Bila dah banyak, mula pening macam mana nak simpan.. Heheheh. Macam daku la, macam-macam jenis beg tangan, backpack ada, pastu pening nak simpan dna letak dekat mana.

Salah letak cara, salah simpan, boleh rosak beg tu. Sayang kan kalau dah rosak. Kita kalau boleh biar tahan lama, pakai lama. Jadi, kena la fikir cara simpan dan susun dengan baik.



Cara Aku Buat Tempat Simpanan Beg Tangan Dan Backpack

Macam nad, lebih suka susun, letak beg tangan atau backpack dekat luar, senang nampak, senang pilih dan senang nak capai. Banyak cara kita boleh buat tempat simpanan beg ni, macam nad dulu letak je dekat atas rak, himpit-himpit campur beg tangan dan backpack. 


Pastu fikir takut rosak dan nampak berselerak. Fikir la cari cara lain. Tengok ramai guna rak murah,yang ada ruang banyak, letak beg satu-satu, tapi ruang bilik nad tak besar. Pastu cara lain beli penyangkut beg dekat shopee. Ada nad share nad beli dekat posting dua barang tempat simpan beg

Pastu beberapa tahun tu, fikir lagi cara susun beg yang lagi terususun dan tak makan ruang. Nampak satu benda ni kat shopee. Penyangkut barang dekat dinding yang sesuai untuk sangkut beg.



Ni rupa dia. Comel sikit pilih, hehhee.. Bukan penyangkut biasa. Beli jenis yang kena drill sebab beg ni kan berat, beli jenis drill ni bolehla sangkut banyak beg tangan atau backpack ni. Takda fikir jatuh ke apa. Korang kalau nak beli boleh klik  http://bit.ly/3lvHnVh

Nad beli 5 ketul, sebab tau, beg banyak gila.. Hahah. Lepas tu drill la deka dinding. Susun elok-elok, tanda elok-elok. Baru drill. Kalau tak nanti senget benget kang.

Dah siap, boleh susun beg. Macam nad, tempat ni nad letak backpack. Sebab backpack ni besar, berat, memang kuat la pakai jenis ni. Nampak tersusun kan.


Pastu, beg tangan pulak nad tak gantung, sebab nad takut tali dia cepat rosak. Jadi nad cari tempat beg. Jumpa la jenis macam ni. Tingkat dua, tapi dia punya tu jenis lekat. Jangan risau, lekat dia kuat gila. Nad dah guna lama benda ni, memang kuat.



Beg tangan nad kecik-kecik je, sebab nad suka yang jenis kecik. Jadi memang muat letak beberapa beg. Korang nak beli ni boleh klik http://bit.ly/3IfzdKi

Bila dah siap, mr mafia tengok, dia boleh cakap, dah macam jual beg.. Hahahaa. Sabar jela. 


Nad letak dekat dinding, sebab dinding ni kosong, jadi fikir baik letak beg kan. Jadi banyak ruang lain ada boleh guna lain. 

Ni la cara nad susun beg. Korang boleh tengok idea lain cara tempat simpan beg tangan, backpack ni. Banyak orang kongsi. Moga dapat manfaat dan idea untuk korang. 
SHARE 5 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS