hai assalammualaikum

Rawatan Batuk Dan Selsema Menggunakan Essential Oil Young Living - Paling risau bila anak-anak batuk dan selsema. Lagi-lagi kalau baby, semestinya rasa tak selesa dan susah nak tidur. Macam nad, kalau anak-anak start batuk je, terus sapu essential oil R.C dan Lemon ni, kalau boleh taknak bagi diaorang demam. Lepas tu nad akan diffuse Thieves dan Frankincense. Lepas tu nad buat dilute, Thieves, lemon dan Peppermint untuk imun anak. Kalau dulu, nad selalu guna minyak balm baby, sekarang guna essential oil young living je.

Nad tau masih ada yang belum tau berkenaan Essential Oil Young Living ni. Bagi nadni adalah minyak power yang boleh digunakan seisi keluarga. Banyak kegunaannya. Pernah guna Frankincense untuk luka anak. Ada nad share dekat entry ( Guna Frankincense YL Untuk Pulihkan Luka ).Korang boleh baca.


Baca juga:



Rawatan Batuk Dan Selsema Menggunakan Essential Oil Young Living


Sejak ada Young Living ni, bila jadi apa-apa, semua nad dahulukan Essential Oil Young Living ni. Setiap Eo ada kegunaan masing-masing. Bila lenguh ada eo dia, bila stress ada eo dia, bila selsema dan batu pun ada eo dia.

Untuk selsema dan batuk, kalau dulu nad guna cari tradisional, bakar bawang putih dan letak minyak zaitun. Lepas tu guna minyak balm baby, letak vicks la. Tapi bila ada EO YL ni, bila anak-anak atau mak pak selsema,nad akan guna tiga essential oil iaitu RC, Lemon dan Peppermint.


Untuk orang dewasa, boleh sapu terus ke hidung, leher dan dada. Sapu Peppermint dahulu sehingga meresap kemudian, RC sehingga meresap akhir sekali lemon. Memang selesa je hidung lepas tu. 

Tapi untuk kanak-kanak campuran EO Peppermint, RC dan Lemon agak panas. Macam Lemon tak panas, tapi sebab ada peppermint tu ia jadi panas.


Jadi untuk anak-anak boleh dilute 3 Eo ni dengan minyak V6, atau minyak kelapa, atu oil carrier. Kalau ada anak boleh tahan panas tu, ok, macam nad selalu sapu sikit sahaja peppermint terus ke hidung, sebab panas. Jadi sapu sikit sahaja. Setakat ni diaorang ok termasuk RC dan Lemon. 

Takut ada budak tak tahan, ngadu panas, sebab tu kena dilute dengan V6 atau VCO, minyak kelapa. Kalau korang dah direct anak mengadu panas, janagn basuh dengan air, tapi sapu dengan VCO. Sebab EO ni lagi bertindak dengan air lagi panas, sebab ia semulajadi. 

Macam mana cara dilute?
Dilute ni campuran EO dengan V^ atau VCO ( minyak kelapa dara ). Guna botol kaca tau. Macam nad guna botol 10ml, lepas tu masukkan 5 titis RC, 5 titis Lemon dan 5 titis Peppermint, kemudian penuhkan dengan minyak kelapa dara. 

Pastu bolehlah sapu dekat bahagian dada, belakang, tapak kaki dan hidung anak. Bahgaian hidung tu letak sikit-sikit je.


Dilute imun badan anak.
Ok, lagi satu ni, nad buat untuk imun badan anak. Yang ni, nad guna Thieves, Lemon dan Peppermint. sama juga, masukkan setiap eo dengan 5 titis kemudian penuhkan dengan V6 young living atau minyak kelapa dara. Senang bawak ke mana-mana, pergi travel memang diperlukan sangat.

EO Thieves ni paling panas ye. Jangan sapu direct terus tau ke badan. Disarankan jangan. Kena campur dengan minyak kelapa dara atau minyak V6 young living baru boleh direct ke badan. 


Pakai bottle ni senang sikit nak sapu dekat anak. Bottle ni ada jual dekat shopee. Klik link https://shp.ee/uzasjkz


Kemudian nak bagi ketenangan dalam bilik, kita diffuse Thieves dan Lavender, atau bauan lain yang wangi. Diffuser ada banyak jenis, kalau untuk bilik anak mestil OWL diffuser ni.

Alhamdulillah, setakat ni guna Essential Young Living anak-anak takda sakit sangat. Banyak sangat kegunaan Young Living ni. Kalau korang berminat boleh je contact https://www.wasap.my/60176127097/NakYoungLiving
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2