hai assalamualaikum

Guna Frankincense YL Untuk Luka Di Bibir Cepat Sembuh - Budak bila dah membesar, ada jela dia nak buat aksi. Buat benda yang dia tak pernah buat. Nak ikut apa orang lain buat. Contohnya macam melompat. Mula-mula memang hebat, takda apa-apa. Bila dah berkali-kali, hah luka bibir dah. Tu la yang jadi dekat anak dara nad, anak nombor dua, Farhanah.

Bab-bab melompat ni tak kira la anak nombor berapa. Biasa bila tersalah landing, mesti pecah bibir atau benjol kepala. Tapi Farhanah ni, luka dekat bibir. Bila tanya,' kenapa ni dik?'.Dia jawab, 'anah atuh,anah ompat ( Farhanah jatuh, Farhanah lompat ). Haishh, macam-macam budak nak membesar ni tau.




Tengok luka dalam juga tu. Tapi spesis budak, tak nangis, masih kuat. Tak sedar bibir dah macam Angelina Jolie. Dia tak risau tapi maknya yang risau. Tegok luka pun dah ngeri. Dia relaks, boleh ketawa, bermain lagi. Maknya duk fikir nak bagi ubat apa je ni.


Guna Frankincense YL Untuk Luka Di Bibir Cepat Sembuh


Teringat dengan Essential Oil Young Living, eo Frankincense. Eo ni antara yang king dan mahal harganya. Beli set Young Living, eo Frank ni memang termasuk sekali dalam set dan jadi member terus, sangat jimat ye. 


Korang kalau cari essential oil atau diffuser atau nak beli set macam nad, boleh contact https://www.wasap.my/60176127097/NakYoungLiving



Ni kelebihan Essential Oil Frankincense
- Boleh dijadikan immunity booster
- Untk Baby letak dekat ubun-ubun dan spine seiap hari lepas mandi
- Sangat elok untuk kulit
- Boleh buat face serum
- Untuk migrain, vertigo boleh inhale/drop crown. Boleh drop dalam air, buat mandi bilasan terakhir.
- Untuk rabun, boleh tukar botol ke kepala roller dan sapu keliling mata
- Strech mrk
- Kulit melepuh
- Bengkak
- Luka

Eo ni boleh diffuse, atau sapu terus di kulit.

Tu pun nad teringat dekat member dia cakap dia buh Frank ni untuk luka dekat tangan dia, cepat kering semua. Tu yang nak try dekat luka bibir anak ni. 



Apa nad buat,nad bubuh satu titik je dekat tapak tangan, dan sapu eo Frank ni dekat bibir anak. Masa sapu biasalah rasa pedih. Letak minyak apa pun akan rasa pedih. Nad akan letak selepas mandi.



Lepas tu dalam dua hari, alhamdulilah, luka dia baik dah. Cantik sikit bibir anak, kalau tak, haishh tak tau nak kata apa.

Lepas kejadian tu, dia dah tak berani nak melompat lebih-lebih ye, ada keinsafan di situ..hahahaha.

Bagus essential oil YL ni. Memang masa nad beli was-was, mahal bebenor. Mahal tu la yang bagusnya. Eo YL ni memang asli dari pokok, memang sangat bagus dipakai. Ubat magic gitu. 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2