AYUH KEMBALI KE SEKOLAH 2022

in , , by Nadia Johari, 22:55:00
 hai assalammualaikum

Ayuh Kembali Ke Sekolah 2022 - Sekejap dah habis cuti sekolah, mulalah mak ayah sibuk siapkan kelengkapan sekolah anak untuk hari persekolahan esok. Esok bermulalah persekolahan 2022 persekolahan baru bagi Fariza. Sebelum ni Fariza sekolah Tabika, untuk tahun ni, Fariza masuk darjah 1. Cepat betul Fariza membesar, tengok-tengok dah 7 Tahun. Alhamdulillah, membaca, mengira semua dia ok. Tapi biasalah, ada juga yang tak berapa.

Macam biasa, sebagai mak tetap risau. Darjah 1 berbeza sikit dengan Tabika. Macam Tabika, satu kelas je, dekat situ la belajar, makan semua diuruskan cikgu. Masuk Darjah 1, tak semua cikgu uruskan, bagi anak-anak belajar sendiri. Kalau dulu sebelum covid, bolehla mak ayah temankan anak-anak masa darjah 1, tunjuk mana kelas, tandas, kantin, sekarang semua cikgu uruskan. Harap Fariza paham la. Nad tau Fariza mesti boleh punya..ehehe. (padahal risau ya amat ).



Ayuh Kembali Ke Sekolah 2022


Baju sekolah, semua kelengkapan sekolah dah siap minggu lepas. Semua beli dekat Pakaian Hari-Hari je. Dahla murah, berkualiti semua. Selesai beli, last minit juga siapkan semua. Mana taknya, hari Sabtu baru beli buku untuk sekolah rendah dan sekolah agama. Hari Sabtu tu la gigih buat semua. 



Memang dah fikir, hari Ahad nak relaks je, tu sebab Sabtu tu bertukus lumus buat. Tulis nama kat buku la, gosok baju, jahit lencana dengan nama. Haish, bercinta ya jahit menjahit ni, dahla tangan nad memang tangan tak berseni. Asal jahit je mesti macam senget, tak cantik. Sabar jela. Kalaula ada arwah mak mertua, mungkin dia akan tolong..hahaa. Sebab arwah pakar menjahit.


Bagus ya, kain dah siap jahit bawah, jadi nak gosok tu tak perlu gosok satu-satu. Memang mudah sekarang. Tapi tetap penat juga buat semua.

Lepas tu balut buku lagi. Adoiii..sakit pinggang kita wak. 

Hari Sabtu tu,buat dari siang sampai la ke malam. Fuh setel semua. 

Tapi tadi masih lagi tengok-tengok mana yang tak cukup, cek bagi takda apa yang tinggal. Haishh risau ye, kalau ada benda tertinggal, kesian dekat anak. Harap semuanya dah lengkap la.

Dah masuk darjah 1 ni memang kene tidur awal la, rutin bangun dah bertukar. Nad kena bangun awal siapkan sarapan semua. Nak buat bekal anak lagi. Adeh, bercinta lagi nak buat tu semua. Kalau dah 5 hari kene fikir la menu apa ya. Kan sennag hari-hari nasi goreng je..hahaa. Tu baru sekolah pagi, sekolah KAFA, hah, kena fikir juga. Ke macam mana erk? Korang ada bawak bekal dua sekolah ke?

Penat tak habis lagi. Ni mata dah nak tertutup dah. Anak teruja nak sekolah baru, dia tak paham lagi maksud darjah 1, kelas tu apa, kantin, hah!, kita tanya dia jawab ok je. Haishh risau..hahaa. Baru seorang anak ni, penat lain maciam.


Takpela, harap esok hari persekolahan 2022 ok je buat Fariza. Jom tidur.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. WOW! Fariza dah besar, dah masuk darjah 1 dah. kejap jer

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS