hai assalammualaikum

Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari-Hari - Macam tak percaya anak sulung dah nak masuk darjah 1.. Macam baru je haritu masuk sekolah tadika, dah sekarang masuk sekolah rendah. Pertama kali juga urus kelengkapan sekolah rendah ni, jadi blur dan bingung, sampai kita whatsup kak Nina, apa kelengkapan sekolah untuk masuk darjah 1 ni yang perlu dibeli. Syukur Kak Nina bantu dan senaraikan terus apa perlu dibeli dan berapa helai..hehe. Kak Nina puna ada cakap, beli je kelengkapan sekolah ni dekat Pusat Pakaian Hari-Hari, sebab dekat situ semua ada dan murah.

Ingat dulu masa nad sekolah, mak ayah cari baju sekolah, kasut sekolah, semua dekat tempat lain-lain. keluar masuk kedai banyak kali. Memang susah, dengan harga yang berbeza. Sekarang, dengan covid, baik beli one stop center je, semua ada, lengkap, tak perlu ke sana ke sini cari kelengkapan sekolah. Lagi satu jimat masa, tenaga dan jimat minyak kereta..hehee. Mujur ada Pusat Pakaian Hari-Hari. Masa raya haritu pun beli dekat Pusat Pakaian Hari-Hari, memang bagus la.



Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Beli awal kelengkapan sekolah anak, biar takda kelam kabut nanti. Bila dah sampai masuk sekolah, semua dah siap. Nad haritu pergi Pusat Pakaian Hari-Hari dekat Bandar Sri Permaisuri. Ni la yang paling dekat dengan rumah. Masa nad sampai, ada juga ibu bapa yang tengah belikan anak-anak kelengkapan sekolah. Tapi keadaan takda la sesak sangat, masih boleh terkawal. Pekerja dekat situ pun banyak tolong.



Baju, kain tudung sekolah pun dah ada siap digantung ikut saiz, untuk anak-anak cuba. Kira macam sample la, hah, kita ambik saiz mana sesuai, bila dah ok dengan anak kita, baru bagitau staff dekat situ untuk ambik saiz apa. Hah, memang mudah ya. 



Masa ni pakaikan baju sekolah dekat Fariza. Halah, besar dah dia, dah nak naik darjah 1 dah..hehehe. Comelnya anak mommy. Fariza sekolah kebangsaan dengan sekolah agama. Jadi bila dah dapat saiz yang betul dengan anak, just cakap je saiz tu nanti staff dekat situ tolong ambik yang baru. Saiz untuk baju sekolah kebangsaan dengan agama mestila sama.

Masa nad tanya pasal baju, nad tanya harga sekali. Harga dekat situ untuk size paling kecik RM33.40. Mungkin ada size lagi kecik, harga pun lagi murah. Nad ingat untuk baju sahaja tau, rupanya set dengan kain. Serius nad terkejut. Ingat baju dan kain lain-lain harga, rupanya satu set. Pergh memang murah!!. 

Tapi harga ikut size tau, kalau lagi besar harga mungkin lebih sikit, tapi ni sekali dengan kain, bukan asing-asing. Untuk sekolah menengah, nad rasa satu set juga tu. Cuma tudung, stokin jual asing. Tapi masih murah.

Bukan baju sekolah rendah, sekolah agama je ada, tapi sekolah menengah, sekolah tabika pun ada. Baru nad tau tau dekat sini ada baju sekolah tabika..hehee.. Tapi selalunya sekolah tabika cikgu yang uruskan.














Dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ada pelbagai kelengkapan sekolah. Selain pakaian sekolah, dekat sini ada beg sekolah, tudung, anak tudung, stokin, tracksuit, alat tulis sekolah, kasut sekolah dan macam-macam lagi.

Memang senang nak cari. Barang semua tersusun elok dan kemas je. Mana kita tak tau tempat, bagitau staff, nanti staff tolong tunjukkan.


Dekat sini pun ada benda wajib yang memang anak-anak kena pakai, apa lagi face mask la. 

Memang one stop center, semua ada. Fariza beli apa yang belum ada, yang dah ada tak perlu beli..hehe. Penuh satu bakul untuk kelengkapan sekolah Fariza. Ni baru anak satu, belum campur adik lagi, huhuhu. Ambik masa sejam lebih juga nak beli kelengkapan dia ni..hehee. Ok la puas hati beli dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Barang pun murah semua.

Oh ya, kalau ada masalah size, boleh je buat pertukaran jika size terlalu besar/kecil dalam masa 7 hari. Tapi pastikan barang yang dibeli, tidak dicabut harga dan resit masih simpan. Jadi, masa buat pembayaran tu, simpan la elok-elok.




Korang yang belum beli kelengkapan sekolah anak-anak bolehla beli dekat Pusat Pakaian Hari-Hari berdekatan. Pasaraya Hari-Hari ni ada 90 cawangan di seluruh Malaysia tau. Kalau nak tau senarai cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari boleh pergi ke www.hari.com.my/locator.


Promosi Hebat Back To School Hari-Hari

Kalau tak dapat pergi ke lokasi Pusat Pakaian Hari-Hari boleh juga beli Online Store (www.ehari.com). Untuk Bact To School ( BTS ) ada diskaun 10% untuk semua barangan sekolah yang berharga RM10 & ke atas. Korang kalau nak beli online, boleh beli sekarang sehingga 31 March 2022. Diskaun 10% ni hanya dekat ONLINE je tau.

Mana yang suka beli dekat Shopee, boleh beli dekat page harihari_ . Kalau korang follow Shopee harihari_ akan dapat 5% diskaun untuk pembelian RM50. Diskaun ni untuk NEW FOLLOWER sahaja. Ada juga diskaun 10 % untuk semua barangan sekolah yang berharga RM10 dan ke atas. Selain itu, beli dekat Shopee boleh dapat penghantaran percuma dengan pembelian RM15 ke atas. Tapi korang kena claim dekat shopee Hari-Hari_. Ala biasa claim kan free delivery kat shopee, tak cliam tak dapatla. Ada juga jualan yang mengejutkan di mana sesetengah item akan mendapat diskaun tambahan untuk masa terhad. Jadi sila alert dan sentiasa ikut halaman harihari_ di Shopee. Kempen Tempoh BTS bermula dari sekarang hingga 31 Mac 2022.


Lega bila kelengkapan sekolah Fariza semua dah ada. Takda yang tertinggal rasanya ni..hehee. Kalau ada pun boleh datang semula ke Pusat Pakaian Hari-Hari. Alhamdulillah semua nad beli takda mahal, kira murah dan berbaloi untuk dua sekolah, sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Jadilah pengguna yang bijak, pilih barang dengan harga berpatutan..hehee.

Cepat siapkan kelengkapan sekolah anak. "Marilah pergi Hari-Hari!" atau boleh beli secara online di www.ehari.com dan Shopee hari-hari_ 
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Yes. It is going to be back to school real soon. :D

    ReplyDelete
  2. Menarik. Boleh cari kelengkapan sekolah di bawah 1 tempat je

    ReplyDelete
  3. Everything under 1 roof. Convenient and affordable. :D

    ReplyDelete
  4. Memang senang pergi sini.. saiz baju pun banyak nk pilih..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS