hai assalammualaikum

Louisa Scarf, Tudung Mudah Dibentuk, Cantik Dan Selesa - Kalau tengok laci, dah banyak tudung yang ada, tapi tetap juga nak membeli kalau nampak yang berkenan..hehehe. Macam nad banyak dah tudung plain, yang bercorak ni memang tak banyak. Bukan senang nak cari tudung bercorak yang senang dibentuk. Corak lawa tapi kain licin, sangat tak suka. Banyak kali tersalah pilih. Nad kalau boleh tudung ni, paling penting la senang dibentuk, awning on point, barula bila keluar tu takda stress.

Macam biasa aktiviti harian scroll instagram, like kawan punya posting. Lepas tu ternampak kawan nad gayakan satu tudung ni, cantik sangat corak dia. Kawan pakai pun cantik je, apa lagi terus nad ke instagram tudung tu, Louisa Scarf. Masa nad usha tu dia baru buat launching 5 March haritu. 


Tak dinafikan, corak Louisa Scarf semua lawa, tapi lihat dari gambar, video dekat instagram tu, nampak macam kain licin, takut susah dibentuk. Tapi tengok kawan pakai tu, elok je dia pakai, senang bentuk. Disebabkan corak dia lawa terus nad buka website Louisa Scarf , nak tengok design apa yang ada. Lagipun nad tak banyak tudung bercorak ni. Tak salah kalau nak beli, hahahhaa.


Cantiknyaa Tudung Louisa Scarf, Selesa, Corak Menarik Dan Mudah Dibentuk


Louisa Scarf bukan ada satu design je tau, tapi ada 4 design, Sarah, Ziyan, Laura dan Aayra. Mula la klik satu-satu nak tengok setiap design. Rambang mata wei!!, semua design lawa-lawa belaka. Meroyan mommy oi!!..hahahaa. Suka dengan warna tudung Louisa Scarf ni, warna pastel, lembut-lembut macam tu.


Mula tengok Sarah, semua lawa sangat. Lepas tu Ziyan, menggoda weii corak dia. Laura pun cantik menarik dabom tau. Aayra corak petak-petak macam tu. Siapa suka simple, hah Aayra la pilihannya. 


Puas belek Sarah dengan Ziyan, sebab dua-dua ni memang menarik hati nad. Dah la setiap design ada beberapa warna, terus pening nak pilih..hahaa. Paham-paham jela perempuan, kalau boleh nak beli semua. Tapi, kena pilih satu, nak tau best ke tidak. 

Tengok punya tengok akhirnya nad pilih Sarah Square Milkey Grey. Terus check out, isi alamat semua dan bayar. Hah, setel, tunggu la kita punya Louisa Scarf sampai depan pintu. Tak sabar.

Nad pilih Sarah Square Milky Grey ni sebab warna grey ni boleh matching dengan mana-mana baju. Okla kan, boleh pakai banyak kali..hehehe. 


Teruja ok bila Louisa Scarf dah sampai. Dibalut dengan cantik, siap dapat kotak gift eksklusif lagi, suka sangat. Dia letak tudung kita tu elok je. Hah, macam ni la puas hati kan, dapat ikut apa yang dibayar..hehee.



Masa nad buka, nad rasa tudung Sarah Square Milkey Grey Louisa Scarf ni, memang best kain dia. Betul-betul berkualiti tau, bukan kain biasa-biasa. Jahitan sangatla kemas dengan ada logo Louisa. Material kain yang digunakan Matte Satin Silk. Nampak macam licin tapi bukan jenis kain licin yang betul-betul licin tu. 


Selalunya kalau nak pilih tudung ni, nad suka yang senang dibentuk, terutama sekali part awning tu, pakai je terus on point. Paham jela perempuan, kalau tudung serba tak kena, bila keluar tu jadi tak best. Jadi, bila tudung cantik, on point semua, baru la seronok..hahaha. Louisa Scarf ni memang mudah dibentuk ok. Letak je kat kepala, terus awning on point. Tak perlu adjust-adjust macam tu. Suka gila, rasa tak menyesal beli.

Coraknya pun lawa gila, memang matching dengan semua baju. Tak kisahla baju pink ka, biru ka, baju putih ka, semua masuk. Nad post kat instagram, semua cakap lawa. Memang lawa pun you alls. Boleh pakai pergi kerja, pergi event, pergi santai-santai, dan lain-lain lagi.


Tudung pun selesa je pakai. Bila keluar, takda buat hal la tudung ni. cantik je even kau berlari-lari..haha. Tudung Louisa Scarf ni memang tak berkedut, ironless ok. Mudah digosok, takde struggle sangat nak gosok banyak kali. Kalau keluar bercuti, tudung ironless macam ni la yang dicari, memudahkan wanita yang bertudung. Tak perlu risau tudung berkedut. 

Nama je Sarah Square, bentuk segi empat, tapi boleh je buat apa-apa gaya. Nak buat bentuk shawl pun boleh. Ikut mana korang selesa. Nad memang selesa dengan bentuk bawal macam ni. Louisa Scarf bidang 45, memang besar tau. Tengok nad pakai, elok je kan.

Sebab nad dah puas hati dengan Louisa Scarf, nad nak beli lagi satu design Ziyan..hehee. Ziyan tu ada dua nad suka, Ziyan Square Red Velvet dan Ziyan Square Sugar Pink. Teringa-ingat tau, tak boleh la, nanti serba tak kena. Ibarat tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang..hahhaa.

Korang kalau nak Louisa Scarf, boleh dapatkan di
Facebook : Louisa Scarf
SHARE 21 comments

Add your comment

  1. nampak macam best je kain dia...matte satin senang nak bentuk... kemas je bila pakai.

    ReplyDelete
  2. Cantik tudung dia, mula-ula tengok ingatkan tudung ariani

    ReplyDelete
  3. Cantiknya corak dia dan lembutnya warna dia. Packaging memang nampak very have-have ye.

    ReplyDelete
  4. Yeah! the print on the fabric looks beautiful. All designs are elegant, feminine, and modest. I like. Boley bergaya dgn macam2 style.

    ReplyDelete
  5. Cantik2 ye corak tudung square nih. Baru tahu ada brand Louisa Scarft. Boleh la terjah nanti beli untuk raya nanti, inshaAllah.

    ReplyDelete
  6. Cantiklah corak tudung Louisa ni. Tu la nampak macam licin. Kalau tak, murung seharoan kalau tudung tak menjadi

    ReplyDelete
  7. Wahh menarikkkk satin dia pon meterial yang best, design pon cantik . Sukanya bole la nak beli nanti

    ReplyDelete
  8. Nampak style Louis scarf ni, Bolehlah bergaya untuk hari raya nanti.

    ReplyDelete
  9. Uiii cantik sangat ni kainnya satin, tengok awning mudah bentuk tu.. suka warna dia sweet aja, nak try laa skodeng selali dua hehehe

    ReplyDelete
  10. berkenanla akk dengan design tudung nad pilih. cantik sangat corak dia.. senang nak bentukkan pulak tu

    ReplyDelete
  11. lawa-lawa desingnya, kain pun nampak lembut je... boeh beli untuk mak dan adik untuk raya nanti

    ReplyDelete
  12. Nampak cantik dan sangat selesa kan tudung ni..since Raya is around the corner, boleh get this as present to my friends kan...

    ReplyDelete
  13. loving the beautiful, soft and feminine designs from this brand. gonna get some as raya gifts!

    ReplyDelete
  14. So so beautiful all the scarfs on you sharing here, all suits you lovely nice . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  15. Suka tgk design tudung Louisa ni, cantik, npk lembut dan bergaya.

    ReplyDelete
  16. Cantik yer design yg nad beli. Nampak eksklusif sangat tau. Kenan plak nak beli juga rasa...hehe

    ReplyDelete
  17. yang tudung masa pakai bakju biru tu k.azni suka tgk.. sweet sgt

    ReplyDelete
  18. Kena beli jugak la nanti untuk pakai raya. Corak dia cantik sangat .. Sesuai sangat gaya Nad ..

    ReplyDelete
  19. Lawa2 la tudung dia. Eh...satu tudung hampir2 macam nama Iq la..hahaha...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS