hai assalammalaikum

Kembali Ke sekolah 2022, Fariza Dah Masuk Darjah Satu - Dah dua minggu baru nak cerita persekolahan anak, hehee, biasalah mommy sibuk sangat dengan kerja. Cepatnya masa berlalu, besar dah anak mommy, macam baru je haritu masuk tadika, sekarang dah darjah satu. Mula sekolah 21 March 2022, tahun ni la berbeza sikit disebabkan pandemik, persekolahan pun jadi lambat. Selalu bulan Januari dah masuk sekolah baru. Takpa lambat asalkan tetap masuk sekolah. 

Malam tu dah siapkan semua barang keperluan, beg , baju semua dah gosok. Tinggal tunggu esok pagi nak pergi sekolah je. Memang suruh tidur awal, sebab darjah satu ni masuk kelas pukul 7.30 pagi, takda dah tidur lambat. Tidur awal, bangun pun senang , ceria je muka. 




Kembali Ke sekolah 2022, Fariza Dah Masuk Darjah Satu


Sampai masanya, pagi Fariza bangun tak susah pun, terus mandi dan siapkan diri. Mungkin teruja nak masuk sekolah baru. Ya, bagi Fariza tu sekolah baru dia..hehee. Nad tak risau dengan Fariza ni, Nad tau, Fariza ni boleh bawa diri, dah boleh jaga diri, risau cuma bab nak ke tandas, nak pergi kantin, yela mungkin nad tak sempat buat sarapan, tapi setakat ni alhamdulillah nad sempat lagi bawakkan dia bekalan.




Sedihnya untuk hari persekolahan, ibu bapa dah tak dibenarkan masuk dan tengok anak bersekolah apda hari pertama. Hanya boleh hantar di luar pagar, dah lain cikgu yang uruskan. Mak ayah boleh terus balik dan percayakan cikgu untuk urus semua anak-anak murid. 

Pagi tu, lepas siapkan Fariza, nad pun tak hantar ke sekolah, bapaknya yang hantar naik motor. Takpela, mommy tak dapat tengok, penting Fariza dapat ke sekolah. Mommy pun pesan apa yang patut, dia pun dengar arahan..hehee.

 Pagi tu pun dah buat swab semua, alhamdulillah, Fariza negatif dan sihat. Harap anak-anak sentiasa dilindungi daripada bahaya dan perkara tidak diingini.


Untuk permulaan sekolah ni, Sekolah Kebangsaan, minggu transisi. Minggu untu biasakan anak murid dengan kawan-kawan dan kenal mana kantin, tandas dan lain-lain. Cikgu pun ada hantar gambar masa waktu rehat. Minggu pertama kelas belum ditetapkan lagi untuk sekolah kebangsaan. 



Balik jam 12.30 tengahari, tak sabar mommy nak tau apa cerita dekat sekolah..ehhee. Waktu balik, budak-budak ni akan berkumpul tunggu mak ayah panggil. Mr mafia siap video call nad kata tak nampak fariza.. Hahaha. Yela, ramai, daddy kata semua sama je.. Hehehe. Fariza pun masa tu mungkin tak tau macam mana. Last-last jumpa juga. Lepas tu Fariza faham, nampak daddy dia terus bangun dan pergi dekat daddy. 

Balik je mommy terus cakap " Macam mana sekolah? " " Ramai kawan tak?", haish mommy pun tanya macam-macam..ehhee. Fariza ada jawab ada tak tau nak jawab, hahaha. Baru pertama kali kan. 

Lepastu dia cakap " Mommy boleh pergi kantin, tapi Fariza tak pergi sebab takda duit"..hehee. Dah bawak bekal ye tak bagi duit, tapi lepas tu bagi juga duit mana tau dia nak pergi kantin kan. Bekal tetap bawak.


Lepas tu, masuk minggu kedua sekolah, alhamdulillah, semua baik-baik sahaja. Kelas pun dah ditetapkan, Fariza dapat kelas 1 Berlian dan ada kawan sekolah tabika dia kelas sama. Seronok dia dapat jumpa kawan dia, Athirah. Fariza pun dah mula biasa dengan sekolah tu.


Fariza bukan Sekolah Kebangsaan sahaja, tapi Sekolah Agama ( KAFA ). Sekolah KAFA masuk 2.30 petang, jadi memang ada masa untuk rehat sekejap, kemudian pergi sekolah. Alhamdulillah, untuk 2 minggu ni takda dia merungut, penat ke apa. Yang penting, balik sekolah kebangsaan, jangan bagi dia tidur. Sebab kalau dah tidur, kita kejutkan pergi sekolah, mestila dia akan ngamuk, yela dah sedap tidur..huhu. Sebab tu memang tak bagi dia tidur.

Untuk Sekolah Agama ( KAFA), ustazah memang dah bagi jadual kelas. Kelas pun memang dah ditetapkan. Fariza dapat kelas 1 Abu Bakar. Petang pun nad bawakkan bekal. 




Sekolah Agama, mak ayah boleh bawak anak-anak masuk sampai kelas. Nad tak tau, ingat depan pagar juga, rupanya boleh bawak masuk sampai dalam. Petang tu pun nad tak ikut sekali, ingat SOP sama, rupanya tak. Jadi, daddy dia la yang temankan dia. 

Tengokla tu, comel je dia..hehee. Kata ada kawan dia satu kelas juga. Alhamdulillah, okla ada kawan juga.

Dua minggu sekolah ni, dia baik-baik je. Dia gembira, takda masalah setakat ni. Setakat ni sekolah KAFA takda masalah beg berat ke apa sebab sikit je buku, risau sekolah kebangsaan, minggu keempat dh habis transisi dah akan diedarkan buku teks semua. Takut nanti beg berat pulak. Alahai, anak kita dahla comel..huhu. Harap baik-baik sahaja la. Dahla dengan buku dalam beg, bekal lagi..huhu. Memang anak-anak sekarang kena kuat.

Semoga anak-anak belajar dengan baik, tenang dan takda masalah.
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS