hai assalammualaikum

Cara Hantar Barang Ke Luar Negara Dengan Menggunakan Servis Delyva, Mudah Dan Jimat - Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam  mana nak buat penghantaran barang ke luar negara yang lebih mudah dan murah. Yela, selalunya kita nampak harga penghantaran jauh lebih mahal dan ada cas tersembunyi yang dilakukan oleh sebuah company penghantaran. Sampai takda pilihan, kadang terpaksa juga membayar kos yang tinggi untuk harga pos ke luar negara. Ada juga yang tak tahu bagaimana nak hantar barang ke luar negara. 

Kalau korang seorang peniaga online, mesti banyak buat penghantaran kan? Lagi best bila dapat order dari luar Malaysia, contoh Singapura, Indonesia, Taiwan, dan banyak lagi. Yela, kita tak tau, tiba hari bertuah kita, dapat pesanan dari luar Malaysia. Masa ni la peluang untuk tambah jualan atau memperkenalkan produk kita sampai ke luar negara. Rugi kalau dapat pesanan ke luar negara tapi tak tau cara nak buat penghantaran, dah terlepas peluang yang ada.



Korang jangan risau, terutama sekali peniaga online, nad dah jumpa satu servis penghantaran yang dapat bantu korang menghantar barang ke luar negara. Ni pun nad survey, sebab nad pun ada buat business partime, jadi mestilah nak tau macam mana cara hantar barang ke luar negara dengan mudah dan jimat. Servis penghantaran yang nad survey ni ialah Delyva. Korang pernah dengar?

Hantar Barang Ke Luar Negara Dengan Delyva, Mudah Dan Jimat

Delyva menawarkan servis penghantaran khusus buat SMEs di Malaysia. Kalau korang nak tau, Delyva ni buat penghantaran untuk perniagaan dari semua saiz. Tak kisahla korang seorang usahawan mikro yang menjalankan perniagaan dari rumah, Delyva akan membantu korang menghantar barang dengan selamat kepada pelbagai kurier tempatan sedia ada. Ada lebih 20 kurier tempatan Delyva bekerjasama antaranya


Barang yang boleh dihantar bukan setakat barang berbentuk benda atau barang kering tapi boleh juga barang makanan. 

Lagi menarik, pihak Delyva ni akan dapat pick up barang dari rumah. Hah, tak perlu bersusah payah pergi keluar pos barang. Yela, kadang peniaga ni tak sempat nak pergi pos barang, tapi pihak Delyva boleh bantu korang. Jangan risau, semuanya akan berada dalam keadaan yang baik.

Cara Hantar Barang Ke Luar Negara Dengan Delyva

Ok, mesti korang tak sabar nak tau, macam mana nak hantar barang ke Luar Negara menggunakan servis Delyva ni. 

Ramai peruncit eCommerce masih teragak-agak untuk menawarkan penghantaran antarabangsa kerana kos yang tinggi dan risiko pakej rosak. Kadangkala item boleh mengambil masa beberapa minggu untuk sampai ke destinasi mereka, yang boleh mengecewakan pelanggan yang mengharapkan untuk menerima pembelian mereka dengan cepat.

Tapi tidak dengan servis penghantaran Delyva. Delyva perkhidmatan kurier antarabangsa yang terbaik supaya pakej korang boleh dihantar tanpa masalah dengan mudah dan pastinya murah.



Dengan Delyva, korang boleh je menghantar kepada lebih 100 buah negara di seluruh dunia dengan kos yang berbaloi. Tak kisahlah nak hantar ke Singapura, Taiwan, Vietnam, Australia, Jepun, Korea, China dan lain-lain.


Ok ni caranya menghantar barang ke luar negara menggunakan Delyva. Cara book
- Pilih destinasi, dan courier
- Pack barang & tunggu kurier pickup
- Barang di hantar kepada pelanggan (Tracking no di hantar secara automatik kepada pembeli)

Langkah 1. Dapatkan Kadar Penghantaran / Harga
Langkah pertama dalam proses penghantaran adalah untuk mengetahui kadar penghantaran.
Kadar penghantaran / harga boleh dikira dengan menggunakan alat seperti DelyvaNow Shipping Rates Calculator.

Alat ini akan memberikan anda semua pilihan untuk penghantaran dan harga, jadi anda boleh memilih perkhidmatan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Anda juga boleh menggunakan alat ini untuk mendapatkan sebut harga daripada berbilang kurier sekaligus, menjimatkan masa dan usaha dengan tidak perlu melalui setiap kurier secara individu.

Untuk mengira kos penghantaran antarabangsa dari Malaysia ke tempat dituju, anda perlu mengetahui berat dan dimensi pakej anda, serta poskod negara destinasinya.


Pastikan anda menimbang dan mengukur bungkusan anda dengan betul, supaya anda dapat mengelak daripada menanggung sebarang bayaran tambahan.
- Menggunakan satu set penimbang, timbang bungkusan anda dalam kilogram.
- Ukur panjang bungkusan anda.
- Ukur lebar pakej anda.

Langkah 2. Pilih Kurier
Dengan menggunakan Delyva, terdapat banyak kurier yang berbeza untuk dipilih. Anda perlu memutuskan jenis kurier yang anda mahukan. 


Delyva menghantar pesanan dengan menggunakan kurier seperti Janio international, Aramex International, SF Express, AsiaXpress, Qxpress dan Teleport

Langkah 3. Cetak Label Penghantaran
Sebaik sahaja anda telah memilih kurier pilihan anda untuk menghantar pakej dari Malaysia ke Luar negara pilihan anda, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah membungkus bungkusan anda dengan betul.

Anda harus menggunakan banyak pita dan pastikan bungkusan itu sebaik mungkin.

Kemudian, anda perlu mencetak label penghantaran dan melekatkannya pada bungkusan anda.


Perkara yang paling penting ialah memastikan alamat dan nombor telefon adalah betul supaya ia boleh dihantar kepada penerima anda tanpa sebarang masalah.

Langkah 4. Tunggu kurier mengambil
Tunggu kurier mengambil bungkusan di lokasi anda. Anda boleh menjimatkan masa dengan tidak perlu menghantar ke cawangan kurier terdekat.

Ini adalah salah satu sebab mengapa Delyva menjadi begitu popular. Perkhidmatan penghantaran dan pengambilan boleh dilakukan atas permintaan dan anda tidak perlu membuang masa anda menghantar bungkusan anda.

Ini ialah cara baharu menjalankan perniagaan kerana ia menjimatkan masa anda dan anda boleh menumpukan pada aktiviti perniagaan lain seperti pemasaran atau menghabiskan masa berkualiti dengan orang yang anda sayangi.

Langkah 5. Penghantaran & Status
Apabila bungkusan telah diambil. Dengan Delyva, pelanggan/penerima akan dapat menjejaki penghantaran mereka dalam masa nyata pada telefon mudah alih mereka semasa mereka pergi.

Nombor penjejakan akan dihantar secara automatik kepada mereka melalui SMS atau E-Mel.

Anda sebagai penghantar juga akan dapat menerima pemberitahuan secara automatik apabila pelanggan telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima pakej mereka.

Penghantaran dan penjejakan adalah salah satu aspek yang paling penting dalam proses penghantaran.

Banyak syarikat tidak mempunyai sistem yang disediakan untuk ini. Rakan kongsi kurier selalunya digunakan untuk mengambil dan menghantar pakej dengan cepat, tetapi pelanggan tidak sentiasa dapat melihat lokasi pakej mereka pada bila-bila masa.

Ini adalah sistem tracking yang memudahkan pengguna. (System tracking boleh tengok kat sini https://delyva.com/my/branded-tracking-notifications/)


Delyva dapat membantu anda menghantar barang dengan cepat kerana menggunakan penghantaran udara. Banyak feedback yang nad baca semua happy dengan servis Delyva ni. staff cepat respond, servis yang bagus dan banyak lagi.

Kenapa online seller perlu guna Delyva?
1) Jimat Masa
- Kurier datang pick-up dari lokasi
- Notifikasi status penghantaran kepada pelanggan secara automatik
- eCommerce ready. Terus boleh connect dengan platform eCommerce seperti Shopify, Magento, Woocommerce, Woocommerce Dokan, Woocommerce WCFM, Shoppegram, Ordersini, KiahStore, Orderla, Ejen2u, FastOrder, dan banyak lagi!

2) Jimat Duit
- Harga penghantaran yang murah tanpa jumlah minimum parcel
- Tak perlu ke branch courier untuk drop-off barang.
- Tak perlu spend resources untuk buat integration courier dengan Website eCommerce.

3) Online selller dapat kembangkan Bisnes
-  Ada Cash on delivery
- Penghantaran menyeluruh dalam & Luar malaysia. Intergrasi dengan pelbagai courier (Instant & Same delivery, Next-day delivery, International Delivery)
- Customer servis support 365 hari. (Live chat)

Kelebihan Delyva berbanding platform yang lain
- Ada semua jenis penghantaran dalam satu platform. Instant & Same-day delivery, Next-day delivery, & International delivery.
- Harga promosi seumur hidup, tanpa expiry
- Kredit tanpa expiry seumur hidup.
- Boleh guna akaun kurier sendiri.



Hah, nampak mudah kan guna Delyva ni. Korang boleh cuba hantar barang ke Luar Negara dengan Delyva sama ada penghantaran secara personal atau untuk perniagaan. Rupanya banya dah Brands besar yang menggunakan delyna ni, antaranya Mydin, Maybank Sama-sama Lokal, AEON, Siti Khadijah,Yezza,FynnJamal dan sebagainya

Diskaun 50% untuk Pembaca Blog

Hah,kalau korang tengah mencari servis penghantaran barang ke Luar negara, nad cadangkan kornag guna Delyva ni. Nad harap ada la peniaga seller yang baca apa nad share ni, sebab untuk pembaca blog nad, korang akan dapat OFFER 50% off untuk penghantaran pertama dengan menggunakan code NEWDELYVA.

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Wow. Memang memudahkan Delyva nie. Pasni senang la Rawlins nak hantar barang kat my cousins kat luar negara.

    ReplyDelete
  2. Thanks so much for sharing this info here. Gonna check out for my next parcels sending ya. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Kalau satu parcel pun dia datang pick up ye. Bagus betul

    ReplyDelete
  4. oh nice for all people especially online business. gonna try out Delyva service soon

    ReplyDelete
  5. Wish I knew about this earlier but its never too late thanks for sharing this information.

    ReplyDelete
  6. senangkan bila ada perkhidmatan penghantaran macam ni.. mudah dan pantas.. plg penting menyakinkan hehehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS