hai assalammualaikum

Percutian 3 Hari 2 Malam di AMES Hotel Melaka, Cuti-Cuti Santai Kami Sekeluarga - Bila anak-anak dah seru 'mommy, bila kita nak tidur hotel', terus mommy buka website cari hotel mana menarik untuk kami sekeluarga menginap. Anak-anak cakap macam tu sebab diaorang dah lama betul tak menginap di hotel. Mommy pun sama, tengok orang bercuti stay dalam hotel hati dah membuak nak juga..hahaa. Rasa tidur dekat hotel ni lain tau dengan kat rumah..hehee. Lagi satu sebab nak merehatkan diri sekejap dari segala hal. Jadi, kami cadang nak bercuti di Melaka, dan memilih AMES Hotel sebagai tempat penginapan 3 hari 2 malam kami sekeluarga.

AMES Hotel hanya ambik masa 5 minit sahaja dari tol Ayer Keroh di luar Lebuhraya Utara Selatan, dan lokasinya jauh dari kesibukan bandar dan lokasinya yang strategik berdekatan dengan pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi.


Sebelum datang sini, nad memang dah baca review dan tengok biliknya dekat website. Semua bagi review yang bagus dekat hotel ni. Jadi, bila dah sampai tu, terus rasa tak sabar nak masuk bilik dan tengok sendiri. Lagi satu kalau boleh nak cari hotel yang ada swimming pool dan bathub, baru anak-anak seronok dan AMES Hotel ada kemudahan semua tu. Taknak bagitau anak dulu, kita bagi kejutan kat diaorang..hehhee.

Percutian 3 Hari 2 Malam di AMES Hotel Melaka


Macam biasalah check in pukul 3 petang. Kami sampai pun awal, taknak kelam kabut.Tengok dari luar macam biasa je, tapi bila masuk dalam, pergh!! Exclusive betul tempat ni, cantik sangat dekorasinya. Semua interior dalamannya nampak mewah.



Tengok lobby dia pun dah nampak gah ye. Ruang yang luas, tempat menunggu yang cantik, lampu hiasan yang buat nad ternganga kejap..hehee. Teruja betul bila masuk dalam AMES Hotel ni.


Masa sampai hotel, staff terus sambut dan bantu nad angkat beg semua. Dari daftar sampaila masuk ke dalam bilik, semuanya berjalan lancar. Suka dengan layanan staff dekat sini, sangat mesra dan friendly.

Parking dekat AMES hotel ni banyak, boleh parking dekat luar sekitar hotel atau basement. Tak susah nak dapatkan parking.


Deluxe King dan Deluxe Twin Room

Ok, masing-masing dah tak sabar nak masuk ke dalam bilik. Rindu bau hotel, rindu nak baring katil dalam bilik hotel..hehee. Lagi best nak berendam dekat bathub. 


Penginapan kali ni, nad tempah bilik connecting room, dua bilik berlainan tapi masih boleh nampak anak-anak. Nad tempah Deluxe King dengan Deluxe Twin. Anak-anak dah besar kan, dah kena belajar tidur asing..eh..hahaa. Bagila peluang mommy dan daddy nak berdua, kami belum pernah honeymoon lagi, gitu.

Anak-anak masuk dalam bilik terus menjerit, hehe, suka sangat diaorang, lagi-lagi bila nampak bathub tu. Terus cakap dengan nad 'mommy, ada kolam'..haha. Bathub dipanggil kolam.



Bagi bilik Deluxe King, satu katil dengan ruang bilik besar dan sangat selesa. Dekat tengah ada pintu connecting room denagn bilik Deluxe Twin anak-anak.




Bilik deluxe Twin, ada dua katil, hah, bolehla anak-anak tidur sorang satu katil. Belajar tidur sendiri-sendiri.






Kedua-dua bilik  menyerlahkan  suasana  mewah dan lengkap dengan Flat-screen TV dengan pelbagai channels, aircond, meja kerja, coffee/tea maker, almari, bathrob, selipar, peti besi, seterika, iron board mini bar, IDD telefon, penimbang berat dan lampu suluh, sekiranya berlaku kecemasan. rasanya semua ada, datang sini bawak pakaian dan bawa diri sahaja..hehee.



Dalam bilik ada disediakan sejadah untuk sembahyang dan mempunyai arah kiblat dalam setiap bilik. Jadi tak risau bila nak sembahyang fikir arah kiblat.

Paling penting mestilah ada WIFI..hehee. Nad punya line memang langsung tak dapat, connection low, nasib baik ada WIFI dekat sini, laju takda tersangkut-sangkut. Biasalah kita suka kongsi apa kita buat kan, jadi internet tu sangat membantu.





Suka nginap dekat hotel bukan sahaja suka suasana bilik, tapi suka dengan bilik mandi yang mewah macam ni..hehe. Lagi suka bila ada bathub, boleh berehat dalam bathub dan berendam lama. cermin pun berlampu, memang kalau boleh nak duduk je dalam bilik mandi ni..haha. 

Bathub tu kalau korang nampak ada cermin, jadi orang luar boleh nampak bila korang berendam. Nak tutup pun boleh, ada je tirai dekat cermin tu..hehe. 

Bilik mandi dengan  bahagian  atas  meja  solek  marmar  Carrera lengkap dengan AMES Toiletries, hairdryer, shower, shower ada panas dan sejuk dan tuala.

Boleh dikatakan, dalam bilik ni penuh dengan cermin. Memang asal ada cermin mesti nak tengok, hahaha.


Dekat meja kerja ni ada diletakkan channel TV dan menu makanan. Kalau korang nak makan dalam bilik, bolehla order makanan yang disenaraikan ni.



Puas hati dengan kemudahan dan bilik ni semua. 


Jenis-Jenis Bilik Di AMES Hotel

AMES Hotel mempunyai 298 bilik tamu dan suite dengan Merchant Lounge yang memberi keselesaan kepada tetamu. Setiap bilik berlainan bagi memberi keselesaan dan keinginan tetamu. Yela kalau bilik sama je mana best kan.

Jenis-jenis Bilik di AMES hotel
- Deluxe King
- Deluxe Twin
- Deluxe Garden King
- Deluxe Garden Twin
- Presidential Suite
- Merchant Lounge

1) Deluxe King dan Deluxe Twin

Untuk Deluxe King dan Deluxe Twin tu bilik nad dengan anak-anak. Macam tu la rupa dia. Jom nad tunjuk bilik lain.

2) Deluxe Garden King Dan Deluxe Garden Twin

Bilik Deluxe Garden Kind dan Deluxe Garden Twin ni berlainan bilik. Samalah macam bilik nad dengan anak-anak.




 Bilik ni istimewanya dekat luar ada ada kerusi meja untuk kita duduk santai-santai. Sebab tu namanya Garden.



Bilik dilengkapi Katil, Private Garden, WIFI, TV, AMES Toiletries, Aircond, IDD Telephone, Shower, Hairdryer, In-Room Safe, Tea/Coffee makin facilities, Percuma 2 botol air minuman mineral, Minibar, In-room Bathrobes dan Selipar, meja kerja, almari, seterika dan iron board, dan penimbang berat.

3) Merchant Lounge Suite

Bilik ni dah macam rumah pun ada ye..hehe. Cantik gila ok. Bilik ni siap ada ruang makan, ruang untuk meeting dan senangkatannya.





Bilik ni saiz 62 sqm, mempunyai 
- 1 Katil King
- Akses ke Merchant Lounge
- WIFI




- Separate Living Hall Area
- TV 
- AMES Toiletries
- Aircond
- IDD Telefon
- Bathtub
- Hairdryer
- In-Room Safe
- Tea/Coffee making facilities
- Percuma 2 Botol Air minuman
- Minibar
- Bathrobe dan selipar
- Meja kerja
- Almari
- Seterika dan iron board
- Penimbang berat

4) Presidential Suite

Tersepona bila masuk bilik Presidential Suite AMES Hotel Melaka ni. Anggun, luas, bergaya, Presidential Suite menjanjikan pengalaman yang benar-benar luar biasa. Hidup seperti bangsawan di dalam bilik tidur dengan ruang makan dan ruang tamu yang megah.






Bilik ni kalau nad duduk, nad tak jalan guna kaki, tapi mengesot ye..hahaa. Kalau boleh tidur dekat semua tempat. Bilik paling mewah ni, harga pun boleh tahan. Tapi kalau korang mampu, tempah je bilik ni, mesti jadi staycation yang tak dapat dilupakan.


Bukan biasa-biasa bilik ni, bilik mandi dilengkapi dengan jakuzi dan bilik sauna, serta bilik personal spa massage untuk memanjakan diri dan berehat.


Ada bilik office juga ye. 





Lengkap dengan bilik gym, permainan snuker dan bilik karaoke.


Untuk bilik karaoke, dibuka kepada public juga yang nak sewa bilik karaoke ni.

Kalau duduk bilik Presidential Suite ni jawabnya memang tak keluar bilik la..haha.

Menarik kan semua bilik yang ada di AMES Hotel ni. 


The Laze Lounge



Laze Lounge ni di Lobby area.  Nampak elegan kan. 


The Munch All Day Dining


The Munch, restoran terletak di tingkat bawah hotel merupakan restoran halal santapan sepanjang hari yang menyajikan pilihan hidangan tempatan dan hidangan dan minuman antarabangsa. Dekat sini la sarapan, makan petang dan makan malam.




Restoran yang sangat elegan, kalau tengok interior di tengah-tengah tu la simboliknya. Cantik kan.

Nikmati hidangan minum petang hujung minggu sambil menghabiskan waktu petang santai dengan pelbagai  hidangan  lazat  yang  disajikan, atau makan tengah hari bersama rakan sekerja.

Masa nad makan dekat sini, banyak kali juga orang sambut harijadi dekat sini, Menarik ya, boleh sambut majlis untuk yang tersayang.

Sarapan di The Munch






Ni nad sekeluarga sarapan dekat The Munch. Menu pun ada macam-macam. 

Untuk bulan Oktober ni, AMES Hotel ada menyediakan masakan Peranakan & BBQ Buffet Dinner, dan sehingga November ada Sembang-sembang Petang Tunch Buffet ( Lunch + Hi Tea). Sempatla nad merasai semua makanan tu. Korang boleh tengok menu tu di entry seterusnya. Bolehla bawak keluarga dan kawan-kawan datang ke sini.



The Moonbar 

Best dekat AMES Hotel, di bahagian Rooftop ada Moonbar.


Moonbar ialah persekitaran yang sempurna untuk korang buat apa-apa majlis dan perayaan pra & selepas acara. Waktu petang atau malam boleh pergi ke Moonbar. 

Ada bar untuk non muslim menikmati minuman dan makanan yang disediakan. Berhibur dengan muzik yang memukau dan nikmati tawaran  Happy Hour. Dekat sini ada Private Room untuk majlis tertutup.


Moonbar ni ada ruang open space, boleh la duduk relaks, tenang melihat bulan dan bintang..hehe. 



Ni suasana waktu siang. Nad hanya lepak dekat luar je. 

Nad tak tengok bahagian dalam, kalau korang nak tengok bahagian dalam bagaiman rupanya bolehla ke website AMES Melaka.


Swimming Pool (Scenic Pool)

Salah satu yang nad selalu pilih untuk menginap di hotel ialah swimming pool. Tarikan untuk anak-anak, yela, takdala bosan duduk dalam bilik je, sekurangnya diaorang dapat buat aktiviti lain dekat luar hotel. Swimming pool ni berada di tingkat satu. 






Swimming pool ni ada area untuk kanak-kanak dan dewasa. Boleh je bawa pelampung ke sini. Vie pulak lawa, ada pokok-pokok macam tu. 



Nad suka swimming pool dekat sini, ada tempat rehat, tempat basuhan, tandas. Lagi satu bagusnya, selesai mandi, sebelum masuk bilik disediakan tuala untuk keringkan badan. Kemudian tuala tu dimasukkan dalam bakul khas. Jadi datang sini memang takyah risau la bawak tuala ke tak, pastikan kering masa nak masuk bilik. Kadang sesetangah hotel takda sediakan tuala.


Gym


Dekat sini pun ada Gym. Nak bersenam, buang lemak segala, bolehla datang sini.

AMES Hotel akan ada spa santai yang akan dibuka tidak lama lagi. Sekarang tenagh renovation..hehe. Best kan semua ada.

Grand Ballroom

AMES Hotel mempunyai Grand Ballroom tanpa tiang dengan kapasiti 600 orang, mengandungi skrin LED bersaiz besar, merupakan salah satu yang terbesar di Melaka, dan empat (4) bilik mesyuarat menjadikannya tempat yang sesuai untuk acara, mesyuarat seminar, persidangan dan perkahwinan.








Memang luas ballroomnya. Setiap ballroom mengikut saiz sesuai dengan acara apa. Kalau macam perkahwinan, ruang lagi besar. Semua perkahwinan boleh buat dekat sini, perkahwinan Chinese, Indian, Melayu, perkahwinan berkonsepkan Moonbar pun boleh.


Nad pasti semua acara atau majlis yang korang buat dekat Grand ballroom AMES Hotel berjalan dengan lancar. Staff bekerjasama antara satu sama lain untuk membantu korang dalam memudahkan dan menjayakan majlis. 

Bagus kan, semua ada dekat AMES Hotel ni. Dahla cantik. 




Apa nad perhatikan, AMES hotel semua lampu-lampunya cantik dan mewah.


Berdekatan Dengan Tarikan Pelancong

Kalau korang nak tau, AMES Hotel ni dikelilingi oleh pelbagai tarikan pelancong seperti Melaka Zoo dan Night Safari , Taman Burung Melaka, Ladang Buaya dan Reptilia, Muzium Lebah, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka dan 20 minit pemanduan dari tapak warisan UNESCO E. Memang tersangat strategik lokasi AMES hotel ni. Hotel ini merupakan lokasi yang ideal untuk lihat pemandangan bandar bersejarah Melaka yang indah.

Masa ni nad tak dapat pergi sebab leka dengan suasana hotel..hehe. Takpa, lain kali boleh check in lagi sebab hotel ni best gila. Lepas tu bolehla pergi tempat kawasan menarik yang nad bagitau tu. Bawa anak-anak tengok binatang..hehee.

Hah apa lagi yang takda, semuanya cukup lengkap tau. Hotel eksklusif, bilik selesa, lawa, staff friendly dan professional. 


Percutian nad 3 hari 2 malam dekat AMES Hotel memang puas hati dengan bilik, kebersihan dan service dekat sini. Makanan dekat sini pun semua sedap, memang tak mengecewakan.

Hotel ini merupakan ahli LSL Hotel Group, yang merupakan cabang hospitaliti Sheng Tai International Sdn Bhd, sebuah syarikat pembangunan hartanah terpelbagai, hartanah, pengurusan pelaburan dan hospitaliti dengan kepakaran khusus dalam bidang pelancongan hartanah. 

Sheng Tai International ialah pembangun yang memenangi anugerah yang telah bercabang merentasi pelbagai bahagian Asia, menawarkan rangkaian luas produk hartanah, perkhidmatan dan jenama yang memenuhi pasaran mewah, kelas atas dan ekonomi. AMES Hotel diuruskan oleh Alorie Hospitality, pakar pengurusan hotel yang mapan dan berpengalaman dengan portfolio hartanah bertaraf dunia di seluruh dunia

Masukkan AMES hotel Melaka dalam list korang staycation. Pilih jenis bilik yang sesuai dengan gaya dan mood semasa. Luas, peribadi dan mesra, menginap di AMES dan perbaharui piawaian anda dengan pengalaman hotel yang ideal.


AMES Hotel
Jalan Pkak 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, 75450 Malacca
Phone: +606 318 3999
sales@ames-hotel.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Ames dan tempahan, sila hubungi 06-318 3999, atau layari  Website : https://www.ames-hotel.com
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Cantik2 lampu kat sini. Anak huda dari mula masuk lobby sampai ke bilik,kagum dgn hotel ni mmg nampak mewah dan elegant

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2