hai assalammualaikum

Peranakan & BBQ Buffet Dinner Di The Munch Restoran AMES Hotel Melaka - Hah, puas bergolek dalam bilik hotel, berendam dalam bathub, segarkan badan, perut pun terus rasa lapar. Mana taknya, makan waktu pagi je, sampai hotel berehat sekejap. Perut pun mula berkeroncong, sudah tiba masanya dinner. Sekarang AMES Hotel menyediakan makanan Peranakan & BBQ Buffet Dinner di restorannya The Munch yang berada di lobby hotel

Baca juga : AMES Hotel Melaka

Peranakan & BBQ Buffet Dinner ini disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 6.30 petang sehingga 10 malam. 


Harga Peranakan & BBQ Buffet Dinner
RM 98 untuk Dewasa
RM 60 untuk Kanak-kanak ( 6-11 Tahun) dan Senior Citizens ( 60 tahun ke atas)

Peranakan & BBQ Buffet Dinner Di The Munch Restoran AMES Hotel Melaka 


Nad berpeluang untuk mencuba menu Peranakan & BBQ Buffet dinner ni.

Dah namanya buffet, memang macam-macam menu yang ada. Dah lama tak rasa buffet hotel. Masa ni la nad berehat dari memasak dan makan makanan chef hotel pulak..hehehe.





Chef Eksekutif hotel Ramu Suppiah dan pasukan chefnya telah mencipta menu yang terdiri daripada sup, pembuka selera, hidangan panas dan pencuci mulut. 

Bila makanan banyak macam ni, mula la tak tau nak yang mana, semuanya nampak sedap dna menggoda. 







Untuk Peranakan & BBQ Buffet Dinner ni, makanan utama yang perlu korang cuba rasa ialah Nyonya Style Fried Rice, Udang Masak Lemak Nenas, Ayam Pongteh, Daging Rendang Nyonya. Acar Awak, Kupang Goreng Cili Bawang, Ikan Siakap Cili Garam, Kailan dan Bawang Putih dan Chicken Lasagne.


Nyonya Laksa dengan Udang Galah, jangan lupa korang, sedap.



Menu lain Pizza Rendang Ayam Nyonya, Ayam Lobak dan Otak Otak Roll, Nyonya Kerabu Pomelo dan Rojak Buah menanti anda di kaunter salad.




Di Seafood Bar, anda boleh menjamu selera dengan Udang Sejuk dan Kerang dan seterusnya di BBQ Grill, jangan lepaskan pandangan anda dari Ayam Perap Portugis, Ikan Bakar Portugis dan Sotong

Makanan Laut Panas & Pedas atau Sup Ayam ABC yang dilengkapi dengan macam-macam roti.







Pencuci mulut yang sedap termasuk Tart Nanas Nyonya, Bubur Cha Cha, Cendol, Sago Bunga Telang dan Puding Coklat Panas.

Air minuman pulak sirap bandung, teh dan kopi.

Peranakan & BBQ Buffet Dinner ni sah sehingga 22 Oktober 2022 sahaja. 

Korang bolehla bawa kawan-kawan, rakan sekerja, keluarga makan buffet dekat The Munch AMES Hotel ni. Terbuka kepada semua.

Nak tempah boleh contact 60126982957 atau email: dine@ames-hotel.com

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan AMES Hotel atau tempahan boleh contact 06-318 3999 atau layari 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2