hai assalammualaikum

Sofa Baru Dari Zinus, Cozy & Elegant, Sofa No 1 Terbaik Di Malaysia, Melengkapkan Dan Mencantikkan Ruang Tamu - Sofa salah satu perabot yang wajib ada di setiap ruang tamu. Kalau takda sofa dekat ruang tamu, macam tak lengkap je, rasa macam kosong je ruang tamu tu. Bagi nad, sofa ni perlu ada untuk bukan sekadar untuk duduk, tapi untuk kita berehat, bersantai macam baca buku, duduk sambil tengok televisyen, dan macam-macam lagi la. Bila duduk dekat sofa lagi selesa berbanding duduk di lantai. Bila tetamu datang pun, diaorang akan cari sofa dulu untuk duduk. Tak kisahla rekabentuk sofa macam mana, asalkan selesa.

Sofa dekat rumah nad ni pun dah berkurun lamanya, masa nad belu kawin lagi dengan suami. Sekarang dah sampai hayat dia nak koyak dah. Span pun dah terkeluar, dan ada yang dah leper. Bila tengok dah koyak, tak lawa, tetamu datang pun malu je tengok sofa macam tu. Nad dengan suami buat keputusan untuk beli sofa baru. 

Nad pun mintakla pendapat kawan, sofa mana yang bagus, terbaik dan dengan harga yang berpatutan. Kawan pun cadangkan Zinus dan paling menarik semua perabot dekat Zinus jenis DIY dan mudah pasang. Apa lagi terus tengok website Zinus, nak tengok sofa apa yang ada. Menarik, kedai ni bukan setakat jual sofa tapi ada tilam lagi. Boleh beli secara online tau. Tapi, beli online rasa tak puas pulak, yela mestila kena tengok depan-depan mana sofa kita nak tu, baru puas dapat pegang dan rasa. 



Sofa Baru Dari Zinus, Cozy & Elegant, Sofa No 1 Terbaik Di Malaysia, Melengkapkan Dan Mencantikkan Ruang Tamu


Bila dapat tau Zinus ada juga buat showroom dekat kedai mereka, terus nad unjukkan dekat suami dan dia setuju untuk pergi. Senang hati kita dan tambah seronok sebab nak dapat sofa baru..hehee. Jadi, minggu lepas, nad sekeluarga pergila ke showroom Zinus di Puchong. Takda susah nak ke sini, nad guna google maps je terus sampai. Tapi satu jela, parking dekat sini memang susahla sikit. Demi sofa baru, cari juga parking yang ada..hehe. 

Kedai perabot Zinus terletak di tingkat 1. Masuk je dah nampak sofa depan mata, sangat cozy dan elegant, sofa no 1 terbaik di Malaysia.


Mesti korang tertanya, kenapa pilih Zinus?

Nad tertarik dengan cara pemasangan sofa Zinus iaitu secara DIY, boleh dipasang sendiri dengan mudah tanpa perlu menggunakan skru dan tak memerlukan peralatan pun. Selain itu, cara pembungkusan sofa Zinus ni dihantar dalam bentuk kotak. Menarik kan! Selalu kita tengok sofa dihantar dah siap bentuk, kalau rumah landed senangla nak masuk, bayangkan rumah flat, pergh jenuh. Tapi kalau dalam bentuk kotak, mudah sahaja nak hantar. Bila  macam ni, lagi la nad nak tengok macam mana yang dimaksudkan tu. Nad pilih sofa Zinus sebab harganya yang sangat berpatutan dan mampu milik.

Sebab tu gigih pergi ke showroom Zinus dekat Puchong. Bila dapat tengok depan-depan sofa kita nak tu baru best, dapat rasa, lembut ke tak, dapat tengok design lawa ke tak, baru puas hati. Yela, nak beli sofa ni, bukan setiap tahun kita nak tukar, kita nak pakai biar bertahun-tahun macam sofa nad sebelum ni. Lagi lama, lagi bagus.

Zinus ada 3 jenis sofa iaitu
1) Josh Contemporary Upholstered Sofa  warna Beige
2) Ricardo Designer Upholstered Sofa  warna Dark grey
3) Jackie Modern Upholstered Sofa warna Soft Grey Weave




Tiga-tiga jenis sofa ni berbeza rekabentuk dan fabrik. Dekat sini sofa ada 2 seaters dan 3 seaters. Jadi tengokla mana yang rasa sesuai nak diletakkan dekat ruang tamu. Kalau macam ruang tamu nad, ruang tamu kecil, elokla ambil 3 seaters. Kalau ruang tamu besar, nak ambil dua-dua jenis seaters pun boleh..hehe. Semua sofa dekat Zinus nampak cozy dan elegant.


Sekarang ramai yang pilih warna Beige macam  sofa Josh Contemporary Upholstered ni. Sofa ni lembut sangat, lepas tu lebar. Masa mula-mula masuk kedai, dah nampak sofa ni, tersenyum tau..hehee.Terus duduk rasa memang best. Warna macam ni memang kene jaga lebih, yela warna cream macam tu. 


Sofa Jackie Modern Upholstered warna Grey Weave ni fabrik dia kasar sikit, jenis tenunan. Lembut tapi tak berapa sangat. Lagi satu dia tinggi, bila duduk kaki memang tergantung, untuk orang pendek macam nad. Warna memang lawa.


Ricardo Designer Upholstered ni memang menjadi pilihan semua. Warna Dark Grey ni warna selamat untuk setiap rumah. Sofa ni lembut sangat, dan sangat best.

Bagi nad sofa Zinus ni berkualiti, kukuh dan stabil. Tempat duduk boleh mengambil sehingga kapasiti berat maksimum 500 lbs (atau 227 kg).

Walaupun 3 jenis sofa sahaja, nak pilih pun dah pening. Rekabentuk sofa Zinus nampak moden dengan warna yang neutral, warna yang memang orang cari, sangat cantik dan sesuai diletakkan dekat ruang tamu. Nad dengan suami ambil masa 2 ke 3 jam juga nak pilih sofa ni..hahaha. Kitaorang berdua memang rasa, sentuh ketiga-tiga sofa dekat situ. Yela, kalau salah pilih menyesal nanti. Tapi kami berdua, lebih tertumpu kepada satu sofa ni, sebab sama macam yang kitaorang nak. Harga pun lebih murah. Nad dah jeling suami, suami dah jeling nad..hahaa. 


Akhirnya kitaorang pun buat pilihan, nad dengan suami memilih Zinus Josh Contemporary Upholstered Sofa warna Beige tu. Tu pun setelah meminta pendapat anak-anak. Anak-anak suka dengan sofa Josh Contemporary ni juga. Terus kitaorang buat pembelian. Nad dengan suami pilih 3 seaters, sebab sesuai dengan ruang tamu nad yang kecik.

Oh, masa dekat showroom ada ditunjukkan cara pemasangan. Memang amazing sungguh ye, semudah ABC cara pasang dia. Penghantaran biasanya dibuat 3-7 hari bekerja.

Sofa Baru Zinus Josh Contemporary Warna Beige 3 seaters Sampai Di Rumah

Dalam masa seminggu, sofa nad dah dihantar ke rumah. Jangan risau, sebelum mereka hantar, mereka akan hubungi dahulu, yela nak tau kita boleh terima ke tidak barang tu dalam masa yang diaornag nak hantar. Kalau diterima, diaorang teruskan penghantaran, kalau tak dapat terima, boleh tukar hantar waktu lain.

Penghantaran adalah percuma, kecuali kawasan Malaysia Timur. Sofa ni ada waranti 1 tahun.


Ya, macam ni la rupa sofa nad dihantar, dalam bentuk kotak memanjang macam ni. Nampak kecil je kan. Bagus konsep penghantaran membungkus dalam kotak macam ni, senang nak hantar, lagi yang duduk dekat flat atau kondominium.

Jom la tengok macam mana rupa selepas dikeluarkan dari kotak. 



Tadaaa!!, macam ni rupa sofa selepas dikeluarkan dari kotak. Betapa kreatifnya cara diaorang letak barang lain dalam sofa ni. Semua barang diletakkan dalam sofa bahagian tempat duduk. Bagus kan, bayangkan kalau korang nak pindah, senang nak bawak macam ni.

Memang tak sabar nak pasang terus sofa ni bila dah sampai. Macam nad cakap tadi, cara pemasangan sangat mudah, tak perlu pun peralatan segala, hanya memerlukan tenaga sahaja. Nak buat seorang diri pun takpa, tapi kalau berat tu korang tak boleh tampung, mintak la bantuan orang tersayang..hehee.


Masa nak pasang tu, keluarkan barang semua dan susun elok-elok.


Mungkin ada yang risau, takut tersalah pasang ke apa. Jangan risau, sebab diaorang ada sediakan buku manual cara pemasangan, dari mula sampailah habis..hehee.

Sofa ni nad pasang dengan suami. sebab sofa Josh Contemporary Warna Beige 3 seaters ni boleh tahan berat juga..hahaha. Ala dah ada suami, mintak jela dia tolong bersama. Ah gitu!!



Tak sampai 20 minit dah siap pasang sofa ni..hehehe. Tak susah pun wak, hanya pasang kaki, lepas tu bahagian tepi kiri kanan, akhir sekali bahagian penghadang, cuma cantumkan sahaja. Boleh tengok video nad pasang sofa Zinus ni.



Kalau korang perasan, ada besi setiap part. Hah, besi tu kita cantumkan dengan besi bahagian lain. Lepas tu tekan sikit bagi kukuh. Selesai!! Kusyen tempat duduk di zip dengan zip di bingkai. Kusyen sofa ni tak boleh dibuka, hanya kusyen bahagian sandar je boleh dibuka untuk dicuci.



Bahagian tempat duduk, zipkan dengan bahagian penyandar belakang. Jadi takda la tercabut ke apa.


Hanya sarung kusyen sandar je boleh buka untuk dicuci. Sarung part lain takdapat dibuka.


Korang jangan risau tentang kekukuhan dan kestabilan sofa ni walaupun hanya cantum guna besi sahaja..hehehe. Nad lepas pasang terus duduk melompat. Alhamdulillah semua ok je.


Kenapa nad pilih Zinus Josh Contemporary sofa  Warna Beige, sebab sofa macam ni la yang nad dengan suami idamkan. Warna yang menarik, mencantikkan ruang tamu nad dan ruang tamu jadi luas. Ambil 3 seaters boleh duduk ramai orang dan memang ngam saiz dengan ruang nad.


Josh Contemporary sofa Zinus ni memang sangat lembut. Kusyen sandar dan tempat duduk memang lembut dan bagi keselesaan. Layan televisyen, duduk baca buku pun selesa je. Kain tak panas dan tak buat badan gatal-gatal pun. Kadang baring atas sofa ni tiba-tiba terus terlelap..hahaa.

Tak menyesal nad pilih sofa ni, walaupun ramai cakap, warna macam ni cepat kotor, biasalah, warna apa-apa pun mesti akan kotor. Warna cerah macam ni memang kena extra penjgaan. Pandai jaga insyallah, tahan  lama dan kekal cantik. Macam nad dan suami, memang ajar anak-anak tak makan dekat sofa, atau bermain dekat sofa. Sofa hanya untuk duduk atau baring. Anak-anak pun faham, sebab sofa baru kan. Diaorang pun taknak kotorkan sofa..hehee.


Harga sofa nad ni RM1199, dengan pemasangan mudah pasang, penghantaran percuma dan warranti 1 tahun memang sangat berpatutan harganya. Kualiti sofa memang terjamin


Sedikit info berkenaan Josh Contemporary Sofa Zinus

Polyester fabric with foam and fiber cushions

RIGHT AT HOME, WHERE EVERHOME MAY BE – This timeless sofa features soft lines, a neutral toned fabric and a soft yet supportive feel that pairs effortlessly against any home interior

BUILT TO LAST – A naturally strong frame is wrapped in supportive foam cushioning and durable woven fabric.  The seats can take up to a maximum weight capacity of 500 lbs (or 227 kg).  Seat cushions are secured to the frame and are not detachable, while back cushions are detachable

TOOL FREE ASSEMBLY – All parts and instructions are cleverly packed into one box for easy assembly in less than 20 minutes  (Assembly/Installation not included)

EASY CARE – Cushions are easily cleaned with a clean, damp cloth and mild detergent.  Cushion covers are not removable

Specifications
Metal structure; High density foam with Pocketed spring cushion & S-spring underlay.


Oh masa nad datang ke showroom, Zinus ada juga menjual pelbagai jenis tilam yang ada. Lepas ni bolehla cari rangka katil dan tilam untuk anak-anak.

Bagus servis daripada Zinus ni. Semuanya tiptop, tiada masalah. Masa pemilihan dekat showroom, staff situ sangatla membantu. Sofa pun sangatla berkualiti.



Korang yang tengah cari sofa baru, bolehlah tengok sofa dekat Zinus ni. Boleh beli secara online di website Zinus atau korang boleh datang ke showroom Zinus di Puchong, cuba dan tengok sendiri mana korang suka bagi puaskan hati, dah ok semua bolehla buat pembelian.


Kedai Perabot Zinus
No 1-1, Jalan Merbah 1, Jalan Puchong Jaya, 
47170 Puchong, Selangor
Isnin-Jumaat : 10 pagi - 8 malam
Sabtu/Ahad/Cuti umum : 12 tengahari - 8 malam
Contact : 01131299882

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Zinus atau nak beli secara onlien di website mereka boleh layari
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. wah seronok yer, ada sofa baru di tahun baru.. not bad juga harganya affordable tu

    ReplyDelete
  2. Cantik lah sofa nie, yang bestnya lagi senang nak pasang. Mudah kerja kita kan..

    ReplyDelete
  3. Simple tapi nice sofa nie . Nak satuuu hahaha

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS