Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest Kini Berwajah Baru, Beauty In Pouch Dengan 3 Pilihan Perisa - Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest dah lama di pasaran, nad selalu minum yang perisa original, sedap sangat, lagi best kalau minum sejuk-sejuk. Dulu dalam bentuk botol kaca, tapi sekarang, dah berwajah baru, lebih menarik dan selesa iaitu dalam bentuk pouch. 

Nad pasti ramai yang tau sarang burung sangat elok untuk diambil. Sarang burung dan kolagen adalah dua bahan yang diketahui memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Usia kita yang semakin meningkat akan menyebabkan kekurangan kolagen.  Jadi, perlukan tambahan kolagen untuk sentiasa cantik, sihat dan bertenaga.


Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest

Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest 


Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest dihasilkan daripada sarang burung asli dan kolagen dengan menggunakan teknologi canggih terkini dan resipi tradisional. Ia mengandungi asid sialik, karbohidrat yang terdapat dalam sarang burung. 

Kelebihan Ambil Minuman Collagen Bird's Nest

Sarang burung walet adalah bahan semulajadi mempunyai khasiat yang baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Ia membantu meningkatkan keanjalan kulit dan menyokong struktur kulit. Ia membantu menjaga kulit kita tetap tegang dan anjal, mencegah kedutan dan meningkatkan imunisasi badan kita. Badan juga akan sentiasa cergas dan brtenaga

Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest

Dengan pengambilan Ecolite Collagen Bird's Nest ni, korang boleh dapat banyak kebaikan dan bagus untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Ia juga tidak mengandungi bahan pengawet tambahan atau pewarna tambahan

Ecolite Collagen Bird's Nest Dalam Bentuk Pouch 


Ecolite Collagen Bird's Nest adalah pilihan minuman collagen terbaik dan mudah bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit secara semulajadi dengan rasa yang menarik dan menyegarkan. 

Nad suka dengan packaging baru ni, lagi selamat bila dah bertukar dalam bentuk "Beauty In Pouch", lebih ringan berbanding sebelum ni. Takdala risau pecah ke apa. 

Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest

Minuman pouch adalah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Bentuknya yang kecil dan padat memudahkan untuk disimpan dalam beg, poket, atau beg galas. Dalam bentuk pouch, minuman boleh disusun dengan mudah dalam peti sejuk atau peti ais, menjimatkan ruang penyimpanan. 

Selain itu, warna yang sangat menarik perhatian dan mudah diminum.


Ni packaging lama, dalam botol kaca. 

Sebenarnya, packaging je yang baru, yang lain masih sama, khasiat pun masih sama takda yang dibuat penambaikan.

Mempunyai 3 Perisa Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest

1) Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks (Original)

Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest

2) Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks Plus Longan


3) Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks with Lychee & Rose Syrup



Ecolite Collagen Bird's Nest ni sesuai untuk semua generasi. Tak kira dewasa, warga tua dan kanak-kanak.

Cara Minum Ecolite Collagen Bird's Nest


Cara nak minum sangat mudah. Goncang dahulu, buka penutup dan boleh diminum. 1 pouch dah cukup untuk sehari bagi kesihatan dan kecantikan kita. Minum 1 pouch sahaja sebelum sarapan atau sebelum tidur. 


Macam nad cakap tadi, kalau masukkan dalam peti ais lagi sedap, sejuk dan segar je bila minum. Haritu nad bawa masa nad bercuti. Lokasi pulak di tengah sawah padai dengan cuaca yang panas. Dapat minum Ecolite Collagen Bird's Nest lega tekak ye.

Macam Mana Rasa Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest


Nad dah rasa ketiga-tiga jenis minuman Ecolite Collagen Bird's Nest, semuanya sedap. Takda rasa pelik pun walaupun perisa original. Siap ada ketulan sarang burung tu tau. Rasa seperti jeli sahaja. Minuman rasa manis sebab ada kandungan Gula Pasir dan Gula Batu. sekali korang dah minu, mesti korang nak minum lagi dan lagi. Tapi 1 hari 1 pouch sahaja..hehee.

Antara tiga perisa ni, nad paling suka Lychee & Rose Syrup. Perisa ni adalah perisa baru tau. Bau wangi rose jadi memang rasa nak minum je..hehee.

Harga Minuman Ecolite Collagen Bird's Nest


Harga 1 pouch hanya RM5.00 sahaja, boleh beli secara loose atau cluster pack di mana-mana cawangan Guardian seluruh Malaysia. Murah kan!! Boleh je beli selalu, bukan untuk apa, untuk kecantikan kita sendiri juga. Kata nak awet muda, amalkan minum Collagen Bird's Nest ni.

Yang penting ialah diperakui HALAL. Minum tanpa was-was.

Untuk info lanjut boleh layari:
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. I love how you described the transition from glass bottles to the more convenient pouches. It definitely sounds like a game-changer in terms of portability and safety. πŸ’ͺ

    The benefits of consuming collagen and bird’s nest are well-known, and it’s great to see a product that combines both ingredients in such an innovative way. πŸ’― Plus, the fact that it comes in three delicious flavours - Original, Plus Longan, and Lychee & Rose Syrup - makes it even more enticing. πŸŒΈπŸ“

    ReplyDelete
  2. I chuckled when you mentioned that one pouch is enough for a day, but it’s so tempting to have more because they taste so good! I can imagine how refreshing it must be to enjoy a chilled Ecolite Collagen Bird’s Nest drink, especially on a hot day. ☀️πŸ₯€

    And let’s not forget about the affordable price of only RM5.00 per pouch! That’s a steal for a beauty and health elixir like this. πŸ’°πŸ’–

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2